Terdapat dua pilihan lelaki dan wanita. Untuk wanita, logo disebelah bawah.
Terdapat dua pilihan lelaki dan wanita. Untuk wanita, logo disebelah bawah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca-pembaca blog ni. Blog yang tak seberapa nak semenggah kata orang tu. Kat sini aku baru siapkan satu design untuk mereka yang mungkin berminat nak beli T-Shirt. Design ni dibahagikan kepada LELAKI dan WANITA.

Idea tercetus untuk T-Shirt wanita ni sebab ade permintaan dari seorang rakan blogger AJK KIAH PROPA tu. Katanya:

“kalau untuk wanita ni… cer tacap skit logo tu letak kat bahagian bawah… sebab mungkin ade wanita yang bertudung pon nak beli. Jadi kalau dia pakai dengan tudung, tak nampak la logo tu.”

Lebih kurang macam tu la bunyik idea dia. Betul gak kan? Terima kasih kepada acik sorang tu kerana idea bernas ini ya.

Jadi kepada sesapa yang berminat untuk membuat PRE-ORDER boleh isi pada form kat bawah ni. Ini baru PRE-ORDER. Belum proses pembayaran lagi ok! Untuk proses pembayaran ada form lain supaya perjalanan tempahan berjalan baik.

NOTA: Buat masa ini harga masih belum ditetapkan. Anggaran adalah di antara RM25-35 sehelai. Tetapi ini mungkin akan berkurang atau naik sikit bergantung kepada jumlah tempahan dan kualiti kain. Harap maklum.