Bila dah nama Streaming TV Sedunia, maknanya mana-mana syarikat media penyiaran di dunia ni yang ada saluran streaming, maka boleh la kita bukak menggunakan aplikasi ni. Memang macam gempak jugak la kan. Kualiti gambar sangat memuaskan. Kalau capaian internet laju… memang takdak sangkut langsung. Aplikasi ini adalah aplikasi berbayar. Namun saya rasa mampu untuk dimiliki. Beli secara sah. Jangan secara harom.. hahaha… Kalau di-CONVERT baru RM3.80 duit Malaysia.



Nota: Harap maaf, untuk rakaman video, saya tak pakai Videocam mahal. N95 jer. Jadi gambar nampak kabur kat screen HTC HD7. Nak RECORD cerita lain tak ade… masa sesi rakaman adalah waktu BERITA TAMIL. Mbuahahaha… Hamik la ubat~

Jom layan tengok bukti-bukti. Selang masa aplikasi streaming ini berbanding siaran ASTRO adalah antara 15 saat lewat. Tadak masalah kot… mungkin tak berapa nak havoc sekiranya orang kaki bola. Hehehe… Orang kat tempat lain dah sorak GOL… 15 saat kemudian baru anda sorak. Itu kira ok la jugak dari SMART Phone anda tak mampu langsung nak tengok siarang TV tempatan kan?

Ape? Gambar kabur??? Itu kan gambar bergerak.. memang la~ Sila tengok tulisan tu… kan CLEAR!!!

Erk… Amacam? Ini siaran TV1 Malaysia kan?? Betul la tuuu 😀

Nah amik…. Clear tak??? Puas hati kan?

Berita Dunia TV1. “Salam ceria dan selamat malam” hehehe…

Kiranya berbaloi jugak aplikasi ni. Kata nak jadi GEEK. Ini bukan siaran rakaman ok.. ini siaran LIVE! Aplikasi ini membahagikan siaran kepada 2 jenis paparan carian. Pertama menggunakan NEGARA dan satu lagi pencarian siaran berdasarkan GENRE atau KATEGORI. Kalau anda suka dengan siaran tersebut, maka boleh set kan menjadi FAV.

Terdapat beberapa kelemahan/kelebihan:-

  • Kalau internet lembap.. tak dapek la nak tolong
  • Saya dah cuba streaming menggunakan EDGE. Tidak mengecewakan. Jarang la BUFFING.
  • Kadang-kala, siaran tak dapat dipaparkan. Mungkin sebab talian sesak.
  • Selebihnya… rasa macam best sebab boleh tengok TV lepak dalam kereta sambil layan Amirul sementara nak tunggu mama dia balik kerja. hehe~