Salam Bahagia Semua,

Suatu ketika dahulu, semasa aku bersama Blogger.Com, aku kurang mengambil kesah tentang perkembangan TWITTER. Meskipon pada masa tersebut, aku sudahpon memiliki akaun untuk perkhidmatan ini.

Ketika di Blogger.Com, aku lebih selesa mengikuti perkembangan blog rakan-rakan semua melaui RSS Feed yang disediakan sebagai Gadget/Tools Blog yang pada aku ianya amat mudah dan tidak merumitkan. Dalam masa yang sama, susun aturnya agak kemas.

Malangnya, apabila aku bertukar ke WordPress Self Hosting, widget RSS Feed yang disediakan teramat-amatlah mengecewakan aku. Disebabkan tekanan sedemikian, pada masa kini aku mula menggunakan semula perkhidmatan TWITTER sebagai alternatif lain kepada RSS Feed. Lagipon ianya adalah percuma, realtime update dan mesra pengguna dengan adenya TwitterFOX.

*** Aku ni seorang yang malas untuk download WordPress Plugin. Jadi malas nak carik Widget untuk RSS Feed. Dalam mase yang same, aku tak berapa suke nak pakai Google Read sebab ianya kurang mesra alam dengan paparan antaramuka yang serabut.

Tanpa membuang masa, di sini aku akan tunjukkan macam mana untuk menjadikan TWITTER ni sebagai salah satu widget yang mesti ade pada blog anda semua.

1. Perkara pertama ialah anda perlu mendaftar dahulu sebelum anda dapat menggunakan perhidmatan ini. Sila log masuk ke:- http://twitter.com dan daftar akaun anda disana.

2. Setelah pendaftaran selesai, maka anda hanya perlu memasukkan code HTML kedalam blog anda. Untuk mendapatkan kod HTML ini, and perlu ke:- http://twitter.com/widgets

3. Daripada sini, sila klik pada [Blogger] untuk mendapatkan fungsi widget secara automatik terus ke blog anda (Blogger.Com sahaja) manakala WordPress dan sebagainya sila klik pada pilihan [Others]. Kemudian, sila tekan butang [Continue].

4. Untuk pengguna Blogger.Com, widget akan terpasang secara automatik sekiranya anda memilih seperti arahan pada no.3 diatas. Anda hanya perlu memilih tetapan yang diperlukan, dan tekan butang [Add to Blogger]. (Rajah di atas)

5. Untuk pengguna WordPress dan hosting yang lain, *daripada no.3 [Others], aku sarankan supaya anda semua hanya memilih HTML Widget berbanding Flash Widget yang berat dan membosankan pembaca blog anda dengan proses loading yang lembap.

6. Setelah butang [Continue] ditekan, anda akan dibawa ke papatan tetapan Widget HTML. Buatlah tetapan yang anda suka dan salin code html yang telah diberikan pada anda.

7. Setelah itu, letakkan la code HTML yang anda dapat tadi pada blog anda, bahagian Widget –> Text/HTML (WordPress) dan Gadget –> HTML (Blogger).

8. Seterusnya untuk proses kemasini, anda cume perlu mendownload TwitterFOX (pengguna Firefox). Proses mengemas-kini TWITTER anda akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini.

Cubelah… anda akan merasakan perbezaan menggunakan perkhidmatan ini berbanding dengan aplikasi sembang maya yang lain. Ianya telah membantu aku menyelesaikan masalah RSS Feed yang serabut dari WordPress.

Selamat Maju Jaya~