Imag0435

Pagi ni aku sampai lagi bapak awai kat office Sungai Buloh. Mama Amirul hari ni kijer shif 6.45am. Maknanya… Tidok aku malam tadi memang rasa tak puas sebab stadi pasal PHP FUNCTION & CLASS.

Sampai awal, biasanya aku perkena teh tarik sama roti dulu kat kedai maksu neh. Roti canai dia memang umph. Mamak pon kalah dowh! Kalau minum pagi plak, dah tentu la teh tarik. Aku tak perlu order menu aku sebab pekerja maksu dah tau… 

Imag0436

Melainkan kalau aku nak tukar selera, aku jumpa kat kaunter. Kalau masa aku datang kedai… Aku terus duduk… Itu maknanya menu cam biasa kot depa kata. Hahaha.. kengkadang best bila dah jadi regular kastemer kat kedai makan. Depa tengok muke je dah tau nak makan ape.

Kejap lagi, aku nak kene gerak pulak pergi office yang kat HQ. Hari ni ade sikit diskusi pasal website kampeni. Ada beberapa perkara nak kene alter.

Nota: Ini adalah live-blog pos berjadual menggunakan aplikasi SmartNote. Hari Jumaat kan? Agak-agak la..