Template FotoBesar atau dalam bahasa Inggeris adalah BigPicture
Template FotoBesar atau dalam bahasa Inggeris adalah BigPicture

Alhamdulillah, sekarang dah masuk fasa lima dah pembinaan kerangka blog aku ni. Ini merupakan projek peribadi yang aku akan buat bila aku berkelapangan je. Kalau nkorang tengok waktu siang atau malam tu aku macam sebok je… itu tandanya aku tengah kerjakan template ni la.

Secara amnya template ni tak pakai ape-ape framework melainkan aku pakai TwitterBootstrap untuk mempercepatkan process pembikinan CSS. Aku gunakan skema template asas wordpress tetapi ditambah dengan ciri-ciri custom yang macam best, termasuk susun atur iklan, tetapan template, SEO, HEADER METAkeluasan perletakkan imej yang besar, header image dan sebagainya. Kalau nak diceritakan apa yang best pasal template FotoBesar versi 2.0 ni, sampai besok pon tak habis.

Kembali kepada siri-siri pembinaan. Sedikit penerangan untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya ada berapa fasa pembinaan semua sekali. Boleh dikatakan untuk membina kerangka template WordPress ni, terlebih dulu apa yang aku susun adalah seperti:

  1. Lakaran kasar (atas kertas)
  2. Lakaran dalam format digital (Illustrator)
  3. Realisasi lakaran digital kepada file HTML
  4. Menyelaraskan warna dan border serta text kedalam CSS Custom
  5. Memecahkan file HTML kepada kepilan-kepilan file PHP
  6. Memasukkan function PHP
  7. Membuat template option untuk WP-Admin menu
  8. Pandu uji…
  9. Sesi minor touchup/redefine (font, width dan sebagainya)
  10. Menetapkan sebagai template rasmi.
Kekemasan dan perincian yang ditekankan di penghujung penutup artikel.
Kekemasan dan perincian yang ditekankan di penghujung penutup artikel.

Panjang nak mampus kan. Ok.. sekarang sikit teaser untuk nkorang. Kalau nak tengok Live, boleh usha kat sini. Tema FotoBesar kali ni, aku lebih menumpukan pada bahagian penutup artikel yang pada versi awalannya agak compang camping dan serabut. Kekemasan kotak komen juga diperincikan. Kesemuanya aku akan buat custom PHP supaya semua fungsi yang diiklankan akan berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

Buat masa ni, aku masih dalam membina layout Custom Template bagi kategori FotoBesar. Ini memerlukan sedikit masa supaya susun atur antara text dan juga gambar tak menjadi berterabur. Owh tak lupe, satu ciri-ciri istimewa baru iaitu FotoGallery. Ianya dalam susun atur collage dan akan dipaparkan dalam lightbox (sama seperti album foto di Facebook)

Jadi, amacam? Kaki Photo semua teruja? Doakan aku cepat baik dari demam supaya aku boleh kerjakan template ni cukup-cukup. Untuk pengetahuan, pembinaan template ni bukan RIP dari mana-mana template. Ianya dibina daripada scratch. Pasal tu lambat bebenor nak siapnye. Bagi halaman utama pula, masih belum sempurna process RE-DEFINE. Bagi saya sikit masa lagi untuk setelkan ya.