Sambungan ayat di atas adalah… “saya dah muak blogging…” bila tengok setiap kali ada lahhh kawan-kawan update dok asyik citer pasal SEO, pasal teknik letak iklan kat blog.. pasal teknik-teknik nak dapatkan buffered earning… teknik nak pikat hati pengiklan… watdecrap semua tu. Memang la blog awak.. lantak la situ. Malas nak cara… tapi tetibe bila dah banyak sangat orang dok citer pasal perkara ni.. mata rasa macam bernanah baca twitter.
Moral pada asalnya untuk menulis kesah dengan pengalaman peribadi untuk tatapan masa hadapan… itu jer sebenarnya motif nak tulis blog ni pada asalnya kan? Tengok sekarang ni dah jadi ape? Itu tak bleh.. ini tak bleh? Macam yang semalam.. aku dok bebel sorang sorang dalam twitter. Mujur jugak ada supporter… sape lagi kalau bukan orang kuat Kak Kujie dengan En. Rest&Relaks.
Memang dah lame dah perasan yang zaman blog sekarang ni dah macam ilang passion.. pasal ape? Pasal yang dikejar tak pernah dapat.. lepas tu dok sebok dengar petua orang lain… kemudian.. yang dikendong memang sahih kecicirian. Lepas tu hilang mood nak update blog. Orang nak bahasa baku.. awak pon nak bahasa paparan antaramuka… tapi orang tu menulis artikel untuk tatapan masyarakat. Kalau setakat awak nak tulis untuk bacaan masyarakat yang macam awak.. tulis bahasa pasar dah la :p
Dari nak bebel pendek tetibe jadi panjang. Punca asal dia pasal dah jelak tengok citer pasal SEO bla.. bla.. bla.. Nunffnang wadeheck… KLIK-KLIK… tak salah pon kalau ade orang nak maju atau menjadi orang sumber-terbuka untuk berkongsi pengetahuan. Tapi biar jadi spesifik person. Contoh terbaik macam si Aman Firdaus. Ye betul… aku selalu TROLL dia.. tapi bukan sebab aku dengki… malah aku kagum ade anak bangsa aku punya pemikiran macam dia.
Untuk aku.. Aman ade trend dia sendiri. Tapi kalau jumpe mamat yang bernama Aman Firdaus ni.. bapak laaa… konfem orang yang tengok pon cakap macam Mamat Tak Sudah. Tapi dia la Blogger Pelopor Paparan Antaramuka Media Digital Dwi-Teras Di Malaysia yang aku agak segan walaupon aku selalu TROLL. Aman ni pada aku lah… boleh nampak macam mana dia handle TROLL orang tu kepada satu IMPAK MUZIKA DI AWAN.. bhahaa… See?? He still tough until now. #WhatEVERRRR +__+”
Ahhh.. sudah lah.. hari ni merepek cakap sengsorang kat blog. Saje release tension. Penat dowh main coding PHP ni. Aku nak carik kawan yang sanggup buat same-same Projek ERP. Aku ajak si Mr.KayMY.. henlah la labu.. sampei sekarang ngak ada jawapannya lagi. Aku cakap dengan boss… “Kita scrap la ERP Sistem yang sekarang ni..” bos aku jawab… “I have no problem… but can you gave me the quotation???” GANGGG…. hape aku nak jawab. Peluang nak buat duit dah depan mata… tapi itu lah.. aku seorang pengaturcaraan paparan antara muka versi beta… hahaha (tak bley blah.. ayat TROLL lagi..)
Nota: Semua gambar twitter adalah sekadar hiasan anjung versi dwi-teras bak kata @Piratz kepada aku tadik.. bhahaha!
Nota Lagi: “Kenapa pakai aku? Cam kasar jer…” – Herm… dah tau jawapan kan???
puanbee
13/12/2012 @ 7:23 pm
Saya telah membaca post ini.
Kujie
23/06/2011 @ 3:31 pm
nasib baik masa korang bergossip isu ni kak jie cuti
whoa…seronoknya cuti sanpai tak peduli kawan2 ajak gossip..haha
Muhamad Azman Ishak
23/06/2011 @ 4:42 pm
hehehe… alah kak jie… xceli luahan orang.. saya tolong tuliskan. haha… tapi betoi gak la.. ade gak masanya agak semak dengan sEO semua tu.. kalau olahan ayat dok macam tu jer. nak gak carik point yang menarik untuk belajar. kalau sama jer.. baik jangan di cerita. lol~
Muhamad Azman Ishak
30/05/2011 @ 8:46 pm
gile… firstly bro rnr… aku agak terkujat setelah beberapa tahun ni aku tak dapat komen bapak la berjela macam ni.. mungkin sebab makin lama tulis… penulisan aku jadi macam sampah gamaknya.. hahaha. kengkadang kita ni mudah terikut orang. tak pe… terikut mende yang baik.. tapi dalam menulis ni biar ade personaliti sendiri bak kata orang tu.
series betul… aku rindu zaman kita baru berkenalan.. kasik antam keromok.. tapi apekan daya.. zaman dah berubah.. tiada yang mustahil dengan kuasa sosial media. sapa yang lembap memang tertinggal… dalam konteks ni.. aku rasa.. aku dah tertinggal jauh dalam nak majukan diri aku dalam bidang penulisan. sebab sekarang ni aku dah berkecimpung dalam PHP dan mySQL programming. satu lagi usaha untuk naikkan taraf aku dalam arena internet ni.
tentang PR dari 4 jatuh ke 3 tu aku tak heran sangat sebabnya salah aku sendiri.. hari tu aku ade publish online casino. bayaran dalam usd. pasal tu masa google PR update.. aku kene slap. tapi mujur kene slap satu anak tangga. kalau kene slap kosong.. mau aku bakor jer online kasino tu. haha..
tulis bab SEO ni sebenarnya aku tak kata pon salah nak share pasal tips SEO even aku sendiri pon ade gak share ape lanc SEO yang aku tau. tapi dari segi pandangan aku sendiri la., mungkin dalam masa minggu depan.. aku akan lepaskan sedikit kajian yang aku buat pasal SEO dan Twitter untuk sharing.
mende yang kengkadangnya jadi aku menyampah pasal SEO ni.. sebab perkara yang sama,.. tapi ayat jer lain. tu yang jadi aku muak.. lepas tu.. asyik orang tu.. orang tu jer yang citer SEO.. cam hebat sangat… aku tak kesah ar dia nak proud ke ape ke.. gasak la.. tapi.. prove dia.. aku tengok dia pon macam tak semenggah.. jadi aku mempertkaikan SEO tips dari dia tu.
bab blogger kelompok pulak.. aku kategorikan kepada dua.. satu blogger social.. dan satu lagi.. blogger takut nak social.. sembang dalam social media pompang.. pompang.. ajak jumpe.. cam campang.. kecut.. tak berani.. padahal niat nak ajak kenal bersembang or ngeteh. just nak friend fiend jer.. (bukan hang ye)
P/S: kenapa hang terseret… bhahaha kita dari dulu sampeii sekarang kan sehaluan kiri. lalalalal… NEXT kot aku citer pasal empire tu. aku tengah kaji lagi main menatang tu. dah la tak pandai.. hahaha
wazy
29/05/2011 @ 12:25 pm
Nampaknya saya faham apa yang bro rasa dalam entri ni
Terasa gak,sekarang ni dunia blogging macam dah slow skit,tak amcam 2 tahun lepas
Muhamad Azman Ishak
30/05/2011 @ 2:54 pm
pst… jangan makan hati. hang akan kecewa kalau baca apa yang aku tulis straight to the point. matlamat aku menulis bukan untuk duit.. tapi untuk kepuasan. kalau dapat duit tu dah kire satu bonus. so step away pasal SEO. aku tak maksudkan hang.. heheh.. pls read from the other side. pls pls 😀
wazy
30/05/2011 @ 3:05 pm
Heheh
ye la bro
baca dalam other si side jugak ni
teringin juga nak tips-tips seo dari bro plak nanti
denaihati
26/05/2011 @ 9:35 am
Manusia ini ada pelbagai dan pelbagai itu lah menjadikan dunia ini edvanture cuba bayangkan blog ni cerita teknologi, blog tu cerita peribadi je, blog sana cerita agama je, blog situ cerita politik je, blog atas tu cerita bisnis je …ironinya memang nampak teratur tapi hakikatnya belum tentu menarik. Yang penting kita jaga diri kita dan minat kita dan fokus dengan diri sendiri seperti Aman tu so pasti ada followernya sendiri.
Muhamad Azman Ishak
30/05/2011 @ 8:51 pm
terima kasih bro atas pandangan anda… tak salah nak bercerita SEO. sebenarnya entri ni sya mempertikaikan seseorang. bukan anda.. bukan pembaca blog ni.. just blog hop beberapa hari lepas… stalk twiter dia.. tapi bila di semak.. banyak tin kosong dari tempayan berisi. kiranya apa tips yang disampaikan tu.. boleh dipertikaikan jugak la..
seperti pernah aku bagi tau dulu.. perkataan SEO itu adalah SEOnya sendiri. tulis title SEO jer.. ramai serebu.. tapi.. impak dia yang nak kene kaji. pendek kata.. entri ni di tulis tiada kene mengene dengan sahabat saya di dalam talian. secara kebetulan saya tersinggah kat blog orang tu.
saya nak tegur takut dia kecik hati.. macam biasa.. “blog aku.. ikut suka aku…” sebab tu.. orang yang dah lama baca blog ni.. dia tak melatah dengan apa yang aku tulis.. heheheh.. aku menulis dari perspektif yang agak susah untuk difahami. sekejap.. aku berada pada diri orang yang ditulis.. sekejap lagi.. aku berada pada diri aku..
nota: entri di atas sebenarnya mempunyai tiga identiti. terima kasih kerana membaca sampai habis 😀
Latifah
26/05/2011 @ 12:07 am
macam lost je bila masuk sini… heheh…
tapi coding PHP tu macam pernah dengar… deng…
Latifah memang out la programming2 ni…
Piston Pecah
25/05/2011 @ 8:50 pm
sekarang dah mula nampak tanda-tanda kot
Luthfi
25/05/2011 @ 4:38 pm
muak? hahahahhahaha
aku dah jadi separa muak..
tapi tak boleh nak pencen..
muda lagi
Muhamad Azman Ishak
30/05/2011 @ 8:52 pm
sila jangan berhenti blog.. what ever jadi.. ok…
kalau tanak tulis blog.. kita buat social media.
jangan terus tenggelam dari dunia online..
kalau tak… putus kawan… hehehe
zaryl
25/05/2011 @ 3:17 pm
biasa la manusia selalu terbawa-bawa bila buat sesuatu… hilang fokus dipertengahan perjalanan.
aku kadang-kadang jeles gak tgk korang bersosial.. kejap topik tu kejap topik ni. nk tumpang semangkuk takdak plak idea bernas. mencelah tanpa usul periksa kang tak dilayan sendiri kecik hati plak haha
nampaknya bukan setakat air di laut dan emosi diri yang ada pasang surutnya. passion berblog pun ada jugak ye 🙂
matjoe
25/05/2011 @ 2:34 pm
dwi ters – dual core, interface antaramuka. ya aku selalu gak kunjung blog amanz
muhammad fakhruddin
28/05/2011 @ 7:32 am
🙂 kamus dewan bahasa bidang teknologi dalam talian.
Dalam talian = online
Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) = ICT
Eizil
25/05/2011 @ 1:36 pm
Bab mengomen tuh, semalam tak henti bunyi mention masuk… hehehe… tapi sebab tgh menjamu selera, aku biarkan jer… 😀
bila dah baca sampai ke penghujung, tetiba aku tak faham jap… apapun yang penting diri sendiri bahagia, selama ni ko tak guna aku ke erk? aku baru perasan bila ko tulis kat bahagian nota lagi. huhuhu
psst: baru arini tajuk ada kaitan ngan SEO, tetiba macam nak unpublish :p
Muhamad Azman Ishak
27/05/2011 @ 11:52 pm
Salam bro.. jangan sangsi dengan penulisan aku.. kalau hang baca straight to the point.. yes.. aku yang tulis.. xceli dari dulu apa yang kebanyakkan jenis entri macam ni.. aku menulis atas dasar dari apa yang aku baca dan aku dengar dari mulot orang. aku still maintain…
maksud straight to the point adalah.. itu semua luahan orang.. aku tulis balik..
kalau hang nak share something.. sila jangan jatuh moral sebab perkara ni.
hehehe… ini la cara aku menulis kalau bab bab sensitif.
so sorry kalau penulisan aku macam ni mengganggu konsentrasi hang menulis. 😀
aman
25/05/2011 @ 1:30 pm
kena tukar pemuatan-boot la pasnie yer para jurublog sekalian. 😀
Twit N View
26/05/2011 @ 8:13 am
nmpknya amanz network dh kena ada kompilasi terjemahan perkataan berteknologi, sesuai utk rujukan di kemudian hari…
syafiq
25/05/2011 @ 1:14 pm
tahniah anda telah terpilih sebagai paparan antara muka versi dwi teras berganda kami sila tekan pautan di bawah dan berharap anda akan betul betul terpilih.
error(08):stackOverflow in http://azmanishak.com/wp-admin/plugin/dwiterasbergandatiga line: 902
ah apa aku repek. entah.
selamat makan tuan!