Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Pada hari ni, aku nak meminta nkorang semua sepaya meluangkan sedikit mase untuk membuat undian penutupan blog adibahahmed.blogspot.com. Secara jelas dan terang, penulis blog ni telah tersasar jauh dan cube untuk menyesatkan Umat Islam dengan membuat rumusan yang bercanggah berkaitan dengan Tafsiran Al-Quran.

Sekiranya nkorang semua ke blognya, tolong jangan lakukan sebarang komen. Walaupon nkorang 100% tak puas hati. Apa yang patut dibuat ialah dengan mengundi blog ini supaya ditutup dengan kadar segera.

Caranya cukup mudah, apa yang perlu anda semua lakukan ialah:-

1. Masuk ke blog: http://adibahahmed.blogspot.com. *sila jangan baca apa-apa kerana ianya mampu membuatkan nkorang merasa marah meluap-luap.

2. Pada sudut penjuru kiri blog ini terdapat link yang bertulis [FLAG]

3. Setelah link tersebut di-klik, anda akan dibawa ke paparan antara-muka pengaduan iaitu Blogger Help. Daripada sini, sila klik pada pilihan Hate or Violence. Seterusnya klik butang [Continue]

4. Peraturan dan syarat. Jelas sekali apa yang terkandung dalam blog adibahahmed ini telah melanggar KOD & Etika yang telah ditetapkan oleh pihak blogger. Sila rujuk rajah dibawah…..

5. Perkara terakhir ialah, dengan mempersetujui KOD & Etika Blogger. Sila klik pada link [Continue] (rajah diatas)

6. Sekarang ni, nkorang hanya perlu menghantar URL blog adibahahmed ini untuk tindakan lanjut pihak Blogger.Com. Maka selesailah tanggung jawab.

Hanya dengan 6 langkah mudah, kita mampu untuk menutup blog ini. Jadi aku meminta dan menyeru kepada semua sahabat dan kengkawan aku untuk same-same melaksanakan tugas dan tanggung jawab ini.

Anda mungkin akan dipersoalkan diakhirat kelak kerana membiarkan perkara ini terus berleluasa. Sebarkan kepada kengkawan yang lain supaya blog ini terus terkubur. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membela Agama kita.