Live Update: 3 Nov ’09, 10.14am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Ahh…. kejapnya masa berlalu. Perkara tersebut berlaku pada tahun lepas. Apa dia eh? Sila jangan salah paham. Aku bertunang hampir genap setahun. Alhamdulillah, tempoh perkenalan tersebut hampir ke masa penamatnya. Insya-Allah~

Kalau masa dulu… Aku rasakan lambat je nak sampai ke tarikh yang dijanjikan…. Tapi sekarang ni lain pulak. Masa seolah-olah sedang menolak aku dari belakang. Langsung tak bagi "chance" untuk menoleh. Keputusan telahpun dibuat. Janji sudahpun diikat, hanya menunggu masanya je. *jiwang ber-teritip tetibe hahaha…

Apa pun memang aku tengah cuak sekarang. Walaupun cuba tenangkan… Tapi still tak boleh blah jugak ar…

P/S : Semalam keluar ngeteh dengan Eddie (http://noktahhitam.com) sama si Sham (http://aeropama.com). Ok la jugak, sekurang-kurangnya tadak la runsing sangat pasal "countdown" ni kan?