Melepaskan penat lelah seketika by aimedianet

Melepaskan penat lelah seketika, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Orang kata, kalau aku buat liveblog, gambar mesti tadek kene mengena dengan cerita. Manakan tidak, kalau diaorang tak cuba nak paham apa yang kita nak sampaikan. Tak boleh salahkan mereka yang tak tahu isi hati kita disebabkan kita mengeluarkan ayat tergantung!

Keluar daripada opis di tingkat atas merupakan port melepak. Menghilangkan kepenatan mata menghadap skrin komputer sepanjang hari. Sambil-sambil tengok langit yang semakin lama semakin menghitam. Tiba-tiba teringat kesah kat wall facebook hahaha… Owh tak pe la. Nak buat macam mane.

Keselesaan orang sekeliling ada kalanya terganggu dengan emosi kita. Meskipun mereka tidak terlibat dalam apa-apa pertikaian. Mungkin menjadi orang perantaraan adalah lebih baik bagi mereka kerana tidak mahu terus dihujani dengan flooding text cercaan dan hinaan di laman sosial. Tak selesa barangkali. Mungkin juga menyesal mengenali manusia yang menulis sedemikian. Menyesal ditambah sebagai rakan maya.

Setiap individu ada hak dan privasi masing-masing. Jika kurang rasa selesa dengan perkara yang berlaku, kemungkinan menolak secara senyap lebih elok daripada tersentap memakan diri. Tiada paksaan untuk menjadikan rakan disebabkan nak menjaga hati orang itu orang ini.

Eh kejap… Apa yang aku tulis ni? Ok la… Jangan lupe join contest dari Salam Media – Islamic Advertising Agency. Wokeh! (Sila semak catatan sebelum ini untuk maklumat lanjut)

Thanks,

Azman Ishak.