Rasanya agak awal kalau nak diceritakan kesah balik kampung berhari raya. Tapi masuk jer minggu depan, warga kota dah sebok-sebok berasak untuk pulang ke kampung. Waktu ni, sesiapa yang masih ada di kota-kota akan merasakan kesunyian yang amat tersangat. Lebih-lebih lagi yang masih membujang. Masa ni semua la perkara syahdulayan feeling semua ade.. hehehe… terutama saudara kita:- Aeropama. Aku dengar dia tak dapat balik beraya. Alooo kuci-kuci.. kesiannye~

Bagi yang sudah berkeluarga, masuk jer minggu depan.. para-para isteri sudah mula mengemas rumah, carik langsir baru, shopping sakan. Hahaha.. mungkin ade juga dah mula seawal Ramadhan tempoh hari!!! Wah… apa pendapat kamu pasal imaginasi aku? Terer kan? Hahaha… Kalau kat bandar, kompleks membeli-belah Sogo tuh aku rase memang tak boleh nak jalan langsung dalamnya. Eh.. kamu semua dah cat rumah ker? *tetibe off topic.

Bermulanya pada malam ni juga, ramai umat Islam berlumba-lumba yang mengimarakkan masjid dan surau.. Maklumlah berkemungkinan bertemu Malam Seribu Bulan, insyallah. Bagi yang sebok dengan bekerjaya seperti aku.. aku rase ade eloknye off sekejap komputer, dan melapangkan pikiran dengan merenung kebesaran Illahi. Sambil-sambil mengenang kembali apa yang sudah kita buat selama bertahun-tahun kebelakangan ni. Mesti ade sesuatu perkara besar yang berlaku dan memberi impak dalam kehidupan. *dah besor dah kamu semua ye~

Nak cakap sekarang ni aku tertekan… mungkin juga. Tapi masih lagi dalam keadaan terkawal. Mana ade hidup tak tertekan. Kalau tadek.. itu namanya tiada dugaan hidup. Oh tak mungkin manusia tadak dugaan hidup. Semua manusia akan diuji dengan dugaan yang mampu ditanggung oleh mereka. Sedar ataupon tidak, sebenarnya kita sedang dan telahpon diuji. Sekiranya kamu merasakan sempitnya hidup kamu.. maka berhentilah merungut kerana ada yang lebih daif kehidupannya daripada kita.

P/S: Perasaan melonjak nak balik kampung bercampur baur dengan masalah dalaman. Nak tinggal sekejap masalah kota, dan tenangkan pikiran di kampung. Ambik masa juga la.. akan aku biasakan diri dengan perkara ni – Amin~

P/S2: Gambar di atas telah pon disunting ke dalam Photoshop. Saje nak bagi nampak pelik.*tapi… biase jer aku tengok.. Gambar masa pergi ke Kedah Darul Aman tempoh hari.

P/S3: Kekadang Team Viewer aku ni boleh terputus dengan sendiri. Oh tensionnye.. dah la kerja banyak nak siapkan ni. Takkan nak suruh aku masuk opis memalam buter… tak bleh blah betoi la~