Kegembiraan pertama: Dapat tempat ketiga pertandingan fotografi anjuran kawan-kawan... yeayyy~
Kegembiraan pertama: Dapat tempat ketiga pertandingan fotografi anjuran kawan-kawan… yeayyy~

Agak lewat jugak aku membuka email semalam. Banyak sangat kerja yang tertangguh perlu ku selesaikan kat pejabat tu. Dari senggaraan komputer, sampai la nak daftar masuk komputer baru. Setiap komputer baru yang dibeli oleh kampeni, perlu diregister masuk ke dalam network sebelum boleh diagihkan kepada pengguna.

Kalau nak diceritakan procedur membeli komputer atau laptop untuk kampeni, memang panjang. Urusan pembelian tidak terhenti apabila komputer telah tiba pada department aku. Sebaliknya komputer-komputer tersebut perlu didaftar, dicatatkan segala nombor siri dan isi-isi perutnya, masukkan antivirus… kemudian, lakukan ujian kecekapan ringkas. Lepas tu baru la boleh pass balik kat sesiapa yang buat permohonan nakkan komputer tu.

Hehhehehe.. macam tak percaya plak, pertama kali join contest..
Hehhehehe.. macam tak percaya plak, pertama kali join contest..

Dah la seharian sibuk kat pejabat, sampai rumah pon agak lewat jugak. Jalan jem tak ingat kat susur Kepong menghala ke Kuala Lumpur. Balik-balik je dah tengok ade orang komen kat blog… eh, nyaris nak scrap komen tu. Rupanya aku diberitahu yang aku dapat tempat ketiga masa aku join kontest fotografi: Ceriakan Hidupmu. Hadiahnye… dapat buku. Yeay… walaupon aku tak minat nak membaca, tapi aku ada insan yang gemarkan buku-buku tu.

Google search engine result page
Tahniah saudara Muktasim atas SERP tu. hehehe…

Itu cerita pertama, sedikit flashback masa aku kat opis, sambil-sambil aku membelek koding-koding PHP, tiba-tiba aku di mesej oleh saudara Muktasim (admin Muktasim.Com) kat Facebook. Dia membawakan perkhabaran gembira untuk aku dan sekaligus untuk dia jugak. Sebelum ni, dia ada mintak tolong jengukkan blog dia. Ada masalah pada SERP di Google.Com. Aku cuba sedaya termampu je. Alhamdulillah.. sekarang ni, hasilnya seperti gambar kat atas.

Tempoh membaikpulih SERP memakan masa dalam seminggu. Dan… dalam seminggu tu jugak aku kerap berurusan dengan Google Webmaster sebab nak fetch balik sitelink blog dia. Tapi tadek la sampai setiap hari. Ada la sekerat dua je kot. Sebelum ni, jika ditaip muktasim.com di Google, akan keluar CMRatu sebagai tajuk headline. Perkara ni boleh menimbulkan kekeliruan client-client beliau. Dalam pada tu,  beberapa tips yang kurasa patut kuberikan padanya telah kuperhatikan digunapakai.

Rasa berpuas hati sebab hasil usaha menampakkan faedahnya dalam masa seminggu. Sebab kalau tak betul cara, SERP ni tak cantik jugak keluar dia kat Google tu. Untuk setakat minggu ni, kegembiraan tersebut rasanya boleh buat ku tersenyum sampai minggu depan.

antara-adik-dan-abang
Gambar selingan: Abang Long dan Adik Long. Dua orang putera Amirul² ku

Owh tajuk cuma dua berita gembira. Rasa nak tambah satu lagi. Anak dan isteri pon dah pulang ke Kuala Lumpur… Hari-hari boleh cium isteri baby puas-puas.. Sebulan jugak isteriku berpantang kat kampung. Kini, cawan McDonalds tiada lagi di sisi komputer aku. Hehehe.. barulah hidup kembali bersinar.

Nota: Biar ape cabaran dalam pertandingan, kalau kita tak cuba sahut, manakan nak tahu menang ke tidak. Cuba dulu, baru buat penilaian kemudian…. dari sini baru kita tahu di mana tahap kita berada sekarang.