Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Tajuk agak pelik. Maafkan saya. Saya agak bler tajuk apa yang nak dibagi. Secara ringkasnya ianya adalah berita baik kepada rakan-rakan yang mempunyai akaun POP3 email contohnya domain dan hosting berbayar. Secara amnya anda boleh menguruskan kesemua email POP3 anda menggunakan GMAIL. Tak perlu lagi menggunakan MS Outlook seperti kebiasaannya.

Pertama sekali, pastikan pihak hosting dan domain anda menyediakan perkhidmatan POP3 akses. Seterusnya pergi ke bahagian tetapan (setting) GMAIL –> seterusnya ke –> Account and Import.

Daripada sini, sila fokus kepada ruangan Check mail using POP3 –> dan –> klik pada butang Add POP3 email account.

Seterusnya tetingkap Add a mail account your own muncul. Anda boleh masukkan sehingga 5 akaun. Saya punya dah tinggal 3. Kemudian, masukkan alamat lengkap email anda dan tekan butang Next Step.

  1. Masukkan username penuh sebagai contoh:- infoATkakikomplen.com (gantikan aksara merah dengan @)
  2. Jangan lupa masukkan password untuk akaun email tersebut.
  3. Seterusnya masukkan POP Server. Kebiasaannya adalah untuk hosting FIVIO dan Serverfreak adalah mail.domain-anda.com dan…
  4. PORT adalah 110 (Bergantung kepada tetapan pihak hosting. Sila semak terlebih dahulu ye)
  5. Sila buangkan tanda pada Leave a copy. Ini bertujuan supaya mailbox hosting anda tak penuh.

Ok… setelah butang Add Account di-klik, satu email pengesahan akan dihantar kepada alamat email anda tersebut. Sila sahkan (verified) link email yang dihantar. Selepas daripada ini, anda boleh lupakan MS Outlook anda untuk menguruskan semua POP3 email anda. Semua email daripada domain anda akan terus masuk ke GMAIL.

Apa yang bagusnya kaedah ini, anda tidak perlu risau spam email yang datang ke email hosting anda kerana ianya akan di filter oleh GMAIL. Menarik bukan?

Nota: Saya minta maaf sekiranya terdapat kecatatan dalam tutorial pada kali ini. Nampak agak sedikit terburu-buru sebab tools extension Google Chrome untuk print screen sekarang ni dah banyak prosedur. Kalau ada perkara yang perlu saya perbetulkan, sila tinggalkan komen anda.

Nota: Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan semua yang banyak bagi moral support dalam beberapa catatan peribadi saya yang lepas. Kalau anda perhatikan ada beberapa catatan peribadi saya tak balas komen. Tapi itu tidak bermakna saya tak membaca. Saya cuma amat terharu dengan anda semua. Sampai tak terluah dengan kata-kata. Series… terima kasih kawan!