Tadi @Shamhardy tanya saya pasal perkara ni. Jadi rasanya elok saya berkongsi kat sini sebagai catatan peribadi. Mana tau satu hari nanti saya pulak yang terlupa… jadi boleh jer la kita gunakan kotak search untuk mencari informasi di sini. (Jadi amanz.my kauu~). Tutorial pada kali ini untuk user yang agak advance kerana anda perlukan akses ke PHPMyadmin.
Sekiranya terlupa password WordPress anda… Maka apa yang perlu adalah.. akses PHPMyadmin anda dengan mengakses masuk ke Web Control Panel. Contoh blog saya adalah:- http://azmanishak.com/cpanel
Kemudian, seletelah berjaya mengakses Web Control Panel anda, carik PHPMyadmin yang kebiasannya berada dibawah kategori DATABASE.
Klik PHPMyadmin dan anda akan dibawa ke laman sesawang PHPMyadmin Website anda. Daripada PHPMyadmin, cari nama database WordPress anda. Kebiasaannya akan dilabelkan dengan penghujung *_wp atau *_wrdp.
AMARAN: Kesilapan dan kecuaian akibat tidak ikut langkah yang diberikan boleh menyebabkan blog atau website anda menjadi celaka. Sila patuhi arahan keselamatan. Pakai tali pinggang keledar.. bla bla bla.. dah ke laut!
Ok.. klik database ni. Lepas tu.. carik table yang bernama wp_users dan tekan ikon BROWSE (lihat gambar)
Sekarang ni kerja mudah, tapi… harus diingat, kata laluan yang di cipta untuk WordPress adalah dalam inkripsi MD5. Jadi anda tak semudah itu untuk menggantikan ruang kata laluan tersebut dengan yang baru.
Untuk mencipta inkripsi MD5, anda boleh menggunakan MD5 Online Generator. Katakanlah, kata laluan anda yang nak di cipta adalah:- kata_laluan maka seletah di inkrip akan menjadi:- 28e33440d31d9a56f9f3df565b59fa0b. Seterusnya masukkan teks yang telah diterjemah kedalam MD5 tadi ke ruangan password di table wp_users pada nama log masuk anda.
Setelah selesai menggantikan aksara-aksara ikripsi tadi (…bhahaha kekok ok!) maka tekan butang [OK]. Kemudian.. cuba untuk log masuk ke wordpress anda menggunakan kata laluan yang baru anda cipta tadi. (Bukan text MD5 tu tau.. teks asal dia la..)
Ok dah siap… selamat mencuba.
Nota: Dulu masa tak tau pasal perkara ni.. saya pergi tekan DROP Database.. terus dapat blog baru. Abis semua nak kene configure. Entri hilang.. haha…
wazy
23/04/2011 @ 3:50 am
bookmark dulu bro
risau gak terlupa password wordpress lepas ni
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:29 am
hahaa.. tadek la.. kalau lupe.. tweet jer. nanti ade la orang tolong bak kate kak jie tu
Kujie
22/04/2011 @ 1:43 pm
bookmark
eh perlu ke?
rasanya jerit je kt twitter….. ramai yg nak tolong
hahaha…mcm selalu
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:29 am
keh keh keh… cam tak biasa pak kan? :p
eiman
22/04/2011 @ 12:42 pm
Nampak korang borak pasal ni tadi kat twitter. Kalau mintak tolong kat server provider bole jugak kan?
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:29 am
kalau tadek urgent.. bleh la suh depa buat.. kalau urgent nak access blog? so tak bleh nak tunggu gak ah.
zaryl
22/04/2011 @ 12:18 pm
*mulut ternganga dgn luas sambil cuba memahami akhirnya ada la sikit2 paham*
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:28 am
eh.. membohong la sangat.. padahal yang paling master dari aku…
Eizil
22/04/2011 @ 11:30 am
dalam phpmyadmin ada ruangan untuk set md5 sebenarnya, kita just taip kata laluan yang kita nak, kemudian dekat bahagian function tuh, pilih MD5, pastu tekan ok… nanti dia auto convert kepada MD5 hash… tak perlu guna external tool.
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:28 am
nice info bro. nanti aku check. tak pernah cube plak dan tak perasan perkara ni.
Ahmad Fikrizaman
22/04/2011 @ 10:38 am
Lagi satu, apesal tutup depan je table DB tu?? azmanish_* kan??
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:27 am
xceli ini gambar first.. then alter balik. gambar yang tutup abis tu lupe nak update.. terus tekan publish.. ah tak pe la.. kalau sesapa nak bruteforce. blog ni bukan buat duit pon. REDO jer la kalau kene hack haha…
Ahmad Fikrizaman
22/04/2011 @ 10:36 am
Haha.. seronoknya DROP table.. Nasib baik main dengan PHP dan MySQL sejak form 3 lagi.. Tapi time tu tak paham la apa yang dia tulis.. Masa tu cari free host, buat kajian sendiri, DROP dan SELECT apa semua tu.. Sekarang ni macam dah reti sikit, dapat la jaga dengan baik DB tu.. err.. apa perbezaan standart md5 dengan MD5 ek?? Boleh tak kalau nak tukar sikit password untuk WordPress ni jadi md5($password.$salt)?
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:26 am
md5 dengan MD5? hentah.. kurang nak pasti. tapi function $password = $md5($temp_pass) dah cukup untuk wordpress. Kalau combine dengan $salt.. tak salah itu untuk authentication session yang wordpress pakai.
mrkay
22/04/2011 @ 10:17 am
DROP table terus? TAHNIAH! haha
Muhamad Azman Ishak
25/04/2011 @ 3:24 am
ni masa kes memula nak belajar database la.. aku ingat nak delete data dalam table tu.. rupanya icon pangkah tu untuk delete database. vaviss la.. satu empire state building kene buat semula masa tu. haha