Live Update: 26 Nov ’10, 12.33pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Ok. Ini pula adalah cubaan kedua dalam review pada kali ni. Secara amnya saya masih lagi kekok untuk menggunakan Qwerty keypad. Jadi kadar untuk menaip jadi agak lambat dan sangat tidak bersesuaian ketika dalam keadaan tergesa-gesa atau kelam kabut.Pertama sekali apa yang saya perhatikan dalam aspek penilaian telefon HTC HD7 ni adalah kepantasan menaip dalam keadaan tergesa-gesa.
Untuk seorang live blogger, bagi saya apa yang saya nampak… Keberkesanan menaip blog secara live hanya selesa apabila anda dalam keadaan rileks. Ini disebabkan oleh papan kekunci (keypad) dalam layout qwerty meskipun anda menegakkan telefon ini. Agak menjadi masalah sekiranya tersilap. Anda perlu duduk dalam keadaan selesa, baru boleh menulis. Live blogger perlukan sesuatu yang agak pantas yang boleh dicapai “sebelah tangan”. Ketidakbolehan mengubah kedudukan papan kekunci dalam kedudukan numeric merupakan sedikit masalah untuk menaip blog secara live.
Terdapat lagi satu masalah sekiranya anda menulis dalam Bahasa Melayu. Ini kerana perkataan cadangan (suggestion words) menggunakan Bahasa Inggeris dan kadangkala ianya memperbetulkan perkataan anda secara automatik. Mungkin anda menaip dalam keadaan laju, tanpa anda sedari, ada perkataan anda telah diperbetulkan dan perkara ini menjadi kesalahan perkataan ataupun ejaan. Tapi ini tidak akan mendatangkan masalah selepas anda kerap menggunakan Bahasa Melayu untuk penulisan anda. Perkataan anda tadi akan disimpan untuk digunakan semula sebagai perkataan cadangan sekiranya anda kerap menggunakannya. Hasilnya, telefon ini mengenali bahasa yang anda gunakan dan kadar anda menaip menjadi semakin cekap.
Perkara kedua yang saya perhatikan tentang HTC HD 7 dari sudut Live Blogger adalah, kepantasan mengakses aplikasi kamera. Ini adalah satu kelebihan dimana saya tidak perlu menunggu lama sebelum boleh menggunakan kamera. Perkara ini adalah satu kriteria yang saya inginkan.Kadangkala… Katakan anda rerserempak dengan sesuatu insiden…. Gambar lah yang menjadi bahan bukti tentang apa juga ingin anda sampaikan. Kegagalan atau kelewatan aplikasi kamera dijalankan menyebabkan anda telah kehilangan sesuatu yang berharga sebagai bahan bukti.
Inilah satu kelebihan HTC HD7 mengenai kepantasan mengakses aplikasi kamera. Namun begitu, tetapan atau konfigurasi kamera amat terhad. Perkara ini akan saya bincangkan dalam siri review yang akan datang.
Nota: Mungkin semasa anda membaca review yang ditulis secara live ini, anda akan dapat perhatikan ada perkataan yang tidak bersesuaian dengan perenggan… Ini bermakna kesilapan perkataan cadangan automatik telah berlaku dan saya tidak perasan dan tidak menyemaknya kembali. Harap maklum.
Nota2: (edited) Tiada perenggan sekiranya anda menulis blog dari email (HTC HD7) kepada blog menggunakan flickr. Walaupon anda telah menekan enter. Catatan ini terpaksa diperbetulkan semula. Saya akan cube cari apakah punca kepada masalah ini. Adakah disebabkan tetapan EMAIL? Kita tunggu dan lihat nanti ok.
Sent from my Windows Phone
Kilauan bintang berkelip-kelip di lagit tinggi. @ Kaki Komplen Malaya
08/12/2010 @ 9:36 am
[…] Review 2 – #Maxis10 HTC HD7 – Cubaan Live Blog […]
zik
27/11/2010 @ 4:29 pm
live blog biasa buat ayat pendek2 jer…
.-= zik entri terkini blog ..Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010! =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:24 am
aku tak… aku suke buat karangan secara live. kita sangat berbeza :hehe: :hehe:
wazy
27/11/2010 @ 3:11 pm
ohh susah gak kalau kena edit balik untuk letak perenggan
.-= wazy entri terkini blog ..Cara Mendaftar Email Di Gmail =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:24 am
ini sebab FLICKR. henpon ni ok jer. so aku tak pakai dah flickr untuk live blog. aku pakai posterous jer
Mohd Isa
27/11/2010 @ 6:47 am
nasib baik aku takda live blog lagi. hehe
.-= Mohd Isa entri terkini blog ..Tahniah Buat Kontinjen Sukan Asia Malaysia =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:23 am
alau tak dek.. sila la buat sekarang ye 😀
Tweets that mention Review 2 – #Maxis10 HTC HD7 – Cubaan Live Blog | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
27/11/2010 @ 12:16 am
[…] This post was mentioned on Twitter by Denaihati and Merpati Putih, Muhamad Azman Ishak. Muhamad Azman Ishak said: Review 2 – #Maxis10 HTC HD7 – Cubaan Live Blog http://tinyurl.com/342pjvf […]
ejam
26/11/2010 @ 3:52 pm
tak sabar nk tunggu review kamera plak, aku tau kau kaki snap kan…
kasi review cukup2..
.-= ejam entri terkini blog ..Tahniah buat adik-adikku =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:23 am
bab kamera akan ade special review yang citer pasal kamera jer.
techtalk res-q
26/11/2010 @ 2:25 pm
internet browser winphone 7 ni ok tak?
.-= techtalk res-q entri terkini blog ..DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hot New Features =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:22 am
sangat pantas. pernah try line full dan saje setting menggunakan edge. layan youtube.. tak buffing pon. kire macam taksub sekejap kat situ kenapa tak buffing langsung.
naimulfirdaus
26/11/2010 @ 1:23 pm
cuba-cuba. jangan tak cuba. :sengeh:
.-= naimulfirdaus entri terkini blog ..Rasa percaya akan meningkatkan ghairah =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:21 am
hehehe.. sedang mencube dan mencuba ni.
encik luth
26/11/2010 @ 12:43 pm
:lawak-gile: :lawak-gile: :lawak-gile: macam rumusan bahasa melayu. tak ada perenggan!
gambar size besar tak?
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:21 am
tau tak pe… saiz gambaq? kire besaq gak weh. then width image pon besar.