Alhamdulillah projek yang dah hampir mencecah setahun penglibatan aku dalam dunia PHP Programming dan nampaknya semakin berkembang… Dari fasa BETA… sekarang ni terus melangkah ke Fasa ke2. Untuk module kali ni…. aku menulis kod-kod PHP untuk proses transaksi sebarang produk barangan IT sama ada barang yang masuk atau pon barang yang diambik keluar. Kiranya semua direkodkan secara digital.

Masa dulu orang suka pakai STOCK Card. Kene tulis manual… Owh… itu sangat outdated nowadays. Sebelum aku berkerja dengan kampeni sekarang ni… aku dah jenuh dah dulu kerja dok tulis STOCK Card IN/Out ni. Dah naik meloya tengok stock card. Jadi aku ambil inisiatif buat online stock card supaya aku boleh check pada bila-bila masa semua IT Properties yang diwartakan bawah jagaan aku.

Konsep? Mudah… ade module product register, product editor (gambar pertama) + product transaction dan juga product enquiry (gambar kedua). Setiap satu module terdapat 2 kawalan untuk tatacara pengisian. Satu JavaScript dan satu lagi dari PHP yang aku createkan library untuk beberapa fungsi khas. Sila abaikan layout yang buruk tu… sebab itu perkara terakhir untuk projek ini.

NOTA: Boleh dikatakan sekarang ni… aku semakin seronok dan ketagih dengan PHP Coding.