Baru nak renew lesen? Sebenarnya tarikh luput dah tamat hampir sebulan terlepas. Tak ingat tarikh luput. Orang kata, senang ingat, sebab tarikhnya sama dengan tarikh lahir. Tapi masalahnye kita orang kebanyakkan ni banyak lagi mende nak pikir selain dari tarikh lahir. Hari lahir sendiri pon terlupa. Kalau orang berduit lain la cerita… ada suprise party :p
Jadi untuk anda yang tak tahu lagi, jika anda memperbaharui lesen memandu, anda akan dapat lesen memandu yang baharu. Sama macam plastik kad pengenalan dan bukan lagi dari jenis print atas kertas kemudian luminate. Aku sarankan kalau anda semua nak pergi memperbaharui lesen nkorang tu, elok la ke JPJ, boleh juga diperbaharui di pejabatpos (sekiranya tiada masalah pada IC).
Sekiranya anda hadir ke JPJ untuk tujuan perbaharui lesen, sila pastikan beberapa dokumen tersebut dibawa bersama:
- Lesen Asal (Original)
- Kad Pengenalan Asal (Original)
Sekiranya anda ingin membuat pertukaran alamat atau nombor kad pengenalan (contoh : dari tentera kepada awam)
- Salinan lesen dan kad pengenalan. Depan dan belakang setiap satu.
- Gambar berukuran kad pengenalan 2 keping
Kalau anda tak mau bawak gambar pon boleh jugak. Cakap saja kat kaunter tu, nak pakai gambar yang sama dengan gambar IC. Tak ada masalah. Tapi kalau anda rasa gambar IC tu kurang kacak atau jelita, bolehlah bawak gambar berukuran kat pengenalan sebanyak dua keping.
Tadi aku pergi renew kat JPJ Wangsamaju. Memang sangat effisyen. Pantas cekap dan sistematik. Tak sempat aku nak ambik gambar untuk buat entri ni. Dah siap lesen aku. Memang terbaek la JPJ Wangsamaju. Aku sampai sana dalam pukui 9.40am macam tu, selesai 10.00am. Jadi sebab lambat tu pon sebab aku tak fotostet IC. Jadi kene beratur kat kedai untuk fotostet.
View Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) in a larger map
Selain dari servis khidmat pelanggan yang bagus, kat JPJ Wangsamaju ni juga terdapat:
- Kedai alat tulis dan Fotocopy
- 16 kaunter yang sangat aktif (PNTU 1 – Urusan Lesen)
- Sistem penomboran yang sangat efisyen
- Sustem e-Rating di kaunter.
- Ruang pakir yang luas, tapi kene rajin mencari dan menunggu.
- Senang nak jumpa (tapi aku drive pakai Waze)
Jadi sekiranya anda bercadang untuk memperbaharui lesen memandu anda, dan rasa kurang yakin pada pejabat pos, mungkin kerana terdapat beberapa masalah nanti, jadi aku sarankan anda terus sahaja ke JPJ Wangsamaju. Tapi kalau rumah anda berdekatan dengan Pejabat Pos, dah nak buat ape ke JPJ? Renew saja la kat Pejabat Pos tu.
Masa nak hantar anak ke Sungai Buloh tadi… sedar-sedar Azhar tidur sambil duduk. Hari ni aku siap ambil cuti sebab ingatkan urusan JPJ lambat… sekali cepat plak setel. Fuuhhh lega… terus renew 3 tahun.
Azian Usman
16/06/2020 @ 11:11 am
Terima kasih atas perkongsian tuan ??
Azman Ishak
17/06/2020 @ 1:38 am
sama-sama.
Zurina binti daud
27/10/2020 @ 6:30 pm
Saya kerja di singpor tapi lesen mandu saya dah tamat tempot. Saya belum keluar dari singpor mungkin tahun depan masaitu boleh saya ambil lesen ke
siti arbi
12/03/2019 @ 1:48 am
kalau dh lama sgt mati nya..cth 5 thn keatas
duk ingat xnk drive dah
tetiba rasa macm nk drive semula
Kauthar mohd
29/09/2018 @ 8:37 am
Bagus jugak tak perlu tggu lama kan buat pape. Terutama stkt nk renew lesen saja. Byk kerja akn trtangguh
Demi
25/04/2018 @ 8:48 am
Consegui esse resultado somente com a dieta. https://Officialaushop.com/temcomoemagrecerem5diasqobr358/emagrecer-com-herbalife-blog/
86Benito
29/08/2017 @ 8:34 pm
I have noticed you don’t monetize your site, don’t waste your
traffic, you can earn additional cash every month
because you’ve got hi quality content. If you want to
know how to make extra bucks, search for: best adsense alternative Wrastain’s tools
Dipercaya.com
11/04/2017 @ 2:01 am
You’re a really beneficial website; could not make it without
ya! http://Dipercaya.com/author/dalemorey66/
Archer
25/03/2017 @ 1:15 pm
Algo muy cómodo que (si careces de este sistema) puedes emular con softwares
como CLONEit , una app para migrar los datos de un móvil a otro de una vez
y sin quebraderos de cabeza. http://nickgraphics.com/index.php/component/k2/itemlist/user/813543
Vitamin
25/03/2017 @ 1:51 am
Piece of writing writing is also a excitement, if
you know then you can write otherwise it is complex to write. https://www.facebook.com/Vitamin-Shoppe-Coupon-Codes-1880283042254350/
sunrx
24/03/2017 @ 9:09 pm
Yesterday, while I was at work, my sister stole my iPad and tested to see if it can survive a 40 foot drop,
just so she can be a youtube sensation. My apple ipad is now destroyed and she has 83
views. I know this is completely off topic but I had
to share it with someone! http://ow.ly/qTqn309WHJh
Belang tarung
04/09/2015 @ 9:31 am
yang sakitnya denda sehari kalau lewat..tu duit semua tu haha
nazrin
13/04/2015 @ 1:33 pm
jika ketiadaan kad pengenalan? boleh ke nak renew? kad pengenalan saya tercicir jadi saya sekarang ni mengalami masalah kewangan utk membayar denda yg sangat mahal
Nurul Hidayah Binti Zakaria
29/03/2015 @ 4:24 pm
Bagus lah kalo slps ni smua jabatan krjaan or agensi krjaan wat keje cepat 🙂
Muhammad Adam
24/01/2015 @ 10:29 pm
Bulan 8 tahun 2015 sampailah hari ulang tahun kelahiran saya, perkara pertama yang saya ingat adalah KEMATIAN lesen memandu. Maka pergilah saya ke pejabat JPJ di tempat saya. Ambil nombor dan tunggu lebih kurang setengah jam. Masih juga perlu menunggu 6 orang sebelum sampai giliran.
Belek punya belek lesen tu, barulah terperasan MATI pada tahun 2015, Tahun 2015 saja lah nanti saya datang lagi. Bagi nombor giliran kat sorang UNCLE dan saya pun beredar. Harap2 bulan 8 tahun 2015 JPJ Muar boleh buat kerja cepat berbanding tahun 2014…
nadiah
04/07/2015 @ 3:56 am
Lagi 2 hari lesen mati..harap2 buat lesen di pej pos pun x amek masa sgt..
kakipromo
02/12/2014 @ 10:58 pm
sekarang ni makin senang nak renew lesen, banyak tempat dan cara boleh guna 🙂
Syimir
14/11/2014 @ 8:49 am
Kalau x bawak gambar ade servis tangkap gambar x kat jpj wangsa maju tu?
Azman Ishak
14/11/2014 @ 9:40 am
boleh je. macam saya pon saya tak bawak gambar. jadi saya suruh je akak kat kaunter tu pakai gambar yang ada dalam chip IC kita. pon boleh jugak.
aishah ahmad
14/08/2014 @ 3:39 pm
Sekarang dh ada utc.senang nk buat urusan kerajaan.macam servis jabatan ada
din
23/07/2014 @ 4:54 pm
Harap dapat dikekalkan efisiency nie..
Muz
22/07/2014 @ 4:15 pm
Terima kasih diatas informasi yang berguna ini. Lain kali kalau nak barukan lesen, saya dah tahu apa yg perlu dibuat.
Info : Perbaharui lesen memandu kepada lesen memandu yang baharu | AzmanIshak.Com
21/07/2014 @ 4:18 pm
[…] PINGBACK NEGARAKU.MY: Info : Perbaharui lesen memandu kepada lesen memandu yang baharu | AzmanIshak.… […]
Hazman Fadzil
16/07/2014 @ 3:38 pm
Hurmm…. aku terfikir camner la rupa hang kalau tak dak misai…. mesti JAMBU kan…. ekekekeke
titan
05/07/2014 @ 12:06 am
dah renew dahh..3 tahun terus. hoho..
tempat aku memang kena datang awal. Kul 7.30 dah ramai orang datang ambil nombor. Kalau tak..minimum satu jam setengah ke atas kena tunggu turn. Hoho..
Azman Ishak
06/07/2014 @ 9:17 pm
normally kalau tadak masalah, renew kat pejabat pos je. itu hari, tak boleh nak renew kat pejabat pos. ade masalh link IC dengan lesen. demn…
akubiomed
03/07/2014 @ 6:52 pm
Tahun depan baru lesen luput tarikh. Tunggu tahun depan untuk memperbaharui lesen memandu.
Azman Ishak
06/07/2014 @ 9:18 pm
saya dah expired sebulan, baru teringat nak renew. haha. adeii mujur tak jadi apa2
azman
03/07/2014 @ 4:56 pm
Dah settle…memang time birthday tak ingat pun lesen mati 🙂
Mus
03/07/2014 @ 4:02 pm
lama lagi nak expire tu..
Cikgu Hairul
03/07/2014 @ 3:36 pm
Saya pun dah tukar kat UTC aritu. Memang senang, tapi gambar tu dia nak warna latar putih dan tak perlu pun fotostat ic. Lain2 ke prosedurnya. Pelik betul.. Apa pun, poskod tu dah sama dgn alamat saya.. Hahaha
Azman Ishak
03/07/2014 @ 3:49 pm
ooo mungkin sebab aku buat pertukara IC dan alamat kot. sebab tu la nak kene ada fotostet IC. baik. terima kasih. aku akan betulkan catatan kat atas.