Penafian: Sekali lagi untuk tajuk ni, aku adalah seorang yang beginer dalam dunia fotografi, sekiranya nota atau catatan ini salah atau tak betul.. harap dapat pembetulan dari kawan-kawan yang pakar. Entri atau catatan ini bertujuan untuk perkongsian dengan rakan yang menggunakan Sony Alpha290 atau Alpha390 macam Kak Yan. Tujuan utama adalah untuk mendapat putih seimbang dalam gambar. Mungkin boleh diaplikasi pada rakan yang menggunakan model kamera yang lain juga.
Kalau untuk mereka yang biasa amik gambar akan perasan tentang perkara yang disebut “White Balance”. Tujuan tetapan ni supaya gambar yang kita ambik tu dalam keadaan warna yang asli dengan membetul atau menyeimbangkan warna putih. Kalau tak diseimbangkan… itu yang jadi warna terlampau kekuningan atau kemerahan. Kejadian ni biasa terjadi bila kita tangkap gambar “subjek” yang berada pada sinaran lampu NEON (neon light).
Memang dah ada tetapan automaik untuk mode-mode White Balance macam Automatik WB, Day-Light WB, Shading WB, Clowdy WB, Neon WB, dan lain lain… tapi tuuuu tetapan automatik. Jarang sekali bertepatan dengan “Warna Putih Seimbang” yang dikehendaki. Jadi sebab nak elakkan gambar berbirat kekuningan… so kita guna la Custom White Balance sebab nak betulkan menggunakan kamera.
Pertama sekali untuk mendapatkan putih seimbang kebiasannya menggunakan Gray Card. Cara nak buat Gray Card ni senang jer. Sebelum tu, sila baca kegunaan Gray Card kat sini. Kemudian baca kat sini pulak untuk cara-cara printing Gray-Card.
Untuk tetapan Sony Alpha290 dan Alpha390:
- Dah print Gray-Card? Sila focus kepada Gray-Card tadi… pastikan metering berada di tengah-tengah. Ingat ye… ini adalah teknik Manual (PASM)
- Pergi ke tetapan dengan menekan butang [Fn] kemudian, pergi ke White Balence. Seterusnya pilih Custom White Balance –> .
- Pilih Custom White Balance yang ade logo –> dengan menekan butang kekiri atau ke kanan –> seterusnya tekan butang ok –> .
- Seterusnya daripada Gray-Card yang kita print tadi.. pastikan daripada titik-titik fokus, Gray-Card tadi, duduk di tengah-tengah. Perhatikan gambar 2. Kemudian petik butang Shutter. Kalau tiada mesej error dipaparkan… maka White Balance yang anda buat sebentar tadi adalah tepat. Kalau ade error.. sila buat sekali lagi.
Kalau dah dapat paparan mesej [OK], cuba tangkap gambar menggunakan Exposure yang sama bawah pencahayaan yang sama. Macam mana? Ada erubahan? Sebenarnya cerita kat atas ni.. teori je lebih… kalau nak diikutkan step… mudah sangat untuk di aplikasi. Ok.. selamat mencuba ya.
Nota: Terima kasih kepada Saudara Syamsuddin aka @Aeropama yang telah mengajar aku teknik ni. Ini merupakan tajuk pertama yang dia ajar selepas aku beli dSLR dan berguru dengan dia.
Ojah
14/08/2014 @ 9:47 am
mantap gan,,saya jg pke sony @390 pertama sih kurang paham tentangfitur2 yg ada di dlm nya,,, setelah belajar sendiri jg sering buka blog ini,wuoaw pkok nya banyak pengalaman bertambah untuk dunia photography lah,,,,,, terima kasih gan,,,,
shah88
18/02/2012 @ 8:08 pm
bgus blog nih..baru berhajat nk beli camera, boleh bljr skil2 dlm ni..
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:07 am
terima kasih 🙂
KNizam
14/02/2012 @ 12:06 pm
tudiaaaa naaaaa hehe 😉
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:03 am
hamboi hang… kemain. taw la kamera hang kamera mahaiiii~
Nine
13/02/2012 @ 6:12 pm
Bro Azman, saya baru jer beli a290 kat Lowyat, dapat harga ok, pastu beli lens Tamron lain 17-50mm, tapi kan snap pic pic mcm biasa jer, camne ek nak bagi lawa, duk tgk tuts kat utube, tapi tak menjadi buat mcm bro, saya guna auto, nat set iso apa apa semua tu susah sikit Sony.
Saya skrg kalo gi mana bawa camera ja. sebab minat nak belajar. snap gambar ikut dan jer.
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:07 am
Nine… kita dah chat hari tu kan kat twitter. anyway.. welkam to the club.. hehehe.. susah nak carik kelab alpha. maklum la semua orang nak pakai kamera yang berjenama macam nikon dengan canon… sapa la kita ni kan.. hahaah
belajar pakai manual. sebab yang tu je kita boleh set macam-macam. kalau auto.. kita mengharapkan skill kamera.. itu bukan 100% output yang kita nak.
p/s: aku pergi kije pon aku bawak je kamera aku. walaupon tak pakai. sebab moment tu… tak selalu kebetulan. kengkadang moment best.. lepas macam tu je sebab lupa bawak kamera :D. keep prektis yo~
Syafiq ?omo????
10/02/2012 @ 9:36 pm
entah sebab apa aku suka guna filem sebab white balance yang cantik.
tapi itu semua ikut suka kita kan haha
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:08 am
hang tu manusia lomo. lol~ aku ni semua nak kijer pelik dari orang. hang dari planet zuhal.. aku marikh. lol~ mane nak same hahaha
tarmizishukri
09/02/2012 @ 7:01 pm
kalau ada outing nanti jgn lupa roger2 🙂
Muhamad Azman Ishak
10/02/2012 @ 8:54 am
salam bro.. waahh… sifu sony mai dah.. haha.. segan plak.
insyaallah.. nanti kalau outing lagi.. saya kasik taw.
p/s: terkesima sekejap bila orang hebat datang menjengah 😀
yanmie
09/02/2012 @ 6:53 pm
Salam,
Baca banyak kali gak ni nak bagi faham hehee, thanks for sharing, ok malam ni nak try snap gambar tengok macam mana hhehe 😀
Muhamad Azman Ishak
10/02/2012 @ 8:52 am
sebenarnya teknik ni.. memang dah ade dalam buku manual.. hehehhe… nanti cube la terai ye.. boleh kongsi hasil tembakan 😀
yanmie
13/02/2012 @ 11:01 am
Buku manual selak2 je hahhahaa 😀
wazy
09/02/2012 @ 6:05 pm
satu tutorial yang menarik *ni yang semakin nekad nak ambik satu dlsr*
Muhamad Azman Ishak
10/02/2012 @ 8:51 am
bro.. sekarang ni nikong D3100 pon dah murah. untuk level beginer dah ok dah tu. pakai dulu kamera beginer sampai lunyai macam aku. tak perlu nak terus up beli kamera mahal.
perkara pertama kene ingat.. hobi ni boleh mendatangkan duit.. dan boleh mengopakkan duit.. terpulang pada minat 😀
Aeropama
09/02/2012 @ 8:48 am
Buat portable grey card bro. Senang nk setting WB kalau g mn2.
Step:
1. Buka photoshop
2. New canvas. Size A4
3. Tekan icon paint. Pilih color grey
4. Set fill ke 30%
5. Print & tampal dekat cardboard
Muhamad Azman Ishak
09/02/2012 @ 9:51 am
Terima kasih atas perkongsian bro. erk.. bila kita nak melebam neh? haha