Salam ceria dan salam mesra semua. Blogger Sosial Chat merupakan antara projek terbaru saya yang dibuat berasaskan mIRC Script. Dalam projek ini saya cuma menambahbaik perkara-perkara asas yang telah pon sedia ada pada platform micro blogging yang terkenal iaitu Twitter. Untuk aplikasi ini, saya lebih mensifisikasikan beberapa perkara asas seperti URL dan imej. Saya mengasingkannya dalam satu ruangan supaya ianya boleh disemak tanpa menganggu pembacaan ruangan sembang.
Sedikit penerangan mengenai aplikasi ini:-
- Public Message – adalah ruangan di mana untuk kita bersembang bersama rakan-rakan. Ianya adalah realtime update. Tetapi masih juga bergantung kepada capaian sambungan internet anda. Rasanya pada zaman sekarang ni, setiap apa yang di taip akan terus dipaparkan sejurus pelayan (server) menerima mesej tersebut. Tidak seperti twitter, anda terpaksa menunggu dalam selang masa yang telah ditetapkan.
- Reply Message – ini pula adalah sudut di mana ianya berfungsi seperti REPLY jika didalam Twitter client. Ruangan ini mengkhaskan hanya maklumbalas dari rakan kepada anda sahaja yang akan dipaparkan. Namun begitu, mesej balasan (REPLY MESSAGE) ini juga akan dipaparkan di dalam tab Public Message.
- Direct Message – Pasti ada di antara kita yang mahukan sembang secara privasi bukan. Jadi sudut (tab) ini mengkhaskan fungsi tersebut. Apa yang dipaparkan di sini tidak akan terpapar pada Public Message dan juga Reply Message
- URL Message – sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menghantar URL untuk tujuan perkongsian bersama, sudut ini pula akan mengumpulkan kesemua URL tersebut. Apa yang anda perlu hanyalah dwiklik url tersebut dan ianya akan melancarkan pelayar web utama anda (default browser).
- IMG Message – untuk sudut ini pula, masih lagi dalam peringkat pembinaan fungsinya (BETA). Ia akan bertindak seperti lightbox dengan memaparkan kandungan URL bergambar.
- Online User – Ha ahaaa… susah sangat nak tau kawan kita tu online atau tak? Dengan adanya fungsi ini, tak perlu la lagi tertanya-tanya status rakan yang dicari tersebut.
- Personel Info – adalah tempat di mana untuk anda daftarkan diri dalam rangkaian. Terdapat beberapa info yang perlu di isi (wajib)
- File Transfer – Lepas ni dah tak payah dah nak pening kepala mana nak host file. File dalam komputer anda boleh terus dikongsi bersama rakan yang aktif dalam talian.
- Status – Memaparkan status sambungan, status keluar masuk rakan, dan juga debug system. Daripada sini, sekiranya terdapat error message, pengguna boleh terus maklumkan kepada saya untuk proses penambahbaikan.
Nota: Kenapa lah saya tak terfikir untuk buat dalam Bahasa Melayu ye? Erm.. apa yang pasti, sekiranya ada bugs atau ada idea bernas untuk penambahbaikan dari kawan-kawan, mereka boleh terus maklumkan kepada saya untuk proses kemaskini.
Nota 2: Saya menjemput semua pakar-pakar mIRC Script seluruh Malaysia untuk bersatu kembali. Kita bina semula rangkai dulu (1999). Tapi kali ini dengan sistem yang lebih teratur. Follow the Blogger Rules – RESPECT Each Other.
Nota Tambahan: Ianya mungkin akan dilepaskan untuk peringkat percubaan (beta) pada penghujung bulan April atau awal bulan May. Insyaallah… Terima Kasih Malaysia.
aliffcullen
01/06/2010 @ 10:40 pm
waa…. aku lame dah meninggalkan dunia mirc….. sme jugak ngan mirc ke?? blog tuh ak dengar dah lain macam…. macam interesting je…. widget ke bro???
Azman Ishak
01/06/2010 @ 10:42 pm
mendea alah ni still mirc. cuma jadikan dialog box jer. lepas tu chat pakai encription. so boleh avoid flooder dengan spammer. aku tak pasti nak teruskan projek ni ke tak. pening….
nemesis a.k.a HandsomeBoy a.k.a Jejaka^Misteri
26/04/2010 @ 11:50 am
nak buat ala2 java chat ke bro?
zamila
01/04/2010 @ 6:35 am
salam,
cam ner nk tahu laman ni dah leh on….. :sengeh:
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:40 pm
tadek sapa hebat dalam dunia ni. kita bukan
pencipta pon.. kita cume modified dari apa
yang dah sedia ada. :sengeh:
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:38 pm
tau tak pe. sekarang ni kene mahirkan $regex dengan $token
baru sealiran. kalau dok pakai %var jer.. hahaha.. sendiri pikir le :wek:
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:34 pm
yup.. masih dalam bikin.. kasih seting timer bebaek punye :lawak-gile:
Zala Wajik
26/03/2010 @ 8:46 pm
kalau bab-bab script encoding ni aku tengok mak aku macam terer je.
C++ lah..Java lah.. aku baca pon dah pening kepala..
mungkin kau boleh try tanya mak aku, ni blog dia:
http://nurazzah8.blogspot.com
.-= Zala Wajik entri terkini blog ..Hacker: "I’m Nice" =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:43 pm
tuh advance script. IRC Script ni paling simple. :sengeh:
zamila
01/04/2010 @ 6:38 am
sy ni x pandai sgt it, nk kata buta it x gak…leh email x bgtau sbb sy ni biasa dok join chat malaysiancare jer tp x best.
MQ
26/03/2010 @ 8:37 pm
adooiiiii……cheq taktau ape dia mirc nihhhh
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:42 pm
tak tau tak pe… just guna jer bila dah relase nanti ok.
Ramdzi
26/03/2010 @ 8:14 pm
good job! :sengeh: :bagus:
.-= Ramdzi entri terkini blog ..I Won P1 NetSecure! =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:42 pm
thanks… cube je :wek:
cik epal
26/03/2010 @ 8:12 pm
dah lama tak masuk mlrc 😀
.-= cik epal entri terkini blog ..Saya suka tengok body awek saya . Cantik betol. Sungguh! =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:41 pm
depa masih lagi aktif. tak caya cuba lah usha
/server irc.webchat.org #kampung still havoc. :sengeh:
wazy
26/03/2010 @ 6:14 pm
wahh semoga berjaya bro,huhu nak gak try sosial chat ni nanti papehal bagitahu je ek,mana tahu aku leh tolong sikit-sikit :sengeh:
.-= wazy entri terkini blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:41 pm
insyaallah.. thanks. nanti bleh invite hang untuk jadi admin
kalau berminat.
Sham Hardy
26/03/2010 @ 4:24 pm
pehhhhhh.. syabas sahabat! caya la ko boleh buat benda nih..
.-= Sham Hardy entri terkini blog ..Menanti Berita Baik Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:40 pm
banyak lagi code aku blom tulis bro.
safety code lagi.. rip code lagi..
semua nak kene tulis. erk.. masalah aku sekarang
ni mana nak hostkan server.. haduihhh :sengeh:
Sham Hardy
30/03/2010 @ 8:30 am
errrrr… dalam azmanishak.com?
Azman Ishak
30/03/2010 @ 5:44 pm
tak boleh la. server dia server ircd. bukan macam web server. lain bro. :wek:
khairil
26/03/2010 @ 2:56 pm
macam best…x sabar nak tengok hasil dia nanti 🙂
.-= khairil entri terkini blog ..Jom Membeli Belah Secara Online =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:39 pm
insyaallah… cube je buat sesuatu mende yang baru.
thanks ye :sengeh:
TMUkmkd
26/03/2010 @ 8:13 am
huh! aku tak reti script mirc. kalau tak memang aku dah join :sengeh:
.-= TMUkmkd entri terkini blog ..SEdia dan Mara! =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:39 pm
tak perlu pandai. cume perlu guna jer bila dah siap. :sengeh:
TMUkmkd
02/04/2010 @ 9:48 pm
haha mirc bukan hanya untuk windows ke?
Kujie
26/03/2010 @ 7:03 am
zaman2 berchatting dah berlalu..hehehe :lawak:
.-= Kujie entri terkini blog ..Ketawa Jarak Jauh Itu Harganya Sepuluh Sen. =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:38 pm
kali ni bukan a/s/l ye.. hahaha :sengeh:
EiNS
26/03/2010 @ 4:13 am
Bro, nak program lagi efficient…cuba try test coding ntuk Adobe Air atau Silverlight…
.-= EiNS entri terkini blog ..Florance – free premium wordpress theme =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:37 pm
tak pandai la. boleh ajar tak eins? berminat gak nak belajar
tapi basic tak tau :sengeh:
menteil
26/03/2010 @ 2:24 am
huhu.. gua support selagi mampu beb..
*w/pun aku tak tau pape pasal script nie..
.-= menteil entri terkini blog ..Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:37 pm
hadoi ai.. terharu giler dengan menteil.
masalah sekarang ni. projek sulit pon
ade pengubahsuaian code.
mane satu la nak buat. kene plak
kat opis nak siapkan preparation untuk audit lagi
demm :tention:
Roslan
26/03/2010 @ 1:35 am
aku nak jadi tukang ban orang :hehe:
ha aku nak skrip wat2 tulisan tu sume..wah3..mirc chatting coming soon.. :cinta:
.-= Roslan entri terkini blog ..Apabila Malang Tidak Berbau =-.
zikr
27/03/2010 @ 9:51 pm
amboi qilan87..hehe.. hacker huh…
.-= zikr entri terkini blog ..Cara menjadi presenter yang berkesan! =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:36 pm
bukan hacker.. tapi admin. dia boleh control semua
operasi. tapi dengan terhad.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:35 pm
ok ok… aku lantik nko jadi admin. hehehe
zaryl
26/03/2010 @ 1:32 am
wohaa… hebat tu.berpotensi utk dikembangkan lagi…
fungsi yg boleh diimplemen dlm blog sbg widget etc atau standalone?
mungkin boleh dikembangkan gui utk lebih feel web 2.0?
sekadar cadangan dari imaginasi sendiri.. hehe
syabas bro 😉
.-= zaryl entri terkini blog ..Apa kaitannya Malaysia, Brunei Dan Minuman Keras? =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:35 pm
nak buat widget.. rasanya saya perlukan sebuah
server untuk jadikan dia sebagai blog widget.
thanks for advance idea. mende pon tak release lagi. :gersang:
apiih
26/03/2010 @ 1:19 am
gile hebat la bro nih..ade social chat sendiri..pahtu ajak ramai geng2 blog join,kompom meletop…ahahahaha
.-= apiih entri terkini blog ..Hotel Di Atas Awan!! =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:34 pm
ecececece… mane ade hebat. nko pon pandai kan.
lagi cakap orang hebat mendenye.. :hehe:
aman
26/03/2010 @ 1:09 am
tak sabar seh~
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:34 pm
aku ingat nak buat blog irc sources code la :wek:
Anarm
26/03/2010 @ 1:05 am
hebat siot.. :gersang:
.-= Anarm entri terkini blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.
Azman Ishak
29/03/2010 @ 6:33 pm
mane ade. gimik je lebih. mende cume biasa dengar.
tapi buat pengubahsuaian jer. sesuaikan dengan peredaran zaman :sengeh: