Herm…. tarik nafas sekejap. Lama juga aku pikirkan pasal perkara ni. Perkara-perkara yang diluar kemampuan akal untuk diterima. Kalau keputusan sebegini yang diminta… apa perasaan kamu agaknya? Runsing, celaru, nak marah, nak maki, nak tokak, macam macam lagi la. Terlampau pikirkan sangat masalah yang melanda, sehingga boleh menjejaskan perhubungan. Punca mungkin datangnya dari sendiri juga. Tak boleh nak salahkan sesiapa….
Itu cume intro untuk entri aku pada kali ni. Aku masih lagi setia dengannya. Begitu juga dengan si dia. Masing-masing menerima dengan ikhlas kerana ketentuan Illahi. Alhamdulillah… semakin hampir dengan tarikh yang ditunggu, aku semakin sibuk dengan persediaan. Minggu depan berkemungkinan Mak aku akan datang KL atas urusan aku. Tak lama lepas tuh, mungkin mak si dia pula. Kita anak-anak yang sedang membesar ni, turutkan sahaja la kehendak kedua-dua belah pihak. Hehe…
Satu… banyak… Dua? Jarang-jarang…
Aku tahu kamu semua dah semestinya paham dengan teka-teki di atas ni bukan. Aku heran kalau dahulunya mereka yang pernah aku kenal sebelum menikah kali pertama, bercerita ingin hidup setia kepada yang tercinta. Hanya satu dalam hati. Tapi bila sekarang ni… tup-tup.. aku mendapat tahu, dia sudah menikah kali kedua. Aku cuma mampu ucapkan tahniah untuknya sebagai seorang sahabat.
Tak berapa faham aku dengan perjanjian yang diletakkan pada dirinya. Sekaligus aku sangsi dengan apa yang aku janji dengan diri aku sendiri. Aku berdoa agar Tuhan menetapkan hati aku untuk bersama dengan si dia sehingga akhir hayat aku. Bukan nak sembang besar. Terfikir juga aku tentang janji-janji yang pernah aku dengar dari mulut sahabat aku sendiri. Itu dulu… Sekarang??? Sekarang sudah dua! SUNGGUH HEBAT….!!!
Atas dasar apa sebernarnya perkara ni terjadi? Kalau alasan untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Aku tak setuju… seperti juga ulasan buku yang dihadiahkan kepada aku oleh Bro Cybernetic Minds yang bertajuk:- Aku terima nikahnya… hehehe..
“Sedangkan untuk mengelakkan maksiat kamu tak mampu, inikan pula bernikah kali kedua… ketiga… dan keempat…”
Betul-betul kenyataan tersebut merentap jantung aku sebagai seorang lelaki. Lantas memikirkan tujuan apa sebenarnya mereka sekarang ni bernikah lebih daripada satu. Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri. Biarkan la. Tapi aku tak sampai hati melihat isteri pertama beliau. ERRrrmm…
Kalau kamu seorang lelaki… adakah sanggup berkongsi kasih seorang perempuan bersama lelaki lain? Sudah tentu kejantanan kamu akan tercabar. Begitu juga seorang isteri. Walaupon pada mulutnya merelakan… tapi tidak pada hatinya. Jika kau menghayati diri kau sendiri, kau akan lebih memahami isi hati mereka.
Bila semakin dekat tarikh yang dinanti… aku terkenang kembali penat-perit yang aku lalui tahun lepas dalam entri-entri yang tersimpan di sini. Bila dibaca kembali.. membuatkan hati aku bertambah sayang kepadanya. Semoga Allah memberi petunjuk dan mengurniakan kesabaran dalam diri aku. Amin…
Link to this post!
Kill-Vearn
24/05/2009 @ 4:16 pm
hohoho… poligami… bagi lelaki maybe seronok sebab ada lebih dari 1 bini.. namun tanggungjawab amatlah besar… dosa mereka pon kita yg tanggung.. so pk byk kali sebelum nak bernikah lagi… yg penting isteri setuju dan rela hati… selamat pengantin baru man…
adol
20/05/2009 @ 3:21 am
tahnian2 dah tua rupanya ko nie.. aku ingat ko muda lagi.. huhuhuhu semoga bahagia… :sengeh: :sengeh:
zai
19/05/2009 @ 11:17 pm
haha… da nk smpai masenye tu..
hrp2 tbah hngge saat gmilang tu mnjlme..
apepn thniah diucapkn.. :sengeh:
kisahsensasi
19/05/2009 @ 10:13 pm
tiap2x malam sebelum tido sure terfikir HARI BAHAGIA yang bakal ditempuhi walaupun ujung tahun nie….. :sengeh:
hazman aka species1980
19/05/2009 @ 10:11 pm
semoga diberikan ketenangan hati dan perasaan pabila diuji dengan cabaran yang penuh pancaroba…..
ustaz hasrizal tu memang kategori….pendakwah bebas yang boleh dikatakan memang up todate…memang sempoi….kalau tak silap die ade launch buku baru time PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC yang lepas….
Azam
19/05/2009 @ 7:57 pm
tahniah..semoga setia sehingga ke akhir hayat.. :cinta:
cybernetics mind
19/05/2009 @ 6:33 pm
phewwwwwwww….
gua ingat lu break off..
mmg hampehh punya tajuk
ngko mmg dah pandai
nk manupulate kpla otak
org lain…syabassssss
jaga laa hbgn ngko tu elok2…
dah tk lama lagi dahhh…
jappp jer dah dkt ujung taun
aku doakan ngko berkekalan
ngan tunang ngko tu hingga akhir hayat…amin
hehehe…pasal buku yg aku bagi tu..
promote laa skit utk penulis dia tu…
lagi pun blog ustaz tu pon best gak…
next entri ngko buat entri pasal buku tu amacam..
citer skit pasal ustaz tu…
kompemmm ramai yg nak tau
termasuk Ryehanna…
yg teringin gak nak kawin tu….wakakakaka
ni link blog ustaz cinta tu
http://saifulislam.com/
*woiii…kad aku mana..??
tk dapat lagi ni…heheheh
izz
19/05/2009 @ 9:59 am
cepat la kawennn
Ryehana
18/05/2009 @ 11:27 pm
Ceh… tajuk entry buat aku terkezut sahaja. hampeh!
aku teringt perbualan antara pekerja2 kat ofis tmpt aku praktikal berkaitan benda poligami ni. org lelaki mmg xkan tolak kalo ade org yg sudi jd bini no.2 diorg kan… lagi2 kalo muda dan lawa. xde keje pn xpe… haih… mintak2 aku xkan mengalami keadaan dimadukan. xsanggup teman!
hajar
18/05/2009 @ 10:42 pm
Dah lumrah manusia memang macam tu…
tak penah cukup dengan ape yg die ade..
sebab tu Allah benarkan poligami…
sebab Die paham naluri makhluk die…
Tapi itu tak bermakne aku aku membenarkan laki aku kawin 2…
Berani ar die buat cam tu…
aku tambat kat pokok durian baru taw…. :marah:
(ces~ bile mase plak aku dah kawin…)
zariel
18/05/2009 @ 10:22 pm
tu la. aku cuma nk ingat kn je.
tp dlm aku dok ingatkn tu pun ada gak yg main taram je ckp x suka dgn poligami.
dia ingat poligami tu sapa yg buat?? takut ada kesan dgn pegangan agama dia je.
klau ada umat Islam yg solat tunggang terbalik pendek kata hancus, perlu ke disalahkn solat?
padahal solat itu wajib. yg perlu disalahkan mat ngok yg solat tak betul tu.
semua pilihan ada di tgn kita sbg umat Islam. nak atau tak nak ikut suka la tp jgn sbb tak nak dihentamnya pulak.
sekali lg aku komen panjang. ni terikut2 hang la ni.. hehe… gurau je :sengeh:
KhairiL
18/05/2009 @ 7:15 pm
huhu
isu mcm ni
sesetengah org boleh terima
tp tidak bg aku….x snggup mendua, mentiga atau mengempatkan seseorang
haha :muah: , ada ke ayat mcm ni
tp x kesah la..janji paham apa yg di mksdkan
Lee
18/05/2009 @ 6:11 pm
ko klik je link kat name aku man, tadik aku ade bagi link tpi mungkin wordpress blocked kot tkt spam. dtg ek..
Azman Ishak
18/05/2009 @ 6:03 pm
erm.. xceli aku blom lagi kawin… :hehe:
izz
18/05/2009 @ 4:24 pm
idop poly gummyyy!!!!
KampungBoy
18/05/2009 @ 3:41 pm
aisey…pejam celik
dah nak pasang bini baru rupanya
‘tahniah la..beb
berbini…berbini gak
blogging troskan beb….
baru asa gaya :bye:
Lee
18/05/2009 @ 2:32 pm
owh..musti comment aku masuk spam nih..haha..man, jgn lupe dtg kenduri aku kay…aku dgn sgl hormatnya menjemput ko dn tunang utk hadir ke kenduri aku..
juga kwn2 bloggers yang lain..dtg jgn x dtg.. 🙂
Lee
18/05/2009 @ 2:30 pm
aik, mane comment aku tadik?
Lee
18/05/2009 @ 2:27 pm
untuk adil pada seorang, sangat lah susah. inikan pula dua, tiga dan empat..renungkan firmanNya di dlm surah An-Nisa’, ayat 3 :
Maksudnya : Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau apa yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
So, renungkanlah bersama…
Man, aku nk jemput ko ke walimah aku..so bleh bagi aku alamat rumah utk aku pos kad kahwin aku kat ngko, ataupun ko masuk blog kahwin aku ni, http://walimatulurus.fazdli.com sbb plan sume aku dh letak kat situ..
Aku juga menjemput sume kwn
wandisini
18/05/2009 @ 12:59 pm
salamz man, nmpaknya tak lama lagi ko dah jadi milik org. pandai2 la jaga diri, cewah..aku lak yang bagi nasihat
apa yang aizat cakap atas tu pu aku setuju gak, kalau kita ni mampu sangat la nak kahwin lagi 1, baik kita bahgiakan sahaja isteri yang dah ada tu
kak jie nak bagi komen nanti,
mesti banyak yang dia nak bebelkan
aku baru nak masuk ke fasa pertama berumah tangga, aku nak tunang tak lama lagi
kad aku
doakan la semoga dugaan aku lalui nanti tak besar sangat
|1f34|-|1r3
18/05/2009 @ 12:52 pm
nanti jangan lupa bg kad kawin…pegi belum tentu lg kot kalau jauh sangat…dekat2 takper la john !
aisyah
18/05/2009 @ 11:00 am
agagagaga..
setialah wahai lelaki..
Ala, bila nak kawen lebey dr satu, mulalah ckp pasal hukum hakam bagai..
tp bila cakap pasal dpt x penuhi tuntutan sume..
mana pegi hukum semua..
kalau mampu berlaku adil dan penuhi tanggungjawab tu xkisahlah lg..
tp yg atas dasar tuntutan nafsu shj..aish!!!
p/s : aku tak suke poligami..syuh2!!
Kak Jie
18/05/2009 @ 7:07 am
byk dah komen isu ni….bkn sehari bukan setahun
kak jie nak ckp ape ye
selamat pagi……
nnt ptg2 kak jie dtg buat entri kt komen box ni
tahan je la telinga erk..mak2 nak membebel nnt :sengeh:
Anarm
18/05/2009 @ 4:43 am
aku x berani nak komen lebih2..
aku sokong je bab setia pada yg 1..
mcm ckp aizat, aku sokong sgt2..
kawin byk kononnya nak ikut sunah nabi,
nk kawin 4.. tp hukum agama, solat, semua tu x fikir..
fikir nak sedap, nak senang je.. heheh..
kalo yg kawin lebih dr 1 tu, kene la adil..
jgn ada sikap tak adil dengan bini2 tu..
Pssttt: aku ni nk handle yg sorang ni pn x larat..
nk kawin 2? 3? 4? mintak jauh laa…
tunggu aku jd jutawan dulu.. komfem 4 memang dlm tgn…
wahahahhaha.. (ada niat gak tu)
Dr House
18/05/2009 @ 4:38 am
Tahniah bro untuk hari bahagia yang bakal tiba. Member ofis aku 2 orang bakal menamatkan zaman bujang. Membe sekolah aku pun ada 2 orang yang kan kawen bulan 6 ni.
Kalau aku la, pompuan sorang pun susah dah nak jaga, nikan pulak 2-3. Agaknya aku ditakdirkan kawen 1 je kot. Aku belum kawen lagi, jadi tak tau la macam mana. Mungkin kalau dah kawen nanti pendapat jadi lain plak.
aizat
18/05/2009 @ 3:02 am
ala, laki skang ni kawin lebih dari 1, psl nafsu je.
xde maknanye kalo ckp kawin tu nak elak dari maksiat,
sbb kalo nk buat tu, buat gak ar..
pastu tlg ar jgn ckp nk kawin lagi 1 pasal nk tlg pempuan yg nk dikawini tu,
sudah ar!! bini yang dah ade pn tunggang langgang,
ade hati nk tambah bini..
konon mampu serba serbi, nak nikah banyak,
nak tnjuk ar konon ade duit banyak,
bole ade bini banyak,
yang pempuan ni pun 1 hal gak man,
dah tau laki tu da ade 2 3 bini,
yang nak gak kawin ngan laki orang nape?
dah xde laki lain ke? ke dorg ni mmg la gile harta?
konon kalo kawin ngan laki berusia dan berduit,
snang ar dapat harta kalo laki tu gol..
ape la kan..
tp x sume pempuan teruk camtu,
begitu juga laki, x sume yang sokong pasal poligami ni,
mmg betul dalam hukum, laki bole kawin smpi 4..
mcm Nabi Muhammad SAW,
betul,baginda ade isteri lebih dari 1,
tapi tolong ar jangan cakap,
kawin banyak sebab ikut sunnah nabi,
sebab kalo da basic agama pun hancur,
solat tah kemana, akhlak tah kemana,
tolong ar munasabah diri..
sekian dari aku;)
p.a-cantik ar kad jemputan ko man.huhu.hang kan terer,biasa ar tu;p
zariel
18/05/2009 @ 12:30 am
yeay… aku 1st :sengeh:
poligami itu bukan sesuatu yg salah.
tp oleh kerana sikap umat Islam (terutama lelaki) yang memburukkan keadaan.
jadi bila dh berlarutan, dgn sikap umat Islam (terutama wanita) yang cetek,
memandang poligami sbg satu yang buruk.
jgn smpai terpesong hanya dgn pendapat atau idea tentang poligami.
seperti mana bab lain dlm Islam, poligami masih tertakluk dgn hukum hakamnya.
aku menyokong poligami dgn semua syarat apa yg tersurat dan tersirat dpt dicapai oleh pasangan tak kira lelaki dan wanita.
sbg contoh:
isteri pertama berbadan kurus
isteri kedua gempal (saiz 40 katakan)
– nk beli kain buat baju, untuk adilnya kain utk isteri kedua tentulah lebih sbb badan dia besar.
tp jika dipandang sekali imbas itu tentu tidak adil sbb kain yang lebih tentulah lebih juga harganya.
aku pn x nk berpoligami. mcm ayat power ko bagi tu la.
aku sokong sgt2. lagipun bini aku ni dah semua cukup bagi aku.
takdak sbb aku nk cari lain buat bini.
lain la kalu sakit ke, tak leh bg zuriat ke itu cerita lain.
banyak lak aku komen. nnt aku salin buat post baru kat blog aku… hehehe
(taip banyak sgt pastu nk harap jadi pengomen pertama… ces)
papa-itam
18/05/2009 @ 12:29 am
Macam tak tak percaya,cepat masa berlalu,moga segala urusan dipermudahkan..
andainya ada dugaan diwaktu ni..tabahkan hati,banyak bawa bersabar,memohon doa pada-NYA. moga segala berjalan dgn lancar.TANNIAH KAWAN