Teh Halia Ais sebagai pelawas perut, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.
Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama macam aku… Lepas makan, susah nak sedawa. Pedih tahu kalau angin sedawa ni tersangkut. Nak lepas kat atas, tak keluar… Kalau lepas kat bawah, macam tersumbat.
Sejak dua bulan lepas, selain daripada aku amalkan Madu Azim, aku jadikan minum teh halia untuk lawas dan selesakan perut tiap kali lepas makan. Alhamdulillah la, berkesan.
Ada orang cakap, teh susu tu kan lagi angin. Ye aku akui, teh angin… Tapi kita perlukan boost tambahan untuk tolak angin dari dalam. Sebab tu gabungkan terus teh dengan susu dengan halia. Alang-alang nak boost sedawa, biar terbelahak terus hahaha… Its works by the way!
Bluerkkkk…. Alhamdulillah, nikmat taw boleh sedawa. Jom masuk kerja. Bekorjo dengan cemerlang. Bersiap siaga untuk kenaikan pelbagai tarif dan harga pada tahun hadapan..
Demnnn, ape pon tabley!
muktasim
05/12/2013 @ 9:04 pm
hehe kalau ais dah tak best.. kena panas2 baru sedap.. 🙂
Fadhil Husin
04/12/2013 @ 4:51 pm
Aku pulak masalah terlebih angin. Asyik sendawa je. Huhu. Setuju dengan titan, teh halia best minum panas-panas. Dulu, ada teh halia madu, dah takde ye sekarang?
titan
03/12/2013 @ 11:47 pm
Jarang la minum teh halia.
selalu minum teh air halia panas-panas.
wazy
03/12/2013 @ 11:15 pm
Teh halia memang sedap,baru je minum sambil buat kerja tadi
akubiomed
03/12/2013 @ 4:34 pm
Teh memang terbaik untuk buang angin. Boleh ambil ENO atau Vitagen juga.
hazman aka species1980
03/12/2013 @ 3:39 pm
Kalau kerja tempat aircond dan minum ais batu memang badan sentiasa ada ANGIN nie…kena pegi massage baru ringan skit badan… Laaariiikk….