Live Update: 13 Nov ’09, 10.14am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Erm… Mungkin pada masa sekarang ni ada yang merasakan aku sedikit sebanyak berubah. Mungkin juga dari segi pergaulan dengan kawan-kawan. Tidak hairan mana-mana lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin, cube menjauhkan diri dari rakan mereka. Jauhkan bukan bererti memutuskan persahabatan, tapi atas beberapa alasan yang sememangnya kamu tidak mampu untuk menyangkal.

Perkara yang agak sinonim ini juga berlaku ke atas diri aku pada satu ketika dulu. Pada permulaan, aku menjangkakan kawan tersebut telah berubah. Tidak seperti dulu, gembira bersama, enjoy besama dan macam-macam lagi perkara. Tapi setelah mereka berumah tangga, rakan-rakan lain seolah-olah dipinggirkan. Memang terasa kesombongan mereka sesudah bekeluarga. Tapi silap aku adalah disitu. Cepat membuat andaian tanpa memahami perkara ini adalah lumrah.

Rakan sudah mulai mengurangkan pergaulannya dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang ni dah tak sama lagi macam dahulu. Baginya, keluarga adalah keutamaan terlebih dahulu. Suatu ketika dulu aku pernah kata kawan aku dah sombong semenjak berumah tangga, tapi kali ini baru aku paham kenapa.

Kawan… Masih lagi kawan. Kita masih juga berkawan sama macam satu ketika dulu. Tapi untuk luangan masa, ianya adalah menjadi keutamaan untuk diperuntukkan kepada kepentingan keluarga terlebih dahulu. Atas sebab musabab sedemikian… beberapa kali ajakan kawan untuk keluar bersosial seperti dulu terpaksa ditolak.

Tolak dalam keadaan hormat dan sopan agar sahabat mahupun kawan memahami situasi sekarang sudah pun berubah. Dalam masa yang sama, rakan, kawan ataupun sahabat akan mula terasa kesunyian yang datang dalam dirinya. Hilang teman bergelak ketawa, hilang kawan untuk menceritakan masalah peribadi, mungkin juga hilang kawan yang sangat dihormati untuk menyimpan segala permasalahan yang ditanggung selama ni.

Terasa dirinya teramat la sunyi. Perlukan sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara. Teman untuk menggantikan apa yang telah menjadi rutin ketika berkawan. Mengadu masalah… Tapi kat sapa? Timbul pula rasa ingin mencari pengganti kepada kawan kepada teman. Atau boleh aku katakan pasangan hidup.

Bila kekosongan dari ketiadaan ataupun berkurangnya aktiviti berkawan…. Diri mula merasakan kesunyian. Ah… Harus dicari segera teman hidup agar dapat membina masa depan yang bahagia. Punya teman berkongsi suka duka dan pelbagai. Dari sini sebenarnya… Tercetus lah "seruan" itu untuk kamu.

Mungkin sekarang kamu tidak merasakan sangat perkara tersebut. Apa kata tunggu saja lagi setahun atau dua. Tempoh yang agak lama menjadikan kamu bosan hidup tanpa berteman…. Malu eh? Ini adalah perkara realiti yang berlaku atas diri aku.

P/S: Mintak maaf untuk Eddie, Roslan, Fiona dan juga rakan-rakan yang hadir semalam. Aku tak dapat nak join kamu semua. *seperti yang dinyatakan*

P/S2: Special wish for qiilans87.com yang menyambut hari lahir semalam. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran, cepat dapat kerja dan cepat berkahwin. Hehehe… Happy birthday friend~