Jom-Photography-Botani

Assalamualaikum dan salam penuh ceria untuk rakan-rakan pembaca, sama ada blogger atau bukan blogger… Pembaca senyap dan pembaca tak senyap semua. Di sini saya nak bawak berita gembira untuk anda semua. Ya berita gembira untuk anda yang berminat untuk belajar asas fotografi dSLR.

jom-outing-3-9
Encik Zakaria Mat – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Botani

Untuk makluman, pada kali ini, AI MEDIA NETWORK akan berkolabrasi bersama-sama Encik Zakaria Mat (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Botani) telah merancang untuk membuat kelas fotografi yang bertemakan botani.

Pada saya, ianya bukan calang-calang ilmu anda dapat belajar. Hanya dari mereka yang berkepakaran botani dan meminati seni botani sahaja faham macam mana nak ambik gambar pokok supaya ianya berketepatan untuk aspek botani.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti  program ini, saya mohon anda mengisi borang yang telah saya sediakan di bawah. Saya akan jemput anda ke dalam Group di Facebook untuk tujuan penghebahan maklumat. Secara ringkasnya saya rumuskan tentang program ini:

1hb Nov 2014 – Berita baik untuk rakan-rakan media dan blogger yang nak belajar penggunaan dSLR secara kawalan manual peringkat asas. Bertempat di Taman Botani Putrajaya. Siapa yang belum ada asas pengetahuan amat digalakkan. Siapa yang nak tambah ilmu juga digalakkan turut serta.

  • Tarikh: 1/11/2014
  • Masa: 8.30am hingga 2.30pm
  • Fasilitator: En. Zakaria Mat (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Botani)
  • Bayaran: RM20 (Bayar pada hari program dijalankan)
  • Keperluan yang perlu dibawa: dSLR (dan buku nota)
  • Disediakan:
    • Ruang kelas belajar selesa untuk teori
    • Sarapan pagi
    • Makan tengah hari
    • Sijil Penyertaan dari Taman Botani Putrajaya
    • (Khabarnya ada sesuatu yang menarik menanti)

Penafian : Aktiviti ini bukanlah aktiviti profit kepada AI MEDIA NETWORK, tetapi ianya adalah kolabrasi. Diharap tiada rakan-rakan yang salah paham mengenai aktiviti ini dianjurkan.

EDIT : Kelas ini telahpun berlangsung. Penyertaan dan pendaftaran telah ditutup. Harap maklum.