Kalau kita tengok la… citer omputeh tak kira la zaman dulu.. zaman sekarang sama jer. Sebab apa? Pemikiran manusia ni terbatas pada rupa bentuk dan figura semula jadi manusia dan haiwan. Tiba-tiba perkara ni terpikir masa tengah bawak kereta dari rumah nak sampai kat tempat kerja. Ye betul… Cuba kita tengok cerita omputeh pasal makhluk asing, hantu… malaikat dan lain-lain.. semua akan terikat dengan konsep figura manusia.
Konsep yang aku maksudkan ni mesti ada kepala, tangan.. jari… mata.. mulut… kaki. Itu perkara penting dalam manusia mencipta watakkehidupan. Tak kira la dalam filem atau dalam imaginasi. Sebenarnya tak tercapai dek akal kita batasan selain dari figura tersebut. Meskipun pernah ada karekter yang agak luar dari ruang figura ni.. sebagai contoh Flubber atau Sponge BOB atau pon Patrick Star Fish… Karekter tu masih jugak ada tangan… ada kaki.. walaupon tidak berjari.. tapi masih jugak mempunyai unjuran berbentuk seolah-olah tangan dan kaki (Flubber).
Sekalipon ianya adalah tumbuhan yang menggerunkan… Tumbuhan tersebut tetap mempunyai… MUKA.. ye muka.. kene ada muka nak menyatakan yang POKOK ITU GERUN atau GANAS… Kalau pokok tu boleh kejar orang.. pokok itu mesti ada tangan dan kaki… baru boleh tangkap orang.. Tangan dan kaki.. meskipon adalah dari akar, ranting mahupon dahan.. masih jugak tetap terikat dengan konsep kaki dan tangan manusia iaitu mempunyai sendi yang boleh dibengkokkan dan diluruskan sebagai bukti pergerakan.
Walaupon… ada juga walaupon… sesengah karekter itu digambarkan tidak mempunyai mata di muka.. tapi masih jugak mempunyai mata untuk melihat. Tak kira la mata dia tu duduk kat tapak tangan ke… tetap digunakan mata tersebut untuk melihat. Kan? Konsep manusia… perlu ada mata untuk melihat. Kecuali citer DareDavel. Tak payah mata pon boleh nampak… Tapi cerita tu… dia tetap manusia. Figura manusia.. cuma OKU!
Ini lah sebenarnya pemikiran kita.. batas kita berfikir. Aku pernah terbaca sebuah kitab yang menyatakan…Malaikat yang memegang Arshy Allah S.W.T, digambarkan dengan daripada hujung cuping telinga Malaikat tersebut hingga ke sisi anak rambut (sideburn kalau contoh manusia) jarak dia adalah saujana mata memandang bila kita berada di angkasa lepas. Nampak kan? Cuping telinga manusia dengan sideburn sikit punya dekat jarak dia.. tapi makhluk ciptaan tuhan yang lain? Konfem tak terjangkau dek akalmu.
Nota: Aku tak tau la mende yang aku merepek hari ni. Salam Jumaat Kawan-Kawan.
Nota2: Baru nak mengarang untuk hari Jumaat ni.. dah pulak boss kata nak kene pergi meeting kat HQ lepas solat Jumaat. Uhhh~
Sabahan Bloggers Club
30/05/2011 @ 7:45 pm
Salam.
Sebab kita tak pernah lagi lihat makhluk lain selain manusia kot? Sebab tu kita tak boleh berfikir macamana nak buat bentuk lain selain manusia dalam filem. Bukan semua orang pernah nampak jin. 🙂
LuthfiMY
30/05/2011 @ 5:05 pm
kita kan manusia.. so pemikiran cara manusia.. nak gambarkan semua macam manusia jugak.. gambaran yang nak diberikan semua berdasarkan manusia.. 🙂
zack
30/05/2011 @ 3:25 pm
Terbaik…
ZouL
30/05/2011 @ 2:13 am
mendalam sungguh maksudnya ye…
zulfitry.com
29/05/2011 @ 7:25 pm
pemikiran manusia terbatas ..ilmu manusia itu sikit jer..
Allah jer yang punya ilmu yang tiada tandingnya..kerana Allah itu Maha Mengetahui
wazy
29/05/2011 @ 12:31 pm
boleh dikatakan terbaik jugak al tazkirah di hari jumaat ni *walaupun saya komen pada hari ahad*
Muhamad Azman Ishak
31/05/2011 @ 2:26 pm
hehehe… ni masa tengah drive.. tetibe terlintas perkara ni
muhammad fakhruddin
28/05/2011 @ 7:25 am
HAMKA pernah berkata…hujung fikir ialah pangkal zikir.
Muhamad Azman Ishak
31/05/2011 @ 2:25 pm
tak sampai lagi nak mengkaji HAMKA… masih lagi bengkang-bengkok
denaihati
28/05/2011 @ 12:10 am
Bro saja nak bagi tahu spelling error cayaha kat biodata tu
Muhamad Azman Ishak
28/05/2011 @ 12:28 am
bhahaha… thanks!