Salam ceria dan salam mesra semua. Blogger Sosial Chat merupakan antara projek terbaru saya yang dibuat berasaskan mIRC Script. Dalam projek ini saya cuma menambahbaik perkara-perkara asas yang telah pon sedia ada pada platform micro blogging yang terkenal iaitu Twitter. Untuk aplikasi ini, saya lebih mensifisikasikan beberapa perkara asas seperti URL dan imej. Saya mengasingkannya dalam satu ruangan supaya ianya boleh disemak tanpa menganggu pembacaan ruangan sembang.

Sedikit penerangan mengenai aplikasi ini:-

  • Public Message – adalah ruangan di mana untuk kita bersembang bersama rakan-rakan. Ianya adalah realtime update. Tetapi masih juga bergantung kepada capaian sambungan internet anda. Rasanya pada zaman sekarang ni, setiap apa yang di taip akan terus dipaparkan sejurus pelayan (server) menerima mesej tersebut. Tidak seperti twitter, anda terpaksa menunggu dalam selang masa yang telah ditetapkan.
  • Reply Message – ini pula adalah sudut di mana ianya berfungsi seperti REPLY jika didalam Twitter client. Ruangan ini mengkhaskan hanya maklumbalas dari rakan kepada anda sahaja yang akan dipaparkan. Namun begitu, mesej balasan (REPLY MESSAGE) ini juga akan dipaparkan di dalam tab Public Message.
  • Direct Message – Pasti ada di antara kita yang mahukan sembang secara privasi bukan. Jadi sudut (tab) ini mengkhaskan fungsi tersebut. Apa yang dipaparkan di sini tidak akan terpapar pada Public Message dan juga Reply Message
  • URL Message – sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menghantar URL untuk tujuan perkongsian bersama, sudut ini pula akan mengumpulkan kesemua URL tersebut. Apa yang anda perlu hanyalah dwiklik url tersebut dan ianya akan melancarkan pelayar web utama anda (default browser).
  • IMG Message – untuk sudut ini pula, masih lagi dalam peringkat pembinaan fungsinya (BETA). Ia akan bertindak seperti lightbox dengan memaparkan kandungan URL bergambar.
  • Online User – Ha ahaaa… susah sangat nak tau kawan kita tu online atau tak? Dengan adanya fungsi ini, tak perlu la lagi tertanya-tanya status rakan yang dicari tersebut.
  • Personel Info – adalah tempat di mana untuk anda daftarkan diri dalam rangkaian. Terdapat beberapa info yang perlu di isi (wajib)
  • File Transfer – Lepas ni dah tak payah dah nak pening kepala mana nak host file. File dalam komputer anda boleh terus dikongsi bersama rakan yang aktif dalam talian.
  • Status – Memaparkan status sambungan, status keluar masuk rakan, dan juga debug system. Daripada sini, sekiranya terdapat error message, pengguna boleh terus maklumkan kepada saya untuk proses penambahbaikan.

Nota: Kenapa lah saya tak terfikir untuk buat dalam Bahasa Melayu ye? Erm.. apa yang pasti, sekiranya ada bugs atau ada idea bernas untuk penambahbaikan dari kawan-kawan, mereka boleh terus maklumkan kepada saya untuk proses kemaskini.

Nota 2: Saya menjemput semua pakar-pakar mIRC Script seluruh Malaysia untuk bersatu kembali. Kita bina semula rangkai dulu (1999). Tapi kali ini dengan sistem yang lebih teratur. Follow the Blogger Rules – RESPECT Each Other.

Nota Tambahan: Ianya mungkin akan dilepaskan untuk peringkat percubaan (beta) pada penghujung bulan April atau awal bulan May. Insyaallah… Terima Kasih Malaysia.