Petang tadi, aku jemput rakan pejabat datang ke rumah. Tujuannye tak lain tak bukan, pasal aku nak pinjam PS3 dia. Dia habaq kat aku, dia baru beli God of War3. Aku sebelum ni pernah main game tu masa ada PS2. Bila dah masuk God of War3, dah tak berpeluang main. Sebab GOW3 untuk PS3. Kantoi betoi. Jadi, alang-alang tetamu nak mai, aku pon masak la menu simple untuk tengah hari.
Saje la aku tweet kat twitter yang aku nak masak kuew tiaw ala Papa Rich. Ade pulak member mintak resepi. Hahaha sape lagi kalau bukan @mfirhanjasni. Dia mintak resepi kat twitter. Kalau nak tulis kat twitter… konfem jenuh nanti twitter aku kene LIMIT.
Dipendekkan cerita, bahan-bahan untuk masak kuew tiaw sup ala Papa-Rich ni adalah:
- Udang segar XL (Rahsia utama)
- Kuew tiaw
- Daun bawang, daun sup, daun ketumbar, dan juga bawang besar yang di hiris kecik-kecik empat segi.
- Togeh atau cendawan enoki. (cendawan yang kecik-kecik tuu…)
- Garam, gula sebagai pengimbang rasa dan juga lada sulah (jintan putih)
- Kicap + cili potong untuk mereka yang suka pedas. (potong siap-siap. Bukan susah pon)
Cara memasaknya teramat mudah.. mula-mula, potong semua bahan… sayur-sayur dan daun-daun kat atas tu.. ricik halus-halus. Lepas tu… panaskan periuk, dan masukkan air untuk merebus udang. Macam biasa la.. udang tu mesti dibersihkan dahulu.
Ingat ye.. hanya buang muncung dan ekor udang. Potong dengan gunting je. Jangan sesekali buang kulit udang. Ini adalah resepinye. Lepas bersihkan udang yang dipotong tu.. rebus udang tadi dalam periuk yang berisi air separa penuh. Sementara nak tunggu udang mendidih, basuh kuew tiaw tadi bersih-bersih dan toskan ye.
Masukkan garam dan gula untuk mengimbangkan rasa masin dan manis udang dalam air rebusan tu. Masa dah mula nampak air rebusan tadi dah nak mendidih, taburkan serbuk lada sulah dalam air rebusan tadi. Kacau biar sebati. Terpulang pada selera sama ada nak rasa lebih lada sulah atau kurang.
Bila dah mula nak mendidih, kecikkan sikit api tu, dan keluarkan udang. Lepas tu, celur kuew tiaw yang dah dibasuh tadi menggunakan penapis ke dalam air rebusan tu. Toskan kuew tiaw. Jangan rendam lama-lama, kejap lagi masak terus la kuew tiaw tu. Dah siap celur kuew tiaw.. sekarang celur bahan-bahan seperti togeh dan cendawan enoki tu.
Ok.. dah siap.. hidangkan kepada tetamu. Jangan lupe masukkan daun ketumbar, udang dan jugak daun bawang ke dalam kuah sup yang kita rebus tadi (air rebusan udang). Untuk hidangkan kepada tetamu, kene asingkan kuew tiaw. Masa nak makan baru bubuh kuah.. alaaahhhh… macam makan laksa. Kalau tak.. nanti kembang la kuew tiaw sementara nak tunggu tetamu datang.
Kalau rajin, sebelum masukkan udang ke dalam kuah sup (air rebusan) kopek la dulu kulitnye. Baru hidangkan pada tetamu. Selamat menjamu selera.
Sekian sahaja dari dapur Papa Amirul. Sehingga bertemu dalam episod akan datang hahahaha! Ingat pantang larangnye… jangan sesekali guna Pak Cik Aji taw!!!!
Wan Fauzi™
08/02/2013 @ 12:35 am
rindunye nak makan Kuew Tiaw Sup nie… kat mesir tak de.. kat malaysia mcm2 ade..
puanbee
27/06/2012 @ 10:52 pm
hurm sedap , boleh try …
Juan
27/05/2012 @ 4:18 pm
pertama kali ni aku melihat kuew tiaw sup ni bro, nmpk sedap jer nih
offshore bank account
15/05/2012 @ 2:56 pm
dah beli kuew tiaw..bolehlah nak follow resepi MG. cuma tak letak udang…allergic seafood. jadi ke tidak ni..hantam sajalah.
Hanif
15/05/2012 @ 12:01 am
mak aiii…putih bersih tengok kuew tiaw tu….menyelerakan
Old-Trafford
08/05/2012 @ 3:57 am
Weww.. terliur tengok.
lama tak makan kuew tau sup.
jennifer
07/05/2012 @ 4:43 pm
This is really looks delicious, I can’t wait to try this recipe…
azmanisma
07/05/2012 @ 4:08 pm
Saya telah membaca post ini.
Namora Boru Suti Mandailing
07/05/2012 @ 1:20 am
Saya telah membaca post ini.
Namora Boru Suti Mandailing
07/05/2012 @ 1:19 am
menu sihat ….sesuai di makan kala berdiet..di tambah sambal kicap bercili..
Muhamad Azman Ishak
07/05/2012 @ 11:43 am
semalam tergigit cili… terus berair bijik mate. dah la tabur lada sulah banyak plak tu.. hangat camput pedas campur panas.. rasa nak gugur rambut.
MrBlast
07/05/2012 @ 12:38 am
bst nih koewtiaw sup, lagi satu nak cari laksam ( utara style ) mmg susah kat KL nih..
Muhamad Azman Ishak
07/05/2012 @ 11:44 am
owh ye ke? kat kawasan perumahan saya ade je laksam. tak susah kalau berdekatan dengan penjual dari terengganu atau dari pantai timur. kadang-kadang, orang KL pon pandai gak buat laksam!
Cikgu Hairul
07/05/2012 @ 12:33 am
Hirup kuah sampai licin. Ni sapa yang masak ni bro?
Muhamad Azman Ishak
07/05/2012 @ 11:44 am
aku masak.. keh keh keh.
mohd firhan jasni
06/05/2012 @ 8:53 pm
thanks bro sebab sudi share resipi ni. insyaAllah nanti saya try. kalau rajin saya twitpic. hehehe :p
Muhamad Azman Ishak
07/05/2012 @ 11:45 am
ape barang tuitpic.. hantar semangkuk besar kat rumah aku la ade bran? bhahahaha! anyway.. thanks back!