Semangnya teramat lama tak update blog peribadi. Ceritanya di mana blog peribadi bukan lagi priority. Masih banyak perkara penting selain dari blog ni. Senyum sahaja, tak perlu beralasan panjang.

Untuk rakan blogger yang lain, selamat meneruskan kelansungan penulisan berqualiti di blog masing-masing. Pada aku, blog ini mungkin akan tinggal kenangan. Tapi dalam pada tu, aku bersama beberapa rakan media seangkatan, sedang berusaha fokus kepada satu projek blog yang lebih khusus.

Buat masa ni, aku sedang “meneman” isteri yang sedang bertarung nyawa untuk bersalin di PPUM. Berteman secara virtual kerana hospital PPUM ni dah memang dikenali dengan nama jolokan “Hospital Rakan Bayi”, tetapi bukan Rakan Bapa. Oleh itu, bapa sila tunggu di lobbi ye!

Nota: Mohon doa kalian semoga kelansungan keluarga aku pada hari ini dan seterusnya berjalan lancar. Amin.

Thanks,
Azman Ishak.
from my iPhone 5s