Masa tu, malam yang agak gelap dan membosankan. Anak-anak dan isteri memang dah tidur. Lagipon perjalanan jauh, tak tergamak nak suruh isteri berjegil bijik mata, semata-mata untuk bersembang dengan aku. Sambil-sambil kereta tersangkut dalam JEM, aku keluarkan kamera.
Mulanya… aku pakai kamera henpon je. Sebab risau kereta terhoyong hayang. Tapi selepas dah terperap tersangkut lama sangat… aku terus keluarkan DSLR. Nah ambik puas hati. Brader Mrader kat kereta sebelah usha cam tak puas hati. Lantak la kan? Dah jem tak bergerak.
Bosan gile woo… bayangkanlah dok bawak kereta sambil tersengguk-sengguk dari Rawang lagi dah start JEM. Kemudian, secara rasminya bermula JEM kat Behrang… perghhh sampai la ke tembus ke Terowong Menora… sampai ke Taiping. Bapak ar. Kaki sebelah kiri konfem bersila. Nak berhenti kat perhentian pon penuh sesak kenderaan melimpah sampai kat luar.
Redo je la.
aishah ahmad
13/08/2014 @ 1:54 pm
Bole tahan jam nya.
mai has
07/08/2014 @ 11:07 am
wah…teruk betol jam.dengar kata orang smpai lepak tepi jalan sebab lama sangat.nasiblah saya balik taiping tgh hari raya pertama.hehe
akubiomed
06/08/2014 @ 11:25 am
Syukur tahun ini saya melalui perjalanan balik kampung dan balik ke KL tanpa kesesakkan. Mungkin timing masa tersebut trafik kurang.
Saya balik kampung hari Jumaat selepas solat Jumaat dan balik KL pun pada hari jumaat.
Kujie
06/08/2014 @ 10:08 am
kak jie biasa akan keluar ikut jalan persekutuan…. tp kadang2 nak sampai susur keluar kat depan tu bukan senang….main 2-3 jam juga
tapi redah aje lah…dah itu laluan kita, kan…