Antara peserta-peserta AMANZEDU.
Antara peserta-peserta AMANZEDU.

Kalau nak diikut dari apa input yang aku dapat semalam, tajuk di atas ni dah kira fail sebab dah lebih dari tujuh perkataan bak kata @Tekong. Ape-ape pon untuk pengisian ilmu bagi masa yang terluang semalam, aku amat berpuas hati. Dalam masa yang sama, aku ucapkan terima kasih kepada pihak Amanz Network kerana menjemput aku untuk meramaikan majlis.

@Tekong kata: Saya la tekong itu... hensem la jugak dari Aman Firdaus. Hahahaha~
@Tekong kata: Saya la tekong itu… hensem la jugak dari Aman Firdaus. Hahahaha~

Sebelum ni ada jugak Amanz Network buat acara sebegini, tapi masalahnye aku tadak masa nak join. Matlamat dan objektif utama AMANZEDU ni adalah untuk memberikan pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat umum terutamanya pihak pembangun dalam kepentingan teknologi mobile kepada pengguna. Rata-rata kita juga sedia maklum yang pengguna mobile di Malaysia ni semakin hari semakin meningkat.

Jika hendak ku ceritakan input yang dikongsi tu memang banyak. Tak terlarat nak diceritkan kat sini. Apa yang lebih penting selain dari perkongsian ilmu tu adalah NETWORKING. Aku selalu berpegang kepada: “Orang takkan kenal kita, kalau kita tak cuba tonjolkan diri”. Macam mana nak tonjolkan diri? Itu terletak pada diri masing-masing. Nak cara elok, atau nak cara yang cepat… tapi tak elok.

Gambar kenang-kenangan. (Aku tinggi sangat kot.. hampir lindung muka orang semua...)
Gambar kenang-kenangan. (Aku tinggi sangat kot.. hampir lindung muka orang semua…)

Selain dari membincangkan tentang Kepentingan Teknologi Mobile dalam menyampaikan mesej kepada pengguna, sesi kali ini juga ada buat demonstrasi menggunakan Joomla. Bukan setakat cerita pasal Joomla, malah siap dengan LIVE TUTORIAL memasang Joomla. Memang rugi la kepada sapa yang tak jadi datang tu. Lain kali.. kalau AMANZ NETWORK ade buat event macam ni lagi.. jangan ketinggalan untuk join ok!

NOTA: Selalu je aku tengok AMANZ Network spam timeline kat Facebook page dia… itu @Tekong declare… meamang kijer dia.. haha!