Pasti ramai di antara adik-adik junior system administrator ketika ini sedang giat menyediakan tutorial dalam bentuk video. Kerana perkara ini telah menjadi norma baru dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi semenjak PKP dan penularan virus COVID-19.

Untuk belajar sistem rakaman video dan audio bagi tujuan screencast menggunakan perisian yang canggih atau berbayar, mungkin agak terbatas. Jadi di sini pakcik kongsikan macam mana nak buat rakaman screencast beserta audio menggunakan MS PowerPoint.