Salam mesra dan salam ceria semua. Mungkin ada yang sudah sedia maklum akan perkara ni, dan mungkin juga ada yang belum mengetahuinya. Aku rase perkara baik eloklah disegerakan penyebaran maklumatnya. Satu langkah murni pada pengamatan aku apabila mereka (JomPHP Team) menyediakan Webhosting secara percuma untuk orang ramai. Sapa yang tak kenal dengan JomPHP? Sudah tentu ramai blogger memuji kesemua perkembangan pembelajaran daripada mereka sama ada secara langsung ataupon tidak.

Bercakap pasal Webhosting secara percuma, disini Eins (JomPHP) ada menerangkan bahawa perkhidmatan mereka merangkumi:-

250 MB disk space
Vista Panel
Web mail

6 GB Monthly transfer
Password protected folders
POP email accounts

3 MySQL databases
Automatic installer
Park Domains

5 Add-on domains
FTP account
Php MyAdmin

5 Sub domains
Browser File manager
Clustered servers

Memang berbaloi-baloi untuk dicuba. Kepada kawan-kawan yang masih menggunakan Blogger sebagai injen blog, apa kata kali ni berubah arah kepada WordPress.Org. Inilah masa kamu untuk meneroka bidang CSS dan PHP. Rugi kalau tak mau turut serta. Jom pakat ramai-ramai daftarkan diri di sini.

Selepas anda membuat pendaftaran.. sila pastikan bahawa login name untuk CPANEL amat unik sekali. Ini adalah atas sebab keselamatan dari segi database dan sebagainya. (Tadi aku amat panik sekejap masa nak log masuk) hahaha.. Tapi jangan takut, maklumat mengenai pendaftaran akan di hantar kepada alamat email yang telah anda daftarkan sebentar tadi.

Apa yang menariknya.. mereka menggunakan Vista Panel yang pada aku ianya amat mesra pengguna. Wah.. teramat lah rugi sekiranya kamu masih menggunakan Blogger. Berubah sekarang sebab dunia dah semakin maju. Takkan kamu masih ditakuk lama? Pikirkan sejenak~

P/S: EiNS ada memberi tahu pada tutorial akan datang dia akan menerangkan macam mana nak memasang WordPress kedalam Hosting percuma yang mereka (JomPHP) sediakan. Jadi, apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang…