Salam ceria dan salam mesra semua. Makin lama, tajuk kat blog ni pun dah makin panjang. Cerita kali ni berkisarkan pada User Right Permission dalam Windows 7. Untuk makluman semua, sesetengah dari pengguna yang menggunakan REMOVEWAT pada Windows 7, sistem Windows akan menghalang anda dari mengubah sebarang tetapan dokumen atau tetapan yang berada pada C:\. Dalam masa yang sama, anda juga akan dihalang untuk menambah fail dan dokumen ke dalam direktori ini (C:\). Memang menyusahkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah macam ni. Jadi apa kata teruskan pembacaan…  

Adakah anda memeriksa perkara ini setelah menggunakan REMOVEWAT? Mungkin ramai yang kurang menyedari akan hal ini. Sekiranya perkara di atas terjadi, maka gunakan  TakeOwnership Registry. Apa yang pentingnya, untuk mengubah tetapan Ownership fail dan dokumen yang berada pada C:\ anda tidak perlu lagi pening kepala menetapkannya di Administrtor Page. Hanya dengan klik-kanan tetikus anda, dan sistem akan melangkaui proses tersebut. Waaalllaaaaa…. kini fail atau dokumen yang dihalang dari di akses/diedit akan menjadi hak milik anda yang kekal.

Nota 1: Saya masih lagi mencari sebab musabab masalah PING tidak muncul di blog. Terlampau banyak sangat faktor yang mempengaruhi PING. Salah satu daripadanya adalah PERMALINK yang panjang.

Nota 2: Projek Blogger Social Chat kini hampir 70% siap. Erm.. harap-harap dapat siap dalam masa yang terdekat. Tapi kene buat bugs test dulu sebelum boleh dilepaskan kepada umum. Siapa nak sponser IRCD Server yang beroperasi 24jam? Kalau ade sila bagi tau ok. Saya akan buat special kredit untuk anda.

Nota 3: Kredit kepada kawan kawan yang bagi info untuk REMOVE WAT:-