Fungsi simpan dahulu dan baca kemudian atau lebih mesra kita panggil dengan panggilan penanda buku atau bookmark adalah antara fungsi yang membuatkan aku makin melekat dekat Facebook. Fungsi ini sesuai untuk mereka yang suka scroll timeline sambil mencari bahan bacaan berfaedah.
Jika dulu, apabila kita dapati ada bahan bacaan menarik, kita mungkin LIKE URL tersebut, jika kita tiada masa untuk membacanya… kemudian, kita akan menyemak balik senarai LIKE ketika kita senang untuk membacanya semula. Namun kaedah tersebut amat menjengkelkan.
Oleh kerana fungsi terbaharu daripada Facebook ini dapat memanggil semula apa yang pernah kita simpan, jadi Facebook kini boleh kita jadikan sebagai arkib simpanan koleksi bahan bacaan digital di masa lapang. Barangkali tiada apa yang menarik di timeline sekarang… Mujur juga siang tadi aku dah simpan cerita yang best.
Nkorang pernah guna tak? Ok.. aku nak sambung membaca!
Eratuku
17/04/2018 @ 4:35 pm
Macam fungsi bookmarking untuk web browser. Bagus ni, selalu I dapati sesuatu yang menarik di Facebook tapi tak sempat nak simpan sudah tak dapat cari balik. Sekarang sudah bolehlah simpan dulu dan baca kemudian.
kauthar mohd
18/05/2017 @ 12:27 am
tak pernah lagi terfikir nak buat..hehe
kauthar mohd
04/04/2017 @ 1:44 am
Tq info. Nanti boleh simpan dlu post yang kita nak baca
kauthar mohd
04/04/2017 @ 1:42 am
Tak sempat kan kekadang duk scroll je walaupun kita teringin nak baca. Nanti blh la simpan dulu kan.
Bagaimana Malaysia
20/01/2017 @ 9:39 am
Tq share info ni..sekarang senangla sikit sebab kadang-kadang ada yang menarik kita nak baca kemudian
Bos Informasi
27/02/2016 @ 11:42 pm
Baru tahu saya kalau ada fungsi seperti ini di facebook. Ijin mau belajar vroh
musadun
07/12/2015 @ 5:36 pm
selain baca kemudian, ada juga fungsi tonton kemudian kan..
Belang tarung
15/10/2015 @ 1:03 pm
kalau jenis pemakan semut…simpan terus lupa apa yg disimpan hahaha
kempiskanperutbuncit
03/06/2015 @ 9:09 am
saya memang suke ade function camni sebab kadang2 nampak page nak save tapi nak baca time sibuk lak kan..
Norhayati Suaib
14/09/2014 @ 3:11 pm
Tak pernah tahu lak fungsi nie.selalu kalau info menarik tekan star dkt chrome jer.
Azman Ishak
25/09/2014 @ 11:26 pm
saya dulu tekan like. kendian balik rumah.. carik yang mana kita like. kendian baru baca. hehe
akubiomed
11/09/2014 @ 12:36 pm
Belum pernah guna tetapi percaya fungsi bookmark ini berguna untuk topik yang menarik.
Hairul Azni
11/09/2014 @ 12:20 pm
Tak pernah cuba lagi fungsi ni..
Azman Ishak
25/09/2014 @ 11:26 pm
carik mana-mana artikel yang best.. kendian, tekan anak panah.. dan save. nanti balik rumah atau ada masa terluang… so boleh baca. 😀