Sepuluh kali aku mencarik tajuk yang sesuai untuk cerita peribadi pada kali ni. Hari ni tertunai la sudah hajat mak untuk pergi buat umrah untuk pertama kalinya. Mak pergi sorang dia je. Tapi ditemani dengan kawan-kawan Yassin dia. Kali pertama nak pergi sebelum ni… dah kene tipu dengan syarikat agensi ape tah. Duit habis lesap. Hurmmm… diaorang ni kan.. suke ambik kesempatan pada orang kampung.
Seawal jam 5.00 pagi aku dah bersiap ke Gombak untuk konvoi dengan akak aku sebab nak hantar mak pergi KLIA. Sampai kat KLIA, abang aku yang menetap kat Banting, dah siap tunggu kami semua sampai. Aku nak cerita banyak sangat pon tak pandai.. masa dalam kereta banyak la idea.. bila dah balik rumah.. semua ilang idea. Kali ni… jom layan gambar sampai lebam… banyak gile gambar.
Owh ye… lepas balik dari KLIA, kami singgah kat rumah abang aku yang kat Banting. Dia seorang penternak arnab untuk peliharaan dan juga membekalkan arnab untuk perusahaan daging. Sekiranya ada dikalangan pembaca yang berminat, boleh hubungi En. Ramlan Bin Ishak ditalian 017-2360046.
NOTA: Sayang betul masa tangkap gambar rumah kampung yang berciri-cirikan tema ENGLISH tu… aku tak bawak Kit Lense sebab tertinggal kat beg. Ini lah yang depa dok cakap… KIT-LENSE Is The Best Lense π
NAJWA
05/02/2018 @ 7:06 pm
MINTAK BAGI SAYA DETAIL PROF, CONTACT NUMBER PROF TU. THANKS
rmreza
23/02/2013 @ 6:31 pm
Saya kagum dan amat berminat dengan rekabentuk rumah itu. Boleh tuan tanah emelkan pada saya contact profesor tersebut. tq
mohd
18/01/2013 @ 2:36 pm
Saya telah membaca post ini.
mohd
18/01/2013 @ 2:35 pm
saya pun sama boleh kongsiβ¦.
lokasi rumah ni ? bagaimana kalau sy nak contact ngan professor tu
rais
20/04/2012 @ 11:21 pm
As’salam… lawa rumah tu… Boleh ke kongsi lokasi rumah ni ? bagaimana kalau sy nak contact ngan professor tu… sangat2 berkenan ngan design rumah dia…. terima kasih
Muhamad Azman Ishak
23/04/2012 @ 1:51 am
wsalam. rasanya saya dah membalas email encik. nanti boleh check dalam mailbox ye. saya sertakan gambar dan alamat sekali. π
mohd nazir
11/11/2012 @ 3:27 pm
Assalamualaikum…
Saya turut berminat dengan hasil kerja senibina rumah tersebut. Boleh emelkan saya lokasi rumah dan profesor yg bina rmh tu. Tolong ye. TQ
Muhamad Azman Ishak
11/11/2012 @ 8:40 pm
Salam… lokasi tempat tu boleh rujuk pada peta ni:
Lihat English House dalam peta yang lebih besar
wak ruzi
05/01/2013 @ 6:04 am
saya pun sama boleh kongsi….
lokasi rumah ni ? bagaimana kalau sy nak contact ngan professor tu
Nurul
28/08/2017 @ 11:33 pm
Encik..boleh sy dptkan ctc professor tu…sy berminat dgn rumah tu..tq
KNizam
07/03/2012 @ 4:18 pm
nak sate arnab 50! pleasseeeee hehe
Long
22/02/2012 @ 2:19 pm
bersua lagi…kalau la aku dpt umah tu….uuuhhhh!!!!tentu x kuar umah. Cantik sangat..
ejam
20/02/2012 @ 8:21 pm
smart gila ler hasil rumah tu, teknik baru ker apa tu?
utk rumah kelabu tu berapa ribu habis? ada tanya tak?
Muhamad Azman Ishak
22/02/2012 @ 9:18 am
rasanya aku dah reply tweet hang hari tu. modal rumah biru tu.. dia baru habiskan dalam RM50K. aku pon terkejut.. macam tak percaya. rumah yang biru tu agak hybrid sebab masih ade rumah asal. dia renovate je.. tapi rumah purple tu.. fully made dengan teknik baru ni. kos tak sampai 100K. gile mavelous
hafidz
19/02/2012 @ 2:21 pm
lawa betul senibina rumah. sangat sangat lawa π
Muhamad Azman Ishak
20/02/2012 @ 1:16 am
aku pon terkesima dengan senibina macam tu.
azmanisma
19/02/2012 @ 1:13 am
Syukurlah lepas hajat orang tua nak pergi umrah.Aku dah lama tak makan daging arnab,terliur lak tgk arnab ni.
Muhamad Azman Ishak
20/02/2012 @ 1:10 am
itu hari masa raya tahun lepas.. kami sekeluarga buat bbq kat Maran Chellet tu. hehehe.. ade daging arnab panggang.. tapi aku tak tertelan.. tersangkut kat tekak.. luah balik.. sebab terkesian. hehehe boleh?