Penanda buku di Facebook
Penanda buku di Facebook

Fungsi simpan dahulu dan baca kemudian atau lebih mesra kita panggil dengan panggilan penanda buku atau bookmark adalah antara fungsi yang membuatkan aku makin melekat dekat Facebook. Fungsi ini sesuai untuk mereka yang suka scroll timeline sambil mencari bahan bacaan berfaedah.

Jika dulu, apabila kita dapati ada bahan bacaan menarik, kita mungkin LIKE URL tersebut, jika kita tiada masa untuk membacanya… kemudian, kita akan menyemak balik senarai LIKE ketika kita senang untuk membacanya semula. Namun kaedah tersebut amat menjengkelkan.

Oleh kerana fungsi terbaharu daripada Facebook ini dapat memanggil semula apa yang pernah kita simpan, jadi Facebook kini boleh kita jadikan sebagai arkib simpanan koleksi bahan bacaan digital di masa lapang. Barangkali tiada apa yang menarik di timeline sekarang… Mujur juga siang tadi aku dah simpan cerita yang best.

Nkorang pernah guna tak? Ok.. aku nak sambung membaca!