Malu? Memang malu gile la. Bayangkan kalau outstanding bill nkorang kene canang kat internet? Ape rasa nkorang? Kalau yang mencanangkan tu.. kengkawan ke.. sedara mara ke… aku rasa aku tadek la hot sangat. Tapi ni… Internet Service Provider (Pembekal Perkhidmatan Internet) yang buat perkara tu pada umum. Gile bapak malu la aku nak letak muka. Dengan senang orang buat spekulasi aku berhutang dengan P1Wimax. Sedangkan depa tak tahu pon asal usul cerita sebenar.
Dalam tahun 2009 – Aku dijemput oleh pihak P1Wimax untuk menghadiri satu sesi fotografi bagi membuat testimoni secara sukarela. Ada sesi bergambar.. ade juga sidang video untuk beberapa pengguna P1Wimax yang terpilih pada masa tu. Pada tahun tu juga, aku merupakan seorang pengguna P1Wimax yang modem desktop gedabak warna hitam. Sebagai penghargaan atas penglibatan aku… pihak ini kasik allowence RMXX.00 bersama 1 P1Wiggy beserta langganan percuma selama setahun.
Semakin hari selepas sesi fotoshoot tu.. aku rasakan yang internet dari P1Wimax ni makin lama… makin teruk.. dan semakin teruk. P1Wimax yang besar gedabak tu pon aku terminate… Sebagai saksi.. @Deen_HotFM dan jugak @Life4Hire sendiri datang teman aku untuk proses terminate. Setel bab tu… bercerita macam mana pulak boleh tersangkut dengan P1Wiggy?
P1Wiggy loyalty yang diberi langganan selama setahun secara percuma tu cuma beberapa kali jer aku pakai.. itu pon tak boleh nak aktivate sebab same masalahnye dengan versi desktop. Kemudian aku pon tak tahu kemana aku campak menatang Wiggy tu. Sebab masa tu aku dah bersama Streamyx. Hati lega.. rasa gumbira sebab mempunyai internet yang stabil menggunakan WIRED Technology berbanding Wireless.
Dalam kontrek aggreement penglibatan aku secara sukarela semasa fotoshoot tu, aku tidak disyaratkan untuk memulangkan balik atau meneruskan service P1Wiggy yang diberi kalau dah tamat tempoh setahun. Kalau aku berminat… aku perlu aktifkan akaun berbayar di pejabat P1Wimax. Sekarang dah menjadi masalah… selepas setahun.. bill dah jalan secara automati.
Tiap-tiap bulan bill sampai kat aku. SMS.. Phone call, Email.. What the hell??? Beberapa bulan sebelum ni perkara ni dah setel.. sekarang jadi balik. Bertambah parah bila beberapa minit yang lepas pihak P1Cares dengan selamber mention bill tunggakan aku melalui akaun twitter @P1Cares.
Bertambah sakit hati aku bila aku dipersalahkan balik oleh pihak P1Cares yang cakap… dia cuma MENTION kat aku jer… So aku salah sebab pergi RT balik. Pada anggapan dia.. kalau dia tweet kat aku (mention), orang lain tak boleh baca. Sila semak gambar atas. Comment reply dari @EjamOthman menunjukkan dia “in-reply” terhadap Tweet yang dikeluarkan oleh @P1Cares. Ini satu perkara yang sangat memalukan aku.
Sekiranya @P1Cares mempunyai lebih daripada 2 ribu follower… yang aktif pada masa tersebut… Apa citer dengan aku. Mana aku nak letak muka??? Mana aku nak bergaul social dengan kawan-kawan kalau ade Social Media Event lepas ni? Sampai sekarang masih jugak tiada sebarang mohon maaf secara rasmi mahupon bertulis dibuat. Aku yang terkena macam ni rasa agak kecewa yang teramat sangat.
Kalau kamu di tempat aku sekarang ni? Ape tindakan susulan? Meskipun tweet tersebut telah dipadamkan oleh pihak @P1Cares, tapi kalau ianya dah dipublish kat TimeLine.. sesapa yang follow @P1Cares pada masa tu juga akan nampak. Yang dipadamkan adalah di screen dia.. bukan di screen pengguna Twitter yang lain. Ini juga masalah dalaman yang pihak pengurusan @P1Cares tak paham masa aku terangkan kat dia tadi.
Lindungi Diri Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi | Hidup Biar Sedap
11/03/2012 @ 12:44 pm
[…] sakan blogger tersebut dan keluarkan segala bukti ‘hitam putih’ di sini – Saya kecewa dengan tindakan pihak @P1Cares . Nasib baik dapat blogger baik hati, tak teruskan kes saman selepas pihak berkenaan bersetuju […]
luth
23/02/2012 @ 8:03 am
Bravo bravo kaki komplen!!
NoktahHitam
22/02/2012 @ 11:43 am
Nasib baik la mende dah selesai. Tapi malu tu takkan habes2 lagi la..
iza
21/02/2012 @ 6:47 pm
Assalam…
Memang malu la macam tu..
seluruh dunia boleh baca..
yanmie
21/02/2012 @ 11:08 am
Salam,
Owhhh yang tak tahan tu public twit, kalau diorang DM tak kisah pasal tu, biasanya syarikat macam ni kalau ada apa2 diorang berurusan dengan DM je. banyak lak tu namratus lebih 😀 tak setimpal dengan apa yang digunakan.
panas gak isu ni, hope dapat diselesaikan dengan baik. tapi ada sorang kawan memang komplen pasal diorang ni, tak guna pun kena bayar gak, akak pun xtau sangat sebab tak guna servis diorang 😀
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 2:03 pm
dia nak DM.. tapi saya tak follow dia. masalahnye bukannye dia tak boleh ke nak call, atau nak email. kan boleh buat secara tertutup. now sekarang dah setel pon. dia dah mohon maaf balik kat twitter.
OMAR
21/02/2012 @ 2:34 am
Takut gak tengok camni, main publish maklumat pelanggan, kalau aku jadi ko pun serius malu la, kalau tak baca dari awal, nampak macam liat nak bayar, cuma apa yang aku pelik, kenapa bil sampai 600 lebih pun, dia still aktifkan akaun ko..
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 2:05 pm
itu yang aku cakap kat P1. kalau orang tak tau citer.. main adopt jer bulat-bulat tweet tu.. next bila ade social event, kan malu nak berkenalan dengan orang.
note: masalah di atas telah diselesaikan dengan mohon maaf secara terbuka ditwitter sebentar tadi dari @P1Cares 😀
menteil
20/02/2012 @ 8:22 pm
Err.. siapa Nurul_3056?
*penyebok
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:38 am
aku difahamkan.. dia dah resign haha..
yanmie
21/02/2012 @ 11:06 am
Salam,
Oh nurul tu kerja dengan P1 ye? baru lagi ke resign?, gara2 kes ni lah ye 😛
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 2:08 pm
eh tak la.. hehehe.. itu citer beberapa bulan lepas. dia resign bukan disebabkan isu ni. saya pon tak pasti 😀
menteil
21/02/2012 @ 1:31 pm
ko kejam sangat man.. haha..
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 2:00 pm
lol~ bhahaha… aku kire buat diskusi paling baik dah tu…
CypherHackz
20/02/2012 @ 7:57 pm
Direct reply Twitter dekat Tweet kita takde masalah. Orang tak dapat update dari P1Cares tu. Tetapi if ada kawan kita yg follow Twitter kita dan Twitter P1Cares, kawan kita pun akan dapat baca direct tweet dari P1Cares tu dekat timeline dia.
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:39 am
itu la masalah dia. aku jugak kene blame. dah la aku dimalukan. lepas tu.. kene blamming sebab aku RT balik tweet dia. derhell jugak la
titan
20/02/2012 @ 7:19 pm
saman malu aje..
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:39 am
kalau ade yang nak jadi lawyer aku bley la. hhaha
mohd firhan jasni
20/02/2012 @ 6:28 pm
sabar ya bro. tapi diorang memang tak patut lah buat macam tu. sekarang bro buatlah apa2 yang patut. dah kira kes naya ni
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:40 am
sabar? dah tahap habis sabar dah. kalau tak, hari ni gak surat lawyer sampai hehe
azman
20/02/2012 @ 6:01 pm
hmm..kena belajar lagi nampaknya budak tu..
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:40 am
P1 tak sediakan kursus mengendalikan twitter untuk pekerja dia kot.
Syafiq ?omo????
20/02/2012 @ 5:39 pm
duduk diam2 sambil makan popcorn.
emmmm.. tekan butang prnt scr.
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:42 am
haha.. demn yu.. meh carik lawyer untuk aku. saman 5 juta. 2% untuk hang. ndak?
KNizam
20/02/2012 @ 5:37 pm
they should communicate via twitter the response & the details in DM or email. hampessssssssss
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:43 am
geleng kepala bila idietto buat kerja…
Kujie
20/02/2012 @ 5:25 pm
DM tu personal tweet, tapi kalau mention kat publik memang semua orang boleh nampak.
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:45 am
rasanya masih lagi tadek kursus pengendalian twitter untuk kampeni mereka. masalah tak reti ber-digital social media dan tak paham konsep. suruh join msmw2012 tak ndak. kedekut sangat jadi sponser.. kan dah kantoi.
ejam
20/02/2012 @ 5:14 pm
mereka kena hadir kelas penggunaan twitter yg sebenar.
byk benda yg mereka terlepas pandang.
kerahsiaan maklumat pelanggan tidak dijaga baik.
sila minta maaf secara rasmi.
sakit hati yg pertama belum hilang ditambah pula yg kedua dituduh jadi punca, itu adalah sungguh bongok yer…
Muhamad Azman Ishak
21/02/2012 @ 12:46 am
dia mintak tempon dalam masa 24 jam untuk buat proses mohon maaf secara terbuka. so kita tunggu la besok. kalau tadek, aku perlu ke level seterusnya la bro.