Terima kasih FIVIO. Aku amat berpuas hati sekarang dengan mutu khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh mereka. Jika kamu nak tahu, semalam aku baru perasan… semenjak blog aku dipindahkan ke Akaun Premium, Subdomain Management aku tidak terdapat pada paparan tetapan. Ini bermakna tiada sebarang penambahan subdomain boleh dilakukan. Atas nasihat rakan-rakan, aku email kepada Admin[@]Fivio.Com untuk bertanyakan masalah ini.
Hi ,
Login to direct admin , under ” your account ” on the right side just below the FTP management there’s a subdomain management , click on it and just add a name to your sub domain and you’re done .
Thank you ,
Adely Adnan
Fivio Support
Agak kagum.. tak sampai beberapa minit, email tersebut telah dibalas kembali oleh pihak pengurusan. Erm.. efisyennye… kan??? Aku ingatkan masalah ini dah selesai. Jadi aku tangguhkan penambahan subdomain untuk aku buat pada hari ni. Malangnya, sekali lagi aku gagal kerana jika berpandukan maklumat yang diberikan, aku sepatutnya dah boleh menambah subdomain aku.
Seperti biasa, aku adalah pengomplen tegar.. satu lagi email diutuskan kepada admin FIVIO.. BAMMM… nah.. puas hati jugak lah… tak sampai beberapa saat jer.. Encik Fadhlullah dah membalas email aku. Bak kata remaja geeks masa kini, aku TERKESIMA sekejap.. hahaha… *ejaan tuh betoi ke?*
Apa-apa pon, aku ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FIVIO kerana tindakan pantas mereka. Masalah aku dah pon selesai sekarang.
P/S: Lega rasanya.. hari ni kucing dah tak mengiau menggatal dah. Dia dah dapat kawal perasaan kot. Hahaha.
P/S2: Akan datang, aku akan asingkan Live Blog dan blog utama. Tujuannya adalah untuk tidak mengecamukkan antara sumber informasi dan sumber karya. Terima kasih kepada semua pembaca setia dan juga rakan-rakan blogger.
P/S3: 30/01/2010 – Jadual paling padat dan hanya aku boleh attend satu event jer. Pada hari tuh ade TweetUP – Sembang IT oleh saudara Aman Firdaus, Mak abah aku plak nak datang umah, aku plak kena kerja *bestaaaa bery good*…. Cik Adik aku plak ade jamuan kat tempat kerja.. wohooo… padatnya.
syin
21/01/2010 @ 12:47 pm
magik gak nmpk ni…haha..
share la apa nam subdomain tu nanti..haha.. :gile: :gile:
Azman Ishak
21/01/2010 @ 8:10 pm
laa… tak tau lagi. sub domain tuh untuk live blog. aku dah asingkan live blog dengan blog utama. http://live.azmanishak.com
thanks ye
anjungweb
20/01/2010 @ 9:09 am
Tak penah try DirectAdmin nih. Hosting sebelum ni pun guna CPanel. Mana satu lebih baik sebenarnya?
Azman Ishak
20/01/2010 @ 10:54 am
direct admin dan cpanel ni depends pada hosting provider.. ada yang provide dua-dua.. dan ade yang provide salah satu. macam aku.. aku dah biasa dengan direct admin… ade jugak aku menerai Cpanel kat hosting lain…
pada aku sama jer.. kedua-duanya ada installation script untuk mempercepatkan proses pemasangan wordpress.
Akuro San
19/01/2010 @ 8:42 pm
ermm~ saya pun tak faham, apa benda subdomain tu~ huhu~ :pelik:
Azman Ishak
19/01/2010 @ 11:38 pm
haik… subdomain ni penambahan kepada dimain asal. contohnya kita nak buat blog baru… macam aku buat live blog… jadinya live blog aku akan jadi http://live.azmanishak.com live tuh adalah sebagai subdomain kepada azmanishak. ianya bagus kalau hosting yang tidak menghadkan jumlah subdomain. selalunya hosting sekarang semuanya unlimited subdomain.
Note: kalau ade kengkawan nak tumpang blog, kita boleh jugak bagi subdomain kat depa.
contoh: Akuro.azmanishak.com macam tuh la citernye. tapi pastikan kawan kita tuh tak makan kapasiti dan bandwidth yang melampau kat domain kita tuh ok! :kenyit:
Akuro San
20/01/2010 @ 12:22 am
ni yang rasa macam nak buat gak subdomain nih~ tapi macam mana nak manage dia? maknanya, kita kena install wordpress semula dekat subdomain tu lah yerk?
Azman Ishak
20/01/2010 @ 8:33 am
mase nak install tuh hati-hati taw… pastikan
buat subdomain terlebih dahulu.. kalau tak nanti
tersilap install.. abis jahanam main blog hang. :wek:
Azman Ishak
19/01/2010 @ 6:29 pm
xceli mase seting depa tertinggal kot :kompius:
Roslan
19/01/2010 @ 6:26 pm
hahaha kelakar dow…aku suke gambor katun tu je..aku nampak sgt kalo kite2 yg rajin komplen ni antar ticket support laju je depe balas.hehe
Azman Ishak
19/01/2010 @ 6:30 pm
erm… memang cepat reply..
maklumlah.. aku kan pengomplen tegar :hehe:
Nazz
19/01/2010 @ 1:26 pm
Aku seronok baca baca entri ko bro.. tapi, lagi seronok baca tagnya.. wakaka
Malangnya aku insan yang lemah .. tak reti pasal domain sub domain nih.. sob sob
Azman Ishak
19/01/2010 @ 6:30 pm
hehehe… tag tuh sekali sekala boleh la.
nak lepaskan perasaan dalam blog macam
tak berapa matured plak.
P/S: domain dan subdomain ni senang je.
nanti aku citer kat sini ok! :kenyit:
topo
18/01/2010 @ 10:55 pm
hoho dah main2 subdomain pulak sekarang ini ya..
Azman Ishak
19/01/2010 @ 6:28 pm
baru nak blajar la topo. hang lain la.. dah terer.
tak pakai subdomain pon dah paweh.. hehe :sengeh:
ejam
18/01/2010 @ 9:53 pm
habis baca entri kena baca tag…itulah tugas aku ketika menjenguk blog kau…
mmg best gak fivio nie punyer support kan…
bleh ler jdkan pilihan utk next2 projek…
Azman Ishak
19/01/2010 @ 6:28 pm
keh keh keh… TAG og TAG. aku suke main TAG
untuk kebaikan SEO-Malaysia. Cubalah… itu
amat bagus supaya blog mudah di indeks di google
pada hujung minggu.