Dua Layer – Teh Halia Bortingkek-tingkek, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.
Agak awal jugak aku tiba di Sungai Buloh hari ni. Kebetulan wife kerja pagi dan mula bertugas pada 6.45am. Anak beranak konfem kene bangun awal. Lepas drop wife kat PPUM, terus pulak ke pusat asuhan anak di Sungai Buloh. Macam ni la rutin harian.
Nak menyampai ke Sungai Buloh pon satu hal jugak, terpaksa ikut highway. Kalau ikut jalan biasa, masa terpaksa la aku dengan anak-anak mengeram dalam JEM. Satu hal pulak kalau anak mengamuk. Itu belum kira kalau tiba-tiba anak sakit perut. Perkara tak jangka kalau ikut jalan biasa. Untuk mengelakkan keadaan tak diingini berlaku, lalu jugak la highway.
Masalah melanda tahun depan bila kadar kenaikan tol telah diumumkan. Masak sungguh. Kalau tanak bayar tol, ikut jalan biasa. Kalau tanak jem, pakai la motorsikal… Boleh je pergi kerja naik motor. Ape ade hal… Tapi memang sangat HAL lah, anak-anak aku tu pulak macam mana?
Dikala saat simiskin tertekan dengan kehidupan, si kaya datang dengan memberi kesabaran. "Sabar la… Ini semua dugaan Allah. Kalau merungut, macam mane rezeki nak berkat, kalau asyik komplen dengan dugaan yang datang?". Sedangkan mereka menyuruh rakyat mahrein berjimat, mereka lalu tol semua tak kene bayar. Kalau JEM, ada yang tolong clearkan jalan. Keperitan si miskin yang tertekan dengan kos sara hidup kian meningkat saban hari, namun tidak juga si kaya peduli, malah menyalahkan si miskin kerana kurang berusaha.
Si kaya tetap meneruskan egonya dengan menyuruh si miskin bersabar dengan dugaan hidup. Wahai si miskin, adakah kau tidak bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan? Si kaya dengan alimnya akan berkata-kata:
"ini mesti ada sesuatu dalam hidupmu yang tidak kau sempurnakan. Bersolat lah selalu dengan ikhlas… Banyakkan sedekah, semoga rezeki mu kian melimpah."
Jawapan si miskin: "aku bukan jenis manusia seperti mu, yang akan menceritakan setiap amal baik ku di timeline mukabuku. Meskipun tidak kau nasihat sedemikian, ianya perkara utama yang telah kuselesaikan. Kemiskinan ku adalah dugaan untuk ku dan jugak untuk mu wahai si kaya. Semoga kau faham apa yang kau sedang baca sekarang."
Thanks,
Azman Ishak.
akubiomed
18/12/2013 @ 5:50 pm
Boleh tahan sindiran abang M.Nasir kita ini. 🙂
Azman Ismail
18/12/2013 @ 10:35 am
Dorang tak paham, itu naik, ini naik mana si kaya rasa. Si miskin la yang banyak rasa kesusahan.