Apabila sebut sahaja Windows Mobile dari HTC HD7, saya yakin ramai yang menggambarkan bahawa model kali ini sama seperti sistem operasi Windows Mobile sebelumnya. Kalau anda fikirkan begitu, maka tanggapan anda salah sama sekali. Malah lebih tersasar sekiranya anda menganggap HTC HD7 menggunakan Windows7 versi mobile.
Terima kasih kepada NoktahHitam atas penjelasan beliau mengenai Windows HTC HD7 semasa sesi #LuckyTWTup. Seven (7) yang dibelakang tu bukan bermakna telefon ini menggunakan Windows 7. Sebaliknya ia merupakan kod siri Windows mobile yang terkini. Jika sebelum ini adalah versi 6++, kini HTC membawakan Windows Mobile versi 7 untuk HTC HD-nya. Oleh yang demikian… anda boleh lupakan sahaja butan [X] yang kecik lagi menyusahkan tu… mahupun pen STYLUS yang kerap kali tercicir atau hilang.
Cukup dengan sesi membebel dalam mukhadimah kat atas. Rasanya kalau diberi peluang kat anda semua, mesti ramai yang tidak akan mensia-siakan hidup untuk menikmati sebaik mungkin HTC HD7 ni. Dari apa yang saya perhatikan untuk sudut luaran, telefon ini memang mempunyai satu bentuk yang saya sangat idamkan. “Lebar dan Nipis”
Adakah anda inginkan telefon pintar yang cukup lengkap dengan pelbagai fungsi, tapi anda mahukan saiznya semakin kecil? Mana mungkin bukan??? Semakin banyak fungsi sesuatu telefon pintar itu, maka semakin besar la saiznya. Itu adalah salah fakta yang anda harus terima. Namun, untuk HTC HD7, kelebaran paparan screen membuatkan siapa sahaja yang menggenggamnya akan rasa berkeyakinan terhadap ciri-ciri yang dimiliki. Paparan 4.3 inchi… bagi saya ianya ukuran yang sangat bersesuaian bagi peminat gagjet multimedia masa kini.
Mari kita tengok apa lagi yang menarik dalam sesi perkenalan kita pada kali ini.
Sistem menu yang menggunakan kaedah Scrolling Kinetik maknanya… kene scroll la.. hehe. Sangat SMOOTH tanpa LAG. Kedudukan menu ini boleh di-PIN-kan untuk menjadi SHORTCUT pada paparan utama telefon ini. Menu dari paparan utama boleh di SLIDE dari kanan ke kiri. Kemudian setiap satu menu yang berada di bawah dapat dicapai dengan SCROLL dari bawah ke atas.
Selain daripada menu yang dipaparkan dalam screen utama HTC HD7 ni, ada jugak bebutang menu pintas yang diwujudkan bagi memudahkan pengguna. Butang ini adalah butang butang BACK, butang Main MENU dan juga butang SEARCH. Butang ini juga dikenali sebagai QUICK Access Button.
Selain dari butang tersebut, HTC HD7 ini juga mempunyai butang penyelaras kelantangan bunyi (VOLUME) dan juga butang kamera (CAMERA BUTTON). Dengan butang ini, anda tidak perlu nak masuk ke menu utama… kemudian cari tetapan dan sebagainya. Ciri-ciri seperti ini adalah antara ciri-ciri unik yang perlu ada pada setiap telefon pintar.
Kesesuaian sebagai mini teater, memang saya tak boleh sangkal lagi. Konsep reka bentuk HTC HD7 ini saya istilahkan sebagai “Mini Desktop Teater“. Ciri-ciri kekemasan dengan speaker yang berada pada sisi kiri dan kanan, dan… sekiranya di letakkan secara mendatar akan menampakkan HTC HD7 ini sebagai mini flat screen TV yang lengkap dengan KICK-STAND. Memang sangat sesuai la kalau nak release tension masa lunch hour kat pejabat. Sambil lunch, sambil layan movie kan?
Dari segi luaran… apa lagi yang tertinggal untuk di REVIEW? Dah tentu la kamera. Kalau nama telefon pintar, tapi tak ada fasiliti kamera digital, jadi tak payah lah panggil telefon pintar. HTC HD7 didatangkan dengan kamera 5.0Mega Pixel. Bagi saya, ianya sudah lebih dari cukup untuk menjadi LIVE Blogger. (snap picture & post to the blog – MOBILE BLOGGING)
Sayang sikit jer, HTC HD7 ni tak ada fungsi untuk direct VIDEO port sama ada HDMI atau Video output biasa. Haiihhh… Tapi tunggu la bila ada FIRMWARE update nanti, mana tau perkara ni wujud kan?
Untuk review luaran pada kali ini, saya hentikan buat setakat ini dulu. Owh hampir terlupa… Besok (26/11/2010) adalah hari dimana HTC HD7 dibuka untuk sesiapa yang berminat memilikinya. HTC HD7 ini dibawakan khas di Malaysia oleh pihak Maxis Berhad. Kepada anda yang berminat, anda boleh melayari laman web Maxis atau terus ke cawangan Maxis yang berdekatan.
Penafian: Apa juga yang anda perkatakan, anda harus tahu bahawa… telefon HTC HD7 ini diberi pinjaman kepada saya selama 2 minggu. Saya tidak dibayar untuk menulis, sebaliknya ianya adalah pandangan peribadi. Sekiranya anda rasa kurang selesa maka, tiada paksaan untuk terus membaca. Harap Maklum!!!
Nota: Pada siri akan datang, saya akan review sambil buat totorial macam mana nak gunakan sepenuhnya telefon HTC HD7 anda secara maksimum (sekiranya ada yang bercadang untuk membeli). Teruskan bersama saya untuk perkembangan selanjutnya.
Celcom Optimus 7 | Noktah Hitam
29/11/2010 @ 12:50 am
[…] other day, I reviewed together with AzmanIshak, Roslan and Blowie on the HTD HD7, a new phone OS from Windows. It was nothing short of awesome. Today, I’m here to announce […]
aizuddin
27/11/2010 @ 8:32 pm
ades..takde hdmi output ke..power lagi n8 camni :takut:
.-= aizuddin entri terkini blog ..Tutorial Cara Nak Buat Facebook Shoutbox Di Blog =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:05 am
itu la pasai.. sadis di situ.
zik
27/11/2010 @ 4:00 pm
siap ada dia punya penahan… hehe :takut: :takut:
.-= zik entri terkini blog ..Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010! =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:05 am
penahan? oo o kick stand.. hehehe.. tapi takut jugak lame-lame terkopak nanti. hahaha…
wazy
27/11/2010 @ 3:09 pm
nice review bro
boleh tahan gak bateri dia eh
.-= wazy entri terkini blog ..Cara Mendaftar Email Di Gmail =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:04 am
bateri tu hanya review secara kasar. xceli bateri dia tak tahan lama kalau on 3g 24 jam.
Tweets that mention Review 1 – #Maxis10 HTC HD7 – Cinta Pandang Pertama | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
26/11/2010 @ 2:40 pm
[…] This post was mentioned on Twitter by Julia Mahir, Merpati Putih. Merpati Putih said: Review 1 – #Maxis10 HTC HD7 – Cinta Pandang Pertama http://bit.ly/fcifJw (via @azmanishak) […]
EiNS
26/11/2010 @ 9:16 am
Pembetulan…windows mobile versi last sekali ialah 6.5, lepas tu microsoft dah drop nama “mobile” dan gantikan dgn Windows Phone 7 aka WP7
Byk device lain yg guna WP7 hampir smua guna nama 7 kat belakang, contoh HTC HD7, Samsung Omnia 7, LG Optimus 7
Ramai kata bateri agak worst sebab pakai 1230 mAH, phone lain pkai 1400-1500mAH kebanyakan lah…so mintak komen usage bateri bila heavy usage cam internet, gps on the go…lama mana bateri tahan…
Satu lagi pasal kamera, harap boleh review kamera dia camne, cun ke tak…mode apa yang support…pastu rekod video HD gak arr…nak try banding ngan rakaman iPhone 4 n N8 maxis10 sebelum nie…
btw seriously UI WP7 sangat smart, stylish dan laju…aku rasa lagi bergaya daripada icon berderet cam iPhone 4 punya…hahahha…
bubbles182
26/11/2010 @ 1:59 pm
Kalau nak banding kan dgn winmo6, i can lend my phone ;P
.-= bubbles182 entri terkini blog ..When life gives me lemons… =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:04 am
thanks untuk pembetulan.
batteri dah memang terbukti tak best. sebab aku dah on semua applikasi yang online secara background. so far.. bateri sangat SEDUT. itu kalau pakai 3g. kalau pakai edge.. boleh la sampai balik rumah charge semula.
kamera? itu aku akan buat special post. ade banyak mende aku nak citer pasal kamera. :((
UI, memang cantik, tapi itu bukan priority aku untuk talipon. just kemas dah kire ok.
Zaiman Noris
29/11/2010 @ 5:12 pm
Bro, update la post pasal windows phone 7 ni. bikin orang keliru.
Mohd Isa
26/11/2010 @ 2:46 am
rekebentuk boleh tahan gak yer, erk…htc mmg guna windows mobile ke? bkn android yerk? aku tak berapa faham sgt pasal OS smartphone ni.
.-= Mohd Isa entri terkini blog ..Kebaikan Membaca Surah Yasin =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:01 am
UI sangat smooth.. itu jer boleh komen. function? aku masih belajar lagi buat masa ni.
Roslan
26/11/2010 @ 1:55 am
kekekeke saje uji ang… kekekeke
.-= Roslan entri terkini blog ..Gambar Unboxing Htc Hd7 Dari Maxis10 Azmanishak =-.
Azman Ishak
28/11/2010 @ 9:01 am
dah test.. bateri tak tahan… haha.. nanti aku tulis dalam next review. ni reviwe kulit. kengkadang aku blur ape point aku nak tuls.. semua kalau boleh aku nak tulis sekali harung. mati la nak ingat kan
NoktahHitam
26/11/2010 @ 12:55 am
Battery camne wey?
.-= NoktahHitam entri terkini blog ..Two Nephews! =-.
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:12 am
aku tengok kalau aku turn on 3G non stop.. boleh cecah sehari suku.
EDGE mampu cecah 2 hari. dan normal using.. boleh pergi 2 hari setengah.
ni just calculate kasar je la.
tapi aku dok main antam 3g fully jer. semua on.. email, live mail, twitter, 4SQ,
my location.. jadah semua jenis peta ke update ke.. semua on.
main game.. facebook… so far ok la.. battery boleh replace kalau dah kong.
Roslan
26/11/2010 @ 1:19 am
lets try like bb on application yg runningkan internet.. tgk berapa lama boleh tahan? em email plak camne? pantas? dgr kata saffa tak tahan battery? kalo wifi mmg no problem
.-= Roslan entri terkini blog ..Malaysia Bukan Tempat Yang Selamat! =-.
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:23 am
dia buat layan game dengan dengar lagu ke? keeke.. tak pon layan sms dengan hang la tu.. konfem la tak tahan. aku bukan nak puji beb… aku on 3G, lepas tu.. aku pakai ID Live yang same macam BB, means direct connect tu.. ade email masuk kat live mail aku.. terus dapat kat phone.. lepas tu semua jadak mak nenek online aku kasik on.. macam cth:- location, twitter.. 4SQ, semua la… buat masa ni tadek problem kot.. lagipon memang contact dia akan sync dengan FB Contact. sentiasa akan live update dengan live contact. boleh baca apa hang tulis kat FB direct dari contact menu. haha.. geek haram…
Roslan
26/11/2010 @ 1:29 am
aik aritu ngutuk? tak best bagai? susah la..kate aku lucky la xxxxxxxxx sensored :lawak-gile: tak lain… bb blackberry id utk download apps je.. bb BIS.. haha.. hehe aku akan tau kalo aku yg gune hehe.. sbb battery ko tu same capacity ngn battery nokia 5800xm aku..alamak aku lupe nak charge enpon tu..sian.. :lawak-gile: ok try another 1 week tgk ok ke tak..kalo ok aku terkejut la.. battery ko tu 1230mah battery aku skg 2000mah.. tp ko lebih byk animation for sure kuat makan battery.. so agak terkejut jugak la :lawak-gile:
.-= Roslan entri terkini blog ..Malaysia Bukan Tempat Yang Selamat! =-.
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:42 am
memula macam tu jugak lan.. lame-lame… aku carik balik macam mane nak tune bagi love kat menatang ni. so explore punye explore.. muncul satu persatu. haha.. pasal bateri tu.. aku pon tak sure lagi lan. ni just andaian dari apa yang aku tengok dalam 2 hari ni. satu hari on 3g then satu hari pakai edge.
bab animator tu.. aku tak rajin belek sangat la. lantak dia kat situ. dah memang hidup dia scrolling. gasak le situ. dah tak boleh nak ubah dah. melainkan ade firmware baru je la. aku ade nampak ade 2 tiny hole kat depan macam camera. tapi aku tak tau ape function dia. series terlindung balik kaca berkilau kat screen depan tu. rasa macam hidden camera. banyak lagi rahsia mende alah ni belum di explore. yang penting.. kalau bateri kong… boleh ganti lain.
Roslan
26/11/2010 @ 1:44 am
battery takkan kong dalam sebulan..lg2 2 minggu.. ok kasi review la pape lagi..ayat mcm bro eizil je cinta pdg pertama.. mane entri con plak? ni pro ni..hehe..
.-= Roslan entri terkini blog ..Malaysia Bukan Tempat Yang Selamat! =-.
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:49 am
:matila: roslan meroyan dah. hahaa. ngantok weh… same macam eizil? haha.. aku tak hengat la pulak. ya ampon…
entri pro dan cons menyusul besok lusa. ni baru warmup. nko ni.. tak kasik chance langsung la. :tention:
bubbles182
26/11/2010 @ 12:51 am
i have only one word for this.
JEALOUS!!!!!!
anyway, good luck in reviewing 😀
.-= bubbles182 entri terkini blog ..When life gives me lemons… =-.
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:09 am
ce ce ce.. hang kan review N8? 12Mpx.. bapak la aku jeles..
azlan
26/11/2010 @ 12:49 am
Bateri dia camne? ke masih teruk macam HD2 ?
Azman Ishak
26/11/2010 @ 1:09 am
3G non stop boleh tahan sehari suku, EDGE mampu cecah 2 hari
dan without connection long lasting 3 hari pada perkiraan aku.