Pandangan sisi - Citiwide CPL Filter (Screw type)

Menjadi keperluan untuk mereka yang sama ada masih baru dalam dunia fotografi untuk tercari-cari aksessori yang sesuai untuk dSLR kesayangan. Hal yang samalah juga dengan aku yang yang baru sehari-dua jadi beginer photographer. Hari ni aku selesai menambah koleksi aksessori dSLR aku iaitu lense filter. Lense filter ni tujuan utama dia dah tentulah menapis.. menapis apa? Itu bergantung kepada nama yang diberi.

Gambar: Bacaan diameter sesebuah lense dSLR

Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli filter adalah saiz diameter lense yang nak digunakan. Tak semua diameter lense sama kecuali dah memang jenis standard atau KIT LENSE. *Ape merepek bahasa skema*. Oleh itu, aku sarankan kepada kawan-kawan yang nak dalami bidang ni dan nak menambah aksessori filter, sila check dulu bacaan diameter lense nkorang. Nanti takut masa COD, tokey tersalah bawak… kan leceh. Tengok seperti gambar kat atas.

Habis cerita mukhadimah. Terus kepada DSLRPlaza.Com aku jumpa masa merayau kat forum PhotoMalaysia.Com beberapa hari lepas. Lepas tu ternampak iklan DSLRPlaza.Com ni, aku terus usha website tu. Pendaftaran dan pengurusan memang aku salute. Cepat giler. Alang-alang nak membeli, aku terus beli untuk ke dua-dua lense aku.

Untuk Kit-Lense (18-55mm):-

  • 55mm CitiWide MC-UV (Ultra Violet filter) – Screw type
  • 55mm CitiWide Close-up/Macro (Macro Filter) – Screw type

Untuk Minolta 70-210mm:-

  • 49mm CitiWide CPL Filter – Screw type + adjustable

Jadi semua kat bawah ni adalah hasil dari tembakan menggunakan filter. Kebanyakkan info aku dah tulis kat atas gambar tu. Kalau rasa-rasa nak check EXIF, sila save image.. dan view properties ye.

Ni gambar bunga telur... test kit-lense + close-up/macro filter
Ni pulak.. cuba tembak sedekat yang boleh semasa menggunakan close-up filter. Ini bukan CROP ye.
Masih lagi Kit-lense bersama close-up/macro filter
Amacam? Ada rasa cemburu? Tak adjust ape ape pon. Standed kit-lense + close-up/macro filter
Last - Hasil dari tembakan 18-55mm + close-up/macro filter
Kit-Lense 18-55mm + UV filter. Sebab? Kawal brightness untuk dapatkan awan ketak-ketak.
Sila abaikan komposisi yang aku tau.. ini adalah fail
Perbezaan sebelum dan selepas penggunaan CPL Filter. Lihat pada lopak air. Kurang biasan awan

Oklah… cukup catatan aku untuk kali ni. Nanti kalau ade ape-ape yang aku boleh share… aku share kat sini. Kepada kawan-kawan nak beli filter, aku sarankan supaya berurusan dengan DSLRPlaza.com. Sila pastikan nkorang COD (Cash on Delivery) kalau kurang yakin. Aku pon COD je. Biasa la.. kita baru first time berurusan kan.

Nota: Nampaknye, hobi fotografi ni semakin seronok dengan adenya filter macam ni. Jadi dapat la aku kurangkan masa nak edit gambar. Ye betul.. gambar aku banyak aku edit sebelum publish 😀