Salam ceria dan salam muhibbah untuk rakan pembaca. entri ini adalah entri recycle pada kesah-kesah sewaktu zaman puncak aku sebagai seorang blogger separuh masa. Ituuuu…. kesahnye pada satu ketika dahulu la. Sekarang ni dah agak slow. Anak pon dah dua orang. Kita kene la ade perubahan. Kalau sentiasa berada di atas, takut nanti jadi gayat bila nak turun kebawah. Kitaran seorang blogger yang menulis blog peribadi ni umpama putaran roda la kata orang tu… akur pada faktor usia dan kekangan masa.
Ada beberapa perkara mengenai turun naik dunia blog yang aku perhatikan lewat kebelakangan ni agak sukar untuk diperkatakan. Memang diperakui pengaruh Media MicroBlogging dan media sosial yang lain sedikit sebanyak merundumkan aktiviti berblog. Blogger sekarang ni dah kurang mencurahkan idea melalui penulisan. Dah kuranya ideologi dilahirkan…. dannn… dah jarang diperhatikan kosa-kata baru diperolehi dari aktiviti berblog. Kurangnya komen membina dan idea bernas… Ada perasan kan? Semuanya nampak mendatar dan dan tak kurang jugak cerita ulang tayang.
Okeyyy…. tolak ketepi kejap perkara tu. Tak semua orang rajin… tak semua orang punya masa yang banyak untuk berblog… dan tak semua orang ada “berokben” yang cukup hebat seperti di Korea atau negara maju yang lain. Kita yang dapat pakai 2Mb dah perasan laju sesangat. Sebenarnya semua tu alasan. Daripada membebel panjang, nak tak aku bagi tips berblog dengan mudah???
Tak perlu tertekan, boleh cuba aplikasikan teknik ini sebagai permulaan.
Menulis apabila:-
- Anda merasa sangat lapang ditambah dengan capaian internet yang sempurna.
- Anda rasa gembira dan meluap-luap untuk dikongsi bersama.
- Anda merasakan ianya satu peristiwa yang tidak patut luput dari ingatan.
- Anda tiba-tiba rasa menggelegak nak marah sesuatu (tapi awas… jangan la mencarut).
- Anda sedih dan perlukan teman berbicara atau pendapat.
- Anda bingung akan sesuatu. Maka bertanya di blog. Tak salah.
- Anda punya idea terbaru untuk manfaat bersama rakan.
- Anda menghargai apa yang anda lalui setiap hari.
- Anda mengadakan atau menghadiri sesuatu majlis.
- Anda berada dalam percutian. Jangan lupa mencatat point, kalau ketiadaan internet.
- Anda seorang yang kreatif mencipta sesuatu yang baru atau membuat penambahbaikan.
- Anda nak buat teguran terhadap sesuatu perkara.
- Anda punya keghairahan untuk menulis.
- Anda memang minat menulis.
Jangan menulis:-
- Kalau anda tidak punya IDEA.
- Jika anda menulis jugak… anda nampak kebudak-budakan.
- Jangan menulis kalau sekadar anda nak melaga-lagakan orang lain.
- Kalau anda akan dipenjarakan disebabkan tulisan anda.
- Kalau anda hendak menulis sesuatu itu berunsur fitnah atau tidak pasti, lebih baik jangan teruskan.
- Kalau anda dah malas… macam mana nak menulis???
- Kalau anda tidak pandai menghargai sesuatu dengan penulisan.
- Kalau anda rasa tertekan untuk menulis.
- Kalau anda memang tidak mahu menulis.
Kalau nak ikutkan banyak lagi. Sebab tu… kalau anda perhatikan, mereka yang begitu mahir dengan teknik berblog, mereka akan mengkaji bilakah waktu puncak untuk menerbitkan sesuatu catatan blog. Dia tadek la main bantai belasah jer publish entri. Meskipun ada juga yang update sampai 18ratus sehari. Itu adalah kerana dia menghargai apa yang dilaluinya.
Catatan ini lebih difokuskan kepada penulisan di blog peribadi. Maafkan saya kalau catatan ini mungkin menimbulkan rasa tak senang diantara pembaca blog ini. Aku sekadar berkongsi apa yang aku fikirkan patut. Begitu ramai yang nak jadi blogger… begitu banyak niche yang wujud… blog peribadi menjadi pilihan untuk ditulis. Tiada siapa yang paksa kita menulis kisah peribadi. Jadi tak perlu sampai nak serabut sampai terpacul:- “Owh.. blog aku tak update lagi… ape nak update ni??”
Nota: Hari-hari dibiarkan berlalu pergi tanpa ianya dapat diundur kembali. Perkara yang lepas adalah sejarah. Perkara yang sedang berlaku adalah pembelajaran dan yang akan berlaku adalah masa hadapan. Jadi apakah motif anda sebagai penulis? – Masih ingat kata-kata ini? Duplicated entri detected!!!! Hehehehe…
muhammad fakhruddin
18/01/2013 @ 7:50 am
Salam, lama betul tak singgah ke sini 🙂
Saya pun dah selalu update blog macam dulu. Dah lagi banyak tulis assignment dari tulis benda lain hehehe
Budak Felda
27/12/2012 @ 2:29 pm
setuju dgn pendapat bro..kadang bila keterlaluan berblogging rasa macam hilang arah pun ada hehehe…:) bagi saya ikut kemampuan diri sendiri 🙂
sensasi2020
20/12/2012 @ 12:13 am
Sebelum komen saya ada hantar sms ttg nak tanya sesuatu. Di sini saya sengaja tulis website tu yg tak ada /feeds/posts/default. Dia keluar spt di bawah. ALL CLEAT: FeedMedic Alert For…..Semoga saudara Azman dpt bantu.
Berbalik pada bab di atas pula.
Saya hanya online pada waktu malam saja, siang hari bekerja. Malam pun ikut keadaan, jika penat buka emel saja dan klik yg penting dan balas. Kalau tidak penat, saya blogwalking je, jika ada mood buat entri yg simple je dan jika hari cuti cuba update dgn entri terbaru atau yg telah didraf sebelum tu. Sebagai blogger sambilan, tidak terikat pada sesiapa, bebas….
azman
18/12/2012 @ 8:09 pm
Bila aku paksa menulis maka akan jadi hampas,so aku update pada masa yang betul2 lapang….tak mau stress sgt.Idea tu ada tapi tak kembang jari kaku otak beku hehehe…
Muhamad Azman Ishak
18/12/2012 @ 11:59 pm
ye betoi bro. kalau di paksa bukan makin keluar.. makin tersumbat idea tu. idea ni bukan macam air. dia kene relaks kadang tu. tapi saya kalau dalam stress pon kalau nak update.. saya update gak. tapi ayat dia.. toksah cakap la.. tunggang langgang, sama tertunggang macam perasaan ketika tu.
Naziman
18/12/2012 @ 12:37 pm
Bab update blog bila ada kelajuan internet yang baik tu saya setuju sangat-sangat, bila tengah buat entri, internet slow. Mood boleh hilang.
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 12:00 am
biasanya kalau nak upload gambar, tetibe internet hampes… gile hancor nak menaip karangan. sangat tensiiiii!
Naziman
18/12/2012 @ 12:35 pm
Saya telah membaca post ini.
Anarm
18/12/2012 @ 9:42 am
aku update blog bila aku takde benda nak buat.. tp sejak akhir2 ni banyak plak benda kena buat.. nak kena tengok tv, nk kena makan nak kena minum, nak kena layan isteri lagi.. sampai blog dah jarang update.. keh3..
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 12:01 am
hamboii… nak layan bini pon takkan nak update dalam blog kot. ahahaha agak-agak la wei!
papa mifz
17/12/2012 @ 6:39 pm
idea nih datang dan pergi kan…agak2 takde idea maka tak berupdate lah blog…huhu
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 9:08 pm
hahaha… same la bro. kalau tadek mende nak cerita.. biar je blog berhabuk. lol~
titan
17/12/2012 @ 5:34 pm
blog-blog aku dah jadi sebahagian kerjaya aku. So, update setiap hari adalah normal. Tapi kalau tak update..takde hal. Hilang trafik aje. Janji umpan sudah pasang. Cukup masa..sales masuk dan hujung bulan gi atm, keluarkan duit untuk makan cendol. haha..
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 9:09 pm
kalau dah sebahagian kerjaya… maka kene kerja kuat beb. melainkan ade pasang strategi. kire oraite la tu.
Kujie
17/12/2012 @ 5:05 pm
masa tengah gembira membuak-buak pun tak boleh update entri
masa tengah sedih pilu hiba pun tak boleh update entri
tak pasti kenapa kak jie ada penyakit mcm ni
dia kena slow … slow… slow… maintain dengan anggunnya..hehehe
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 9:10 pm
masa dalam keadaan macam tu… saya update… dan terus publish. tanpa check.. bila dah tenang.. bila baca balik… tah hape hape la aku cerita kat depa ni. merapu je. hahaha
Muktasim
17/12/2012 @ 3:19 pm
hehe.. lepas ja update blog terus rasa +ve untuk teruskan kerja-kerja lain.. macam mana tu.. 🙂
banyak benda nak tulis tapi saya dah hadkan diri pula, sehari 1 cukup la..
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 9:12 pm
muahahaha… kalau tak update… terasa ade sesuatu yang tak complete ye. hihihihiii…
p/s: saya pon schedule kan sehari satu. kadang-kadang seminggu satu.. tak pon sebulan satu. itupon pada hari rabu. – Wordless Wednesday. hahaha
Naziman
18/12/2012 @ 12:34 pm
hahaha. Teknik yang saya gunakan untuk update blog guna wordless wednesday.
cmratu
17/12/2012 @ 3:17 pm
Saya telah membaca post ini.
topo
17/12/2012 @ 3:15 pm
hahahaha sebab itulah blog aku dah berapa bulan tak berupdate.. sebab takde tekanan nak update blog yeay! hahaha
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 9:13 pm
hang blog lemak berkrim… disukai ramai. tak pe la.. blog ade niche. melainkan blog topo tu. kalau blog cisdel, tak update pon tak pe.. masih ade orang bace.
puanbee
17/12/2012 @ 1:26 pm
Publish entri bila mood rajin , berbunga2 jek .. boleh ?
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 2:07 pm
ini adalah entri berjadual. hehehehe harap maklum. hari kerja susah nak focus pada blog. sya drafkan hari minggu, dan schedule pada workdays.
ejam
17/12/2012 @ 10:03 am
itulah punca aku update blog peribadi hanya dari tonyohan note sahaja.
ambil gambar2 menarik dulu kemudian baru fikir apa tajuk dan isi yang sesuai.
kalau gambar anak memang kena rakam dulu aksi menarik, bila dah senang sikit baru karang, tak boleh nak buat time2 tu juga takut terabai pula anak tu..hehe
Muhamad Azman Ishak
17/12/2012 @ 10:09 am
aku tengok hang sejak kebelakangan ni pon maintain je blogging kan. baguih gak ah. aku bergantung pada kesempatan masa. biasanya time waktu kerja mcm ni… usha sekejap-sekejap je. hari minggu baru buat draft karangan. seterusnya publish schedule untuk working days.