Gambar pembukaan tirai. Tapi masa gambar ni diambil, aku dah menuju ke Dataran.
Gambar pembukaan tirai. Tapi masa gambar ni diambil, aku dah menuju ke Dataran.

Ok, seperti biasa disclaimer atau penafian untuk aku: Aku pergi tangkap gambar. Dah hobi aku tangkap gambar. Disebabkan masa tu aku free sesangat. Dan aku juga pergi dengan tidak dibayar satu sen. Tengok sendiri dan nilaikan sendiri. Sebarang komen berunsur negative, provokasi, komen menyimpang, komen-komen menghina, komen yang bias atau unbias… akan aku delete tanpa rasa prejudis mahupon bersimpati.

Sekiranya anda yang membaca blog ini adalah dari pihak berkuasa dan inginkan foto pada resolusi tinggi, Sila hantarkan email rasmi kepada admin[@]azmanishak.com. Sebarang komen bersifat kebudak-budakan mahupun ugutan, tidak akan dilayan dan akan dibawa ke muka pengadilan. Maka dengan itu sila berhati-hati dengan setiap tingkah laku anda ketika berada dalam blog ini. Aktiviti anda, dipantau.

Masa aku sampai, waktu tu dah hampir waktu zohor. Jadi aku singgah dulu ke Masjid Jamek untuk solat Zohor
Masa aku sampai, waktu tu dah hampir waktu zohor. Jadi aku singgah dulu ke Masjid Jamek untuk solat Zohor
Punya lah ramai umat manusia.
Punya lah ramai umat manusia.
Semua orang boleh jadi jurugambar sekarang ni. Semua ada kamera
Semua orang boleh jadi jurugambar sekarang ni. Semua ada kamera
Bergerak menuju ke Dataran Merdeka
Bergerak menuju ke Dataran Merdeka
Mereka tahu, mereka tak boleh ubah apa-apa. Tapi mereka punya harapan.
Mereka tahu, mereka tak boleh ubah apa-apa. Tapi mereka punya harapan.
Semua akan berpusu ke Dataran Merdeka
Semua akan berpusu ke Dataran Merdeka
Semua terus bergerak... terus bergrak tampa dihalang buat masa ni.
Semua terus bergerak… terus bergrak tampa dihalang buat masa ni.
Pihak wartawan dan media yang sedang bertugas membuat liputan semasa #BantahGST berlansung
Pihak wartawan dan media yang sedang bertugas membuat liputan semasa #BantahGST berlangsung
Apa yang dipikirkan agaknya
Apa yang dipikirkan agaknya
Semua memandang ke arah pusat Dataran Merdeka.
Semua memandang ke arah pusat Dataran Merdeka.
Nama uncle ni adalah Lawrence Saw. Dia sangat petah Berbahasa Melayu. Dia juga sangat mahir berpantun. Satu perkara yang dilupakan meskipun ia budaya orang Melayu sendiri.
Nama uncle ni adalah Lawrence Saw. Dia sangat petah Berbahasa Melayu. Dia juga sangat mahir berpantun dan puisi secara spontan. Satu perkara yang dilupakan meskipun ia budaya orang Melayu sendiri.
Jika disebut tekanan ekonomi... semua peringkat, semua bangsa akan turut terkesan
Jika disebut tekanan ekonomi… semua peringkat, semua bangsa akan turut terkesan
Jika tiada yang tamak, jika tiada yang khianat, jika tiada yang rasuah, jika tiada yang iri hati... kita semua boleh hidup dengan harmoni.
Jika tiada yang tamak, jika tiada yang khianat, jika tiada yang rasuah, jika tiada yang iri hati… kita semua boleh hidup dengan harmoni.
Sentiasa memastikan kelansungan siaran diterima ke semua sumber
Sentiasa memastikan kelansungan siaran diterima ke semua sumber
Disaat ini, pagar dibuka untuk membernarkan semua yang datang berkumpul ditengah-tengah medan Dataran Merdeka.
Disaat ini, pagar dibuka untuk membernarkan semua yang datang berkumpul ditengah-tengah medan Dataran Merdeka.
Maaf, aku tak kenal dengan uncle ni.
Maaf, aku tak kenal dengan uncle ni.
Siapa yang meneropong... kelak akan diteropong.
Siapa yang meneropong… kelak akan diteropong.
Selagi boleh. Tak kira apa jenis kamera. Selagi boleh merakam peristiwa.
Selagi boleh. Tak kira apa jenis kamera. Selagi boleh merakam peristiwa.
Tak nampak la... kene angkat tinggi skit
Tak nampak la… kene angkat tinggi skit
Rakaman dari pelbagai sudut
Rakaman dari pelbagai sudut
Peluang berniaga. Masa ni memang air mineral pon jadi mahal.
Peluang berniaga. Masa ni memang air mineral pon jadi mahal (tapi bukan brader ni yang jual mahal. Orang lain)
Owh ramai habaq hang... kene record. Sat lagi nak tunjuk kat depa balik ni.
Owh ramai habaq hang… kene record. Sat lagi nak tunjuk kat depa balik ni.
Waktu ketika itu adalah 3.00 petang. Masih panas terik.
Waktu ketika itu adalah 3.00 petang. Masih panas terik.
Waktu ni, aku dah tak boleh nak bergerak kemana-mana dah. Sudah tersangkut.
Waktu ni, aku dah tak boleh nak bergerak kemana-mana dah. Sudah tersangkut.
Tudiaaaaa abang Metallica ambik gambaq... senget-senget badan dia. Cayalah bang!
Tudiaaaaa abang Metallica ambik gambaq… senget-senget badan dia. Cayalah bang!
Peluang meniaga. Nak mencari rezeki. Jual air.
Peluang meniaga. Nak mencari rezeki. Jual air.
Tulisan pada baju : Rakyat Bangkit, Bantah GST 501.
Tulisan pada baju : Rakyat Bangkit, Bantah GST 501.
Ok, gambar pengelas: Wau bulan... Menuntut hak.
Ok, gambar pengelas: Wau bulan… Menuntut hak.

NOTA: Untuk gambar lain-lain, aku ada kongsikan kat album peribadi aku dalam Facebook. Tak rajin nak upload banyak sangat kat dalam blog.