Diingatkan kepada sesiapa yang mengalami lemah semangat, mudah nak pitam… takut tengok darah… sila jangan baca selanjutnya. Catatan pada kali ini adalah catatan peribadi yang mungkin boleh menimbulkan rasa ketidak selesaan sesetengah pihak. Kepada remaja-remaja sekalian yang sudah akhil baligh, saya dedahkan ini untuk pengetahuan anda. Hargai dan hormati ibu bapa anda biar nyawa dihujung pedang mahupon muncung senapang. Pertahankan mereka hingga ke titisan nyawamu terakir.
Nota Ringkas: Catatan ini terlampau panjang berjela. Tiada paksaan sekiranya anda tidak menyukainya. Kerana kebenaran adalah pahit untuk diterima.
Erti Sebuah Pengorbanan Si Ibu.
Salam ceria untuk pembaca Blog Orang Dewasa. Pada kali ini motif penerangan dan penceritaan saya amatlah jelas di perenggan di atas. Sakit perit bertarung nyawa seorang ibu dalam melahirkan anak dari hasil percintaan bersama suami tersayang. Kamu boleh Google ilmu seperti ini, tapi pengalaman yang di sampaikan mungkin berbeza.
Sejak lewat malam kemarin si ibu dah mula menunjukkan tanda sakit-sakit nak bersalin. Saya menyangkakan itu adalah perkara normal seperti yang selalu. Saya tidak menjangkakan sama sekali bahawa ianya sebegini cepat. Dalam separa persediaan telah dibuat… saya menjadi agak bingung apabila tiba di pagi Sabtu (07/08/2010 – 03.15) isteri tercinta dah mula mengadu sakit perut yang teramat sangat.
Sakit yang bukan kepalang kadang-kala sesekali datang menyucuk membuatkan si Ibu berasa alangkah ringannya beban yang ditanggungi itu jika boleh diletakkan ke tilam buat sementara waktu. Tapi manakan berlaku selagi belum sampai serunya. Tak ketahuan pada pagi Sabtu kemarin, sepatutnya si ibu melaksanakan tugasnya di Hospital PPUM. Disebabkan keadaan tidak mengizinkan saya mencadangkan supaya segera membawanya berjumpa dengan doktor di klinik bersalin tempat kerjanya.
Seperti yang dijangkakan, setelah laporan dibuat, si ibu terus di tahan di wad untuk pemeriksaan rapi. Dari sini bermula lah babak pertarungan si ibu menahan sakit dan azab. Ditahan dari jam 07.30 pagi (07/08/2010), kemudiannya dipindahkan ke wad sementara sebelum ke wad bersalin. Kira-kira jam 1.30 pagi, si ibu mula sms saya dan memberi tahu terlampau sakit menyucuk-nyucuk. Perut sekejap keras.. sekejap kendur dalam beberapa saat. Saya yang ketika itu cuma dibenarkan menunggu di depan pintu masuk wad sementara, lantas mencadangkan isteri tercinta supaya segera memanggil jururawat bertugas.
Bukaan demi bukaan (tak perlu saya terangkan, kerana ini adalah blog orang dewasa)… hampir beberapa jam menunggu dalam resah dan gelisah telah pun saya catatkan pada catatan di sini. Rasa agak terkilan sebenarnya, saya tidak dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin. PPUM masih belum di wartakan sebagai Hospital Mesra Suami. Memang kalau boleh saya tak nak isteri tercinta keseorangan tanpa ada saya di sisi. Tapi apa boleh buat, demi kebaikan semua pihak, saya juga terpaksa akur, meskipun isteri adalah salah seorang kakitangan di situ.
Syukur alhamdulillah, baby selamat dilahirkan tepat jam 03.32am (08/08/2010). Terus terang saya sebak menahan sayu, hiba… terharu untuk semua perkara apabila melihat si kecil kurniaan Allah kepada keluarga kami. Cahaya mata yang membawakan rahmat dan sejuta harapan dari kedua pasangan ibu dan ayahnya… sebagaimana ibu dan ayah kita menginginkan kejayaan anaknya di masa hadapan… betulah juga dengan harapan kami berdua.
Babak Si Ayah dan tugasan pertama dan kedua di hari kelahiran.
Selesai sudah saat getir pengalaman seorang wanita melahirkan anak sulung. Bergelut antara maut dan keselamatan anak tercinta untuk dilahirkan. Apa yang bagusnya, Hospital PPUM adalah Hospital Mesra Susuan Ibu, sebaik anak dilahirkan… dan di susukan… kini tiba pula peranan dan tanggung jawab seorang ayah dalam melaksanakan amanatnya yang pertama. Sekiranya anak itu anak lelaki… maka kita akan disuruh supaya mengazankan anak tersebut. Manakala perempuan… akan di Qamatkan ke telinganya. Jadi saya tak perlu membawa sebarang susu formula kerana susu ibu lebih tinggi nilainya.
Selesai Muhammad Amirul Amin di azankan, saya menemani Cik Adik ke wad perpindahan selepas bersalin. Di sini, suami diberi masa selama beberapa minit sebelum diarahkan untuk pulang ke rumah. Sekali lagi kecewa di situ. Maka terpaksalah saya pulang. Meski hati bercampur-baur antara gembira dan berat hati meninggalkan Cik Adik keseorangan bersama baby, saya terpaksa juga akur untuk sekali lagi.
Sebelum balik saya dihadiahkan buah tangan dari pihak hospital untuk di uruskan. Pandai-pandailah uruskan. Tiada garis panduan dibentangkan oleh pihak hospital. Saya kurang pasti bagaimana kaum atau bangsa lain, tapi ini adalah apa yang dipraktikkan oleh Orang Melayu. URI!!! Mestilah di basuh oleh suami… sekiranya suami kurang berpengalaman atau mudah loya dengan darah… mungkin boleh dapatkan bantuan bidan atau ahli keluarga yang lain.
Tiada bidan… mahupun keluarga terdekat sebab yang ada pon adalah kakak saya. Dia sendiri pun mak mertua yang uruskan. Abang ipar pulak tak boleh bau darah… terus jatuh nak pengsan… Owh… sematkan dalam hati bahawa URI itu juga adalah hasil dari zuriat saya sendiri… jadi kenapa nak geli? Alhamdulillah, kebetulan mak saudara abang ipar ada di rumah. Dialah yang mengajar saya macam mana nak basuh uri.
Antara petua, amalan, kepercayaan dan jugak sunnah…. saya yakin masing-masing ada pendapat yang berbeza-beza. Untuk membasuh URI ni ada beberapa perkara atau perkakasan perlu di beli dan di siapkan.
- Garam kasar.
- Asam keping.
- Limau nipis (Lemon)
- Kain putih (kain putih mentah atau kain putih kafan)
- Tempat atau bekas untuk membasuh uri.
Inilah pengalaman saya membasuh sendiri URI anak pertama saya. Harap maklum… ini bukan rancangan masakan asam pedas ye. URI anak sendiri… tak molek la di serahkan kepada orang lain untuk di uruskan. Walhal dah memang takda orang yang boleh pada masa tu hehehe. Sebagai seorang ayah, sayalah yang bertanggung jawab untuk uruskan. Siap ambik gambar kau… tak percaya lagi….????
Selawat dibaca sebanyak 3 kali di dalam hati. Tempat membasuh seboleh-bolehnya di singki dapur. Tapi kalau dah singki penuh dengan pinggan manggkuk, maka tawakal sajalah dalam bilik air. Pastikan bilik air bersih dari najis. Buka plastik yang membungkus URI setelah selawat dibaca. Tanam dalam hati bahawa itu adalah hasil zuriat anda. Insyaallla, Tuhan akan permudahkan segalanya.
Syukur alhamdulillah… tiada sebarang panik… meloya.. takut setelah pembungkus URI dibuka. URI dimasukkan kedalam bekas dan kemudiannya dicucur dengan air supaya hilang terlebih dahulu darah yang masih cair. Adik-adik remaja sekalian… beginilah tumpahnya sebahagian darah ibumu. Itu cuma sekelumit jika dibandingkan semasa melahirkan kamu.
Seterusnya memerah limau nipis semasa membuang darah… limau nipis ini bertujuan untuk membuang bau hamis darah tersebut. Sekali lagi bersyukur… keberanian diberi oleh Allah untuk memegang dengan selambe dan membuang URI dari darah beku. Setelah siap di cuci… URI tadi akan diletakkan di atas kain putih menghala ke arah kiblat.. dan sekali lagi diselawat sebanyak tiga kali.
Ditabur garam dan asam keping untuk tujuan mempercepatkan proses penyejatan saki-baki darah. Waktu ini bau darah segera menusuk semula disebabkan garam tersebut… tapi ditangkis oleh asam keping yang menyerap lebihan air dan darah tadi.
Dibungkus dan di ikat dengan kemas, seterusnya diletakkan dalam bekas yang elok. Bekas ini ada sesetengah pendapat kata perlu ditanam sekali. Tetapi saya ditegah oleh beberapa jemaah surau ketika ingin menanam URI tersebut. Lantas lubang dikorek pada tempat yang agak strategik sedalam satu kaki lebih kurangnya. Tak boleh terlampau dalam dan tak boleh terlampau cetek.
Syukur alhamdulillah begitulah kisahnya… Kronoligi cerita hari pertama Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman selesai. Dalam masa yang sama sebuah kesah perjalanan menguruskan URI anak sulung pertama. Kalau rasa nak pitam… cepat dail 999. Sila jangan buat laporan palsu dan sabitkan saya sebagai penyebab ye.
Nota: Konfem ade beribu TYPO dalam catatan kali ni. Kalau sapa rajin boleh la semak untuk saya beserta perenggan sekali ye.
Nota2: Kini ku bergelar seorang Papa, Daddy, Ayah, Abah dan Abi. Selamat Hari Bapa untuk diri sendiri. Syukur Ya Allah~
Nota3: Dengan secara rasminya saya terpaksa mengurangkan aktiviti sosial di dalam talian. Tapi sekiranya anda inginkan bantuan saya… saya tiada sebarang masalah untuk membantu. Tapi mungkin bantuan akan lewat tiba dari sepatutnya – Harap Maklum.
Nota4: Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa kalian semua para pembaca blog ini mahupon rakan-rakan di twitter dan seluruh pelusuk yang mengenali diri saya. Termasuk juga yang siap buat entri special sempena kelahiran Muhammad Amirul Amin, jasa baik kalian tiadak akan saya lupakan.
encikbeliau
18/05/2011 @ 1:39 am
artikel yg menarik..aku pun bakal menyambut cahayamata pertama..
sedikit banyak , artikel ni boleh membantu…
MISTERI JAM 12 DI RIA | Just Nizam.Com
23/10/2010 @ 2:16 am
[…] aku duduk kat Selangor so aku dengar radio RIA online jelah . Paling seram masa die cerita tentang uri kena makan . Pergh! Cerita die takkan bosan punye. So korang kalau nak dengar boleh pakai Online […]
Salam Aidilfitri Kawan-Kawan @ Kaki Komplen Malaya
07/09/2010 @ 9:09 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Hot Ticket daripada Hotlink – Memang mantap. @ Kaki Komplen Malaya
07/09/2010 @ 4:14 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
HIDUP SEORANG BLOGGER – Berakhirnya sebuah contest. @ Kaki Komplen Malaya
07/09/2010 @ 12:34 am
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Akhirnya saya berjaya mencipta template sendiri. @ Kaki Komplen Malaya
01/09/2010 @ 11:21 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Kaki Komplen Malaya » HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai jiran kurang akal.
29/08/2010 @ 12:50 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Mus
27/08/2010 @ 8:22 am
tak perasan bro dah bergelar bapa..
tahniah bro..
pasti raya ni lebih meriah!!
.-= Mus entri terkini blog ..Apakah Program Selepas Log-In Dapat RM10000 Di Facebook =-.
Kaki Komplen Malaya » Majlis Berbuka Puasa Blogger Malaysia 2010
25/08/2010 @ 2:12 am
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Kaki Komplen Malaya » SEO Hidup Seorang Blogger dan Misi cabaran 100 hari.
24/08/2010 @ 9:42 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Contest: Hidup Seorang Blogger | BlogFeed
22/08/2010 @ 3:40 am
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Perkembangan terkini #KakiKomplen.Com | BlogFeed
22/08/2010 @ 3:37 am
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Kaki Komplen Malaya » Contest: Hidup Seorang Blogger
22/08/2010 @ 2:59 am
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Kaki Komplen Malaya » Perkembangan terkini #KakiKomplen.Com
20/08/2010 @ 8:29 pm
[…] Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman […]
Azman Ishak
16/08/2010 @ 11:36 pm
rileks… sila jangan pitam ye.. .tarik napas pepanjang :lawak-gile:
Dauspozi
16/08/2010 @ 11:33 pm
Baru ku kenal rupa Uri aka placenta… Aku xleh tgk and hidu darah so cmne la nasib jd ayah satu hari nanti… hoho, btw, ni info berguna walaupun masa terlampau jauh lg utk ku bergelar ayah… Thanks bro!… :bagus:
.-= Dauspozi entri terkini blog ..Kenangan Ramadhan Zaman Kanak-Kanak =-.
rozy
10/08/2010 @ 9:43 am
Tahniah Bro :bagus: .thanks for sharing ilmu yang bermanfaat…masih berusaha utk dapat baby lepas 3 tahun kawen 😥 …blom ada rezeki…entry ni boleh wat reference utk hubby nanti!
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:55 am
tak pe kak.. insyaallah… nanti lepas khatam entri ni
ada la rezeki kot.. hehehe.. jangan sedih-sedeh…
usaha dengan kawakal kene lebih ye…
Azuan
10/08/2010 @ 9:14 am
emm, tahniah bro dah jadi ayah.. walaupun panjang entry ni, senorok lak baca, then penuh debaran.. hehe.. 1st time tgk URI tu..
.-= Azuan entri terkini blog ..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010 =-.
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:52 am
hehehe… nanti dah ade pengalaman sendiri bleh la jadikan
2nd time plak kan..
Azuan
18/08/2010 @ 2:05 am
emm, lambat lagi tu.. hehe
.-= Azuan entri terkini blog ..Contest Hidup Seorang Blogger Anjuran Hidup Untuk Memberi =-.
syahirul
09/08/2010 @ 11:10 pm
alhamdulillah…. best baca ttg ilmu ini… seronok tgk benda2 yg tak pernah dilihat… moga semuanya berjalan laancar begini utk anak2 lain.. kirim salam pada bini ang.. bila eh dpt jumpa hampa sekeluarga?
.-= syahirul entri terkini blog ..Sehari di konvokesyen KLIUC =-.
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:52 am
alhamdulillah beb. Muhammad Amirul Amin semakin sihat.
nanti ade rezeki bleh la kita jumpa. tadek hal pon.
mai la datang rumah. dah bekeluarga ni pepaham je la.
bukan senang nak merayap macap dulu. errkk.. hang bile langsung nye eh?
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:00 pm
ramai cakap produk kecantikan dari placenta biri-biri.. padahal placenta manusia paling tinggi kandungan protein dia… bahaya betul.. :tunggu:
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:58 am
hehehe… kalau bab produk kesihatan herba… hang memang no 1 bro! :bangge:
Azman Ishak
16/08/2010 @ 11:36 pm
hehehe usahawan yang berjaya ni. ade peluang tak kalau aku nak ceburkan diri? *nak kenen-kenen blajar meniaga ni* :gersang:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:45 pm
nko per hal? takkan period kot tengok uri? :lawak-gile:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:40 pm
mengukut setengah pendapat dan pandangan orang tua tua.
tak boleh sangat nak di ikut dan tak boleh sangat nak dibangkang.
jadi tanye ustaz lagi senang, :hehe:
Kak Long Mawar Merah
09/08/2010 @ 9:39 pm
Tahniah Azman.
Kagum Kak Long tengok catatan di atas.
Semoga selepas ni, semua bapa-bapa akan uruskan semua uri anak mereka sendiri. 😎
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:02 pm
terima kasih kak long. tadek ape kagum pon
cuma catatan peribadi jer kak long.. saje nak
share dengan remaja sekarang…
eyra
09/08/2010 @ 8:57 pm
1st time tgk uri. tersentuh jiwa pikir mak bersalin dlu. tssskk…
comel amirul amin. 🙂
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:02 pm
susah payah mak kita nak selamatkan kita
supaya bleh bernafas dengan sendiri :sembang:
lowongan kerja
09/08/2010 @ 8:01 pm
waa cantiknya.. selamat ya.. 😀
.-= lowongan kerja entri terkini blog ..Grand Candi Jobs Human Resources Manager- Front Office Manager =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:01 pm
yang mana satu cantiknya itu.. baby atau uri? :lawak-gile:
lowongan kerja
10/08/2010 @ 9:51 am
tentu baby nya donk :wek:
.-= lowongan kerja entri terkini blog ..Grand Candi Jobs Human Resources Manager- Front Office Manager =-.
Cik Nass
09/08/2010 @ 2:39 pm
Ahaaaaa…~ Seb bek suami yang basuhkan uri.. Aku ni dah la mabuk darah. Darah sendiri takpe. Hehe.
.-= Cik Nass entri terkini blog ..Oh! Senggugut =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:01 pm
muahaha.. kalau suami pon mabuk darah? abis la… :lawak-gile:
ishak
09/08/2010 @ 1:51 pm
wah ilmu dari bro azman..terima kasih pasal kongsi pengalaman bro..dan tahniah sekali lagi pasal dah bergelar ayah 😉
.-= ishak entri terkini blog ..Tujuh keajaiban dunia 2010 yang aku suka =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 11:01 pm
ilmu untuk perkembangan minda remaja masa kini. tengok betoi-betoi ingat tak sakit ke mak kita lahirkan kita… ayah kita bersusah payah…
*tetibe kene tarbiah… hehehe ape hal kan?* :lawak-gile:
LinaRahim
09/08/2010 @ 12:31 pm
bagusnya En Azman buat entry ni..sebenarnya benda-benda macam ni lah fakta yang orang nak tahu, tapi takut nak tanya, malu. ada orang tua-tua suruh tanam uri dengan pensel-supaya anak suka belajar dan jadi pandai, tanam uri dengan bekas memang tak bagus, sebab nanti anak kuat makan.ada orang tanam uri dengan 7 jenis bunga-supaya anak disayangi semua orang/jodoh ringan.macam2 versi la..sebabnya uri tu adalah bantal baby,.. macam2 la petua dan adat orang menanam uri.
.-= LinaRahim entri terkini blog ..Day 4 – Something I have to forgive someone for =-.
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:58 am
versi merapu merepek tu jangan di ikutkan sangat beb.
nanti menjerumus ke arah kurafat. uri ni adalah bahagian
badan kita. jadi mana-mana bahagian badan kita yang bercerai
dari badan dan tidak boleh digunakan lagi.. kita wajib
bersihkan.. hilangkan dari baru, najis… terutamanya darah.
ambik contoh la.. ade orang exsident. putus tangan… tangan tu tak
bleh sambung dah… maka tangan tu kene bersihkan dan tanam.
sama tu la dengan procedur tanam uri.
(orang kita ni banyak sangat kepercayaan tahyul mahyul) hehehe
ejam
09/08/2010 @ 11:42 am
pengalaman kau nie aku jdkan info berguna utk aku, andai diberikan rezeki zuriat nanti…insyaAllah…
nak bagitau org umah aku baca blog kau gak ler…
.-= ejam entri terkini blog ..Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang Mata =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:59 pm
hehehe.. cik adik hang bleh tengok ke? aku takut dia pitam plak nanti.. bagi tau dia siap-siap.. dah la hangpa tu duk jauh.. :sengeh:
Bro Framestone
09/08/2010 @ 11:14 am
cam mne la time aku nnt ek…
dup dap dup dap la jugak nie ek….
.-= Bro Framestone entri terkini blog ..Bila Mohd Khairuddin memreply message emaknya yang tersebar di Nuffnang =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:58 pm
erk.. hang dah kawin eh bro? maaf ye tak berapa nak mengenali. since Muhammad Amirul lahir.. makin ramai silence reader ucap tahniah… jadi agak terkedu di situ. :wek:
Azfarul
09/08/2010 @ 10:49 am
Mual sikit tgk uri tu..
ape2 pon tahniah sebab dapat zuriat yg sangat comel 🙂
.-= Azfarul entri terkini blog ..Carta Internet Terpantas Dunia =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:58 pm
hehehe… orang lain mungkin mual.. tapi kalau dah keturunan sendiri tak bleh nak mual mual. kene gak uruskan :sengeh:
Anarm
09/08/2010 @ 10:45 am
muka amirul mcm muka hang la man.. anak bapak nih.. hehe.. didik leklok anak hang.. besor kang jgn kasi isap rokok..
aku rasa aku akan pengsan selama 2 jam setengah bila berdepan dengan URI…
.-= Anarm entri terkini blog ..Jom buat duit dengan ChurpChurpcom =-.
ejam
09/08/2010 @ 11:40 am
dua jam dan 30 minit yer…kau hebat anarm…masa pengsan pun tetap dan jitu gitu…hehe
.-= ejam entri terkini blog ..Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang Mata =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:57 pm
anarm dia sukat masa dia kalau nak pengsan :lawak-gile:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:57 pm
hehehe…. insyaallah bro.. sebelum dia mengenal ape ape.. aku nak berhenti.. tak tau la kuat semangat ke idak aku ni :lawak-gile:
annadzirah
09/08/2010 @ 10:45 am
wah..
bro memang seorang suami yang hebat..
hope kekal camtu sampai anak2 yang seterusnya.
hehehe.
tapi tak best lah kan bro xdpt masok teman isteri time bersalin.
haihh~
.-= annadzirah entri terkini blog ..Jom Follow Mereka Di Twitter! =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:56 pm
PPUM buat masa ni belum lagi diwartakan hospital mesra suami.
jadi terpaksa lah akur.
fawzan
09/08/2010 @ 9:58 am
Look just like you… :hehe: I think!
Kujie
09/08/2010 @ 10:30 am
betul betul..rasanya warisi genetik bapa lebih ni :lawak-gile:
.-= Kujie entri terkini blog ..Lawan Untuk Hidup Hidup Mesti Lawan =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:51 pm
tak nampak rupe lagi la kak jie.. tak perasan sangat pon.
cume dagu dengan hidung dah same.. :wek:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:51 pm
same eh? kecik sangat nak menilai…
hairulamran
09/08/2010 @ 9:44 am
Alhamdulillah, selamat jua akhirnya dilahirkan ke dunia. Semua pengalaman tu penting untuk digunakan oleh pembaca suatu hari nanti. Terima Kasih bro. Moga usaha murni ini akan mendapat ganjaaran sewajarnya. Saya mendoakan agar bro sekeluarga menjadi orang soleh. Aminnn.
.-= hairulamran entri terkini blog ..Pengurusan ScreenShoot Yang Mudah =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:50 pm
alhamdulillah.. tadek gift lebih berharga dari doa kawan-kawan sekalian. meskipun aku tak kenal semua pembaca blog ni… tapi terharu dengan sambutan pada catatan kali ni.. syukur tuhan rezeki Muhammad Amirul Amin sangat melimpah ruah!
Azrul
09/08/2010 @ 9:04 am
dapat ilmu berguna ni 🙂
.-= Azrul entri terkini blog ..Bila ada haiwan update status kat Facebook – – Part 2 =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:49 pm
hehehe.. selamat datang ke blog orang dewasa ye.
mijie
09/08/2010 @ 8:25 am
pengalaman berharga tu bro, aku dulu pun sama buat sendiri semua, sama macam step yang ko buat tu, cuma masa part yang nak tanam tu je mentua suruh tanam dalam tin, so aku ngikut je lah
yang penting semuanya selamat dan setakat ni apa yang aku tgk banyak versi sebenarnya pasal tanam uri ni, kalau kat kelantan siap masa nak pergi tanam uri kena selawat, tak leh bercakap sehingga uri selesai ditanam, tak boleh menoleh belakang…
apa yang penting kita buat ikut yang termampu je
.-= mijie entri terkini blog ..Cerita suka suki dihujung minggu =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:49 pm
memacam cara aku dengar pasal nak tanam uri ni.. yang bukan-bukan pon ade bro. aku terus jer refer kat orang masjid. pas tu mula la ade plak mak sedara abang ipar aku membebel.. hahaha aku buat pekak jer.. kita dah la tak cukup ilmu agama.. better tanya orang yang pandai pasal ni. syukur alhamdulillah.. tadek apa pon baby ku.. cuma hari ni kene kuning skit. tunggu keputusan besok.. sama ada bleh keluar ke tak.. harap besok dah bleh discharge la. bosan gila dok ulang alik.
mijie
09/08/2010 @ 10:59 pm
pasal kuning tu insyaAllah semuanya akan ok esok tu, cakap pasal ulang alik aku kat hospital dari 3 hari sblm bersalin, pastu 3 hari lagi lepas bersalin, 6 hari bro kat hospital, mandi kat toilet dan penat tu memang tak leh nak ckp
nasib baik dkt hospital segamat tu ada tempat menunggu dan boleh tidor situ
.-= mijie entri terkini blog ..Kisah basikal tua =-.
Azman Ishak
14/08/2010 @ 9:59 am
kire ok gak bro boleh lepak sepital… aku tak dibenarkan sama sekali
teman isteri kat wad. ape punye PPUM tah. hospital kerajaan
yang lain ok jer,,, penyakit pon terkawal jer… tak paham betul
dengan procedure PPUM.
mijie
14/08/2010 @ 10:04 am
pelik betul, hospital kerajaan pun mcm tu, em tak cuba komplen? hehehe aku ni memang komplen, sblm wife operate pun aku gi komplen dkt dokotr, huhuhuh
tp payah nak menang kita, selalunya kena balik kat kita
.-= mijie entri terkini blog ..Hari Jumaat =-.
Azman Ishak
16/08/2010 @ 11:35 pm
PPUM dibawah kementerian pelajaran bro. saya tak paham la masalah prosedur macam ni. memang nak komplen, tapi kene study dulu apa polisi depa. :sengeh:
mijie
17/08/2010 @ 10:02 am
padah abis baca polisi bolehla gi tembak, hehehe
.-= mijie entri terkini blog ..Kisah hidup blogger yang terdesak =-.
tehr
09/08/2010 @ 2:19 am
tahniah dan syukur – selamat semuanya
aku pernah basuh uri ni, memang loya gak la…
.-= tehr entri terkini blog ..Berbuka – Ingat Lima Perkara =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:47 pm
alhamdulullah… loya bro? hehehe
aku cuma wap darah naik masa tabur garam jer.
pas tu tarok asam keping.. terus neutral semula
tadek bau.
Kujie
09/08/2010 @ 1:17 am
suami kak jie pun basuh sendiri uri anak2 dia…mak dia yang suruh
dan waktu kak jie berluka2 darah tu….suami yang cuci dan tukar pad
mak dia yang suruh
dan itulah yang sepatutnya…. suami yang buat
syukurlah – pengalaman ini boleh dikongsi dgn orang lain juga
nanti tali pusat anak tu dah kering, dah tanggal..simpan
hehehe…nanti boleh tunjuk kat anak2 ( kak jie masih simpan )
.-= Kujie entri terkini blog ..Kelahiran 08-08-2010 – Tahniah Mr & Mrs Kreuger =-.
mijie
09/08/2010 @ 8:26 am
saya pun sampai skrg masih lagi simpan tali pusat anak saya 🙂
.-= mijie entri terkini blog ..Cerita suka suki dihujung minggu =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:46 pm
nak simpan jugak la bro. depa cakap kasik rendam then
bagi minum kat anak-anak yang kuat bergaduh dengan
adik beradik dia.. insyaallah rapat lah balik. :sengeh:
mijie
09/08/2010 @ 10:58 pm
ada juga dengar pasal tu, takper bro, janji simpan
.-= mijie entri terkini blog ..Kisah basikal tua =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:46 pm
masalah saya kak jie.. wife ade kat hospital.. kalau ade kat rumah, saya boleh jugak uruskan makan minum dia. buat masa ni mak kat kampung pon belum naik KL lagi. so tadek sapa nak jaga.
zik
09/08/2010 @ 12:44 am
tahniah bro… alhamdulillah…semoga bertambah rezeki bro…
.-= zik entri terkini blog ..Selamat menyambut bulan ramadhan =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:45 pm
syukran… syukur… alhamdulillah~ :sengeh:
Fazreen
09/08/2010 @ 12:40 am
pertama kali aku tengok benda alah tu..nanti aku dah kawin dh dapat zuriat entri ni boleh jadi panduan..ko jangan delete entri ni sudah la..apa2 pun taniah sbb dah jadi ayah..semoga murah rezeki..
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:44 pm
hehehe… ramai yang first time bro. sebelum ni orang kurang bagi pendedahan. macam-macam firasat mengarut ade.. padahal semua tahyul belaka… buat yang wajib dan tinggalkan yang tahyul.. dosa kan :kenyit:
Tweets that mention Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
09/08/2010 @ 12:30 am
[…] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie, Mohd Hadihaizil Din. Mohd Hadihaizil Din said: Kepada semua bakal bapa, sila baca artikel ini untuk dijadikan panduan asas http://bit.ly/aJ4nJl (via @azmanishak ) […]
bubbles182
09/08/2010 @ 12:30 am
wahhhhhhh baby comel!!
org pun simpan video atuk tgh tanam uri anak buah. dah besar2 nanti nak tunjuk balik kat dorg. XD
.-= bubbles182 entri terkini blog ..Congratulations- USM bloggerz! =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:43 pm
hehehe.. nanti bile Muhammad Amirul Amin dah besar.. suruh jer dia belek blog abah dia :sengeh:
menteil
09/08/2010 @ 12:26 am
sebenarnya masa entry sebelum nie ko cakap pasal nak basuh uri, automatik aku terus google pasal placenta aka uri.. so aku tak rasa mual sangat. huhu..
apapun.. tahniak untuk ko bro..
dan secara tak malunya aku anggap Muhammad Amirul Amin ini adik aku.. hehe.. plzz.. aku tak de adik nie bro… =)
tahniah!
.-= menteil entri terkini blog ..5 Perkara Baru Yang Sangat Annoying Dalam Dunia Blog =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:43 pm
wahh… dan dan ade abang angkat… hoyeah.. nanti time dia nak berak.. aku kasik hang basuh dulu sebagai orentasi jadi adik beradik. hahaha :sengeh:
finafedora
09/08/2010 @ 12:19 am
buat twitter ID utk anak weh =)
ejam
09/08/2010 @ 11:37 am
nanti berebut henset dgn abah dia plak nak send tweet…hehe
.-= ejam entri terkini blog ..Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang Mata =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:42 pm
nanti aku belikan dia bb kot. sekarang bb dah murah. hahaha
tak pon suh jer pakai CSL :sengeh:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:42 pm
dah buat ye… – @amirulazman bapaknye @azmanishak hehehe mak dia je tadek. :wek:
wazy
09/08/2010 @ 12:18 am
1st time tengok uri ni bro,
Dapat juga ilmu yang berguna apabila membaca entri ni.
Semoga Amirul menjadi anak yang soleh
.-= wazy entri terkini blog ..Salam Ramadhan Buat Semua =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:41 pm
alhamdulillah.. syukur… buat pendedahan untuk remaja
dan yang nak jadi bapa tak lama lagi :sengeh:
Eizil
09/08/2010 @ 12:17 am
terpegun dan terima kasih aku ucapkan, boleh dijadikan rujukan selepas ini. 😀
.-= Eizil entri terkini blog ..Kehidupan seorang pengaturcara bebas =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:41 pm
insyaallah… eh? hang tak kawin lagi ke? or belum lagi ada
cahaya mata? :kompius:
Eizil
09/08/2010 @ 11:13 pm
belum ada cahaya mata lagi… 🙂 sebab tu artikel ni lerh jadikan panduan untuk akan datang
.-= Eizil entri terkini blog ..Segalanya mengenai BB =-.
Azman Ishak
14/08/2010 @ 10:01 am
owh sabar ye bro… insyaallah nanti ade la tu.
zaryl
09/08/2010 @ 12:17 am
pengalaman yg tak dpt dilupakan 😉
sama la umur dgn anak no. 2 aku nanti insyaAllah.
leh buat kawan… jgn lupa beli domain nama ank hang
.-= zaryl entri terkini blog ..Muaturun Kertas Dinding Gambar Masjid Comel Percuma =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:40 pm
siap beli domain.. hahaha tak bleh blah bro..
nanti konfem dia berebut pc dengan aku nih. :lawak-gile:
zaryl
09/08/2010 @ 10:50 pm
konpem. ikhwan la ni pun pantang lepa abih mouse aku dia tarik pastu tekan2 keyboard haha
jgn lupa amik gambaq banyak2 masuk galeri blog. ramai dok tunggu nk layan
.-= zaryl entri terkini blog ..Jadikan Senarai Pautan Lebih Lengkap Dengan Link Library WordPress Plugin =-.
Azman Ishak
16/08/2010 @ 11:34 pm
rasanya nak buat gak galeri. tapi kat subdomain je la. hehehe
Nisa
09/08/2010 @ 12:07 am
Serius, saya menangis baca entri ni. Touching 🙂
.-= Nisa entri terkini blog ..Pot Luck at Bangi =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:39 pm
nangis la plak.. ape nak nangis nye… beginilah mak dan ayah kita dulu. sampai masa nanti pusingan roda akan kene pada kita plak. :sengeh:
yash
09/08/2010 @ 12:06 am
huk3 selalu tgk abang ipar basuh uri ank sedara time kecik dulu..
tahniah bro.. teruja tgk.. hu3 tahniah kat isteri jugak sanggup betarung nyawa untuk si beby..
alhamdulillah sume selamat.. heeeeeee! amirul sila jadik ank yang baik ye! :sengeh:
.-= yash entri terkini blog ..Resipi Ilusi CD-DVD-ROM untuk imej ISO =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:37 pm
terima kasih yash.. hang tak pitam plak tengok uri eh? :kenyit:
mrnamie
09/08/2010 @ 12:04 am
orang pertama!!!
.-= mrnamie entri terkini blog ..Gotong royong Kampung Bukit Tembakau =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:37 pm
owh.. tak mengena ye.. sila cuba lagi. :lawak-gile:
mrnamie
09/08/2010 @ 10:42 pm
harap tolong delete comment ni ye bro.. haha :lawak-gile: :lawak-gile: :segan: :segan:
.-= mrnamie entri terkini blog ..Dia yang aku kagumi =-.
sickchild72
09/08/2010 @ 12:04 am
first time siot tgk uri. besa gak ek. huhuhu.
tahniah beb =)
smoga anak kau jadi anak yg soleh dan berguna kelak =)
ejam
09/08/2010 @ 11:36 am
samalah, 1st time gak…
.-= ejam entri terkini blog ..Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang Mata =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:36 pm
tak pe beb.. once bila hang dah bersedia.. rezeki akan datang.. insyaallah dan aku doakan hang jugak akan menjadi bapak tak lama lagi.. cume usaha kene lebey la :wek:
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:36 pm
amin… harap harap dia tadek la kuat kentut dengan berak macam kau kan? :lawak-gile:
mrkay
09/08/2010 @ 12:03 am
kenapa jemaah surau tegah tanam bekas tu sekali? ada tak dia orang bagi reason? berminat aku nak dengar.
.-= mrkay entri terkini blog ..Buah tangan sempena Ramadhan =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 12:08 am
bro… jemaah tu kata… nak bagi uri meresap dengan tanah cepat. kalau dah dimasukkan dalam bekas… dia lambat la kering dan mereput. dari tanah pulangnya ke tanah. dia cakap base on logic.. kalau nak simpan dalam pasu macam tu.. better masukkan dalam tabung uji jer.. buat awet.
hehehe… aku tak berani nak cakap lebih.. jap lagi dia keluar hujah panjang.. aku dah la tak cukup ilmu.. tadek pengalaman handle anak. tapi syukur.. bila tengok anak aku tadi lepas tanam uri… ternyata tindakan aku adalah benar. :sengeh:
TMUkmkd
09/08/2010 @ 8:43 am
betul. tak perlu tanam bekas tu. bekas tu boleh buat benda lain :hehe:
tahniah! anda berjaya bersihkan uri tu..
banyak tu garam ditabur macam nak awet mayat heh.
.-= TMUkmkd entri terkini blog ..Blog Kujie dan AzmanIshak Versi Mobile =-.
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:34 pm
hehehe… ye la.. garam jugak sebagai penghalau
makhluk halus… dengan binatang melata macam
tikus atau ular.. :sengeh:
eyra
09/08/2010 @ 8:55 pm
oooh itu sebabnya. baru ingat nak tanya 🙂
Azman Ishak
09/08/2010 @ 10:35 pm
hehehe… tiada sebarang fahaman kronik ye.
kekadang orang tua malas nak cerita dari segi science
so dia cakap la uri ni takut hantu korek la.. berbagai..
padahal itu yang kat atas adalah fakta sebenarnya :sengeh: