Dah lama rasanya tak buat tutor. Rindu plak. Hari ni nak cerita pasal macam mane nak embed file-file kita yang ade kat Google Drive tu untuk dipaparkan di website. Haaa… ramai yang tercarikkan? Caranya teramat mudah. Tak perlu pelbagai servis. Apa yang anda perlukan adalah : Blog sendiri, kemudian akaun Google yang telah di-integrasikan bersama Google Drive.

Ni contoh je… bukan yang real tau.

Seterusnya, katakanlah.. file yang ingin dipaparkan adalah dari format “Spreadsheet” ataupon Excel yang disimpan di Google Drive, kemudian… Buka file tersebut dengan meng-klik link dari senarai file Google Doc kamu.

Contoh la.. macam ini view Spreadsheet tu…

Katalanlah dari paparan ini, anda cuma nak paparkan cuma sebahagian content je… maka apa yang anda perlu buat adalah…

Pergi ke menu File.. seterusnya, pilih kemudian, pilih “Publish to the Web”.

Kemudian satu “Light-Box” akan muncul untuk tetapan “EMBED-CODE”, sila pilih :

  1. Sheet to publish: Pilih kepada sheet yang dikehendaki, ataupon kalau nak publish semua.. ambik All Sheet.
  2. Tandakan pilihan “tick” pada kotak “Automatically republish…” sebab kalau kita tukar kat Google Doc, dekat web juga akan bertukar.
  3. Pada asalnya, butang ini bertulis “Start Publishing” – maka klik butang ini.
  4. buat pilihan untuk HTML to embed in a page. Kaedah ini akan menggunakan i-Frame.
  5. Sekali lagi memilih, All sheet, ataupon sheet tertentu. Dalam contoh ini, aku memilih Sheet-1
  6. Pada ruangan ini, misalnya anda ingin memilih CELL tertentu, maka masukkan range CELL.
  7. Salin dan tampal kod yang diberikan ke dalam page anda.


Mudah kan? Contoh di atas adalah hasilnya… Jadi macam mane? Dah tahu kan.. mudah je. Owh… macam mane pulak kalau file tu adalah PDF ye? Sama jugak kaedahnye… Tapi lebih mudah… straight to the point…

Pertama sekali, buka file PDF anda di Google Drive… seterusnya… klik pada menu FILE, kemudian, buat pilihan “Embed this PDF File”… tadaaaa~ Macam biasa, salin dan tampal la kod yang diberikan ke dalam website anda.

EDIT: Sila pastikan anda membuat perkongsian kepada umum terlebih dahulu pada tetapan dokumen (Share to public). Sekiranya tidak, rakan anda hanya dapat tengok kangdungan i-Frame yang kosong.

NOTA: Untuk paparan Spreadsheet, kebiasannya CELL RANGE macam tak jadi je.. haku pon tak paham kenapa.. mungkin nkorang ade cara lain untuk dikongsi? Kongsikan di ruangan komen ye.

NOTA2: Sekiranya publish PDF, ianya agak kemas. Oleh itu, aku sarankan, sekiranya ada spread-sheet yang tetap, maka convert dulu kepada PDF, kemudian baru dapat paparan yang cantik masa publish kat blog. Ok, selamat mencuba!