Alhamdulillah… hari ni baru la aku rasa agak lapang hati untuk meluangkan masa untuk coretkan sikit catatan pada kali ni. Agak lama tak menulis coretan peribadi ekoran sebok dengan tugas di pejabat. Buat masa sekarang ni, terasa lega beban dikepala bilamana kebanyakkan tugas yang selama ni membeban otak, selesai disempurnakan sesudah Aidilfitri.
Boleh dikatakan, sepanjang cuti raya… hati tak berapa nak tenang sebab sebelum balik raya masih ade tugas yang tertangguh. Henpon sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima sebarang panggilan dari opis. Manalah tau kot-kot kalau ade masalah pada rakan yang bercuti tak lama. Tugas dan tanggjung-jawab bagi seorang Systems Administrator macam aku ni, cuma mereka yang dalam bidang ni je paham.
Pertama sekali untuk raya tahun ni, walaupon bersederhana, tapi kelihatan mewah. Syukur pada Tuhan, berkat restu mak abah… isteri dan jugak rezeki anak-anak. Akirnya sebelum raya dan balik ke Kedah, tercapai impian nak pakai MPV. Meskipun kereta buatan Malaysia…. tetap bersyukurla, kalau dah itu aje yang kita mampu. Pada hematnya, aku cuma berdiri antara 50/50 untuk ambik kereta baru sebabnya kereta yang lama masih boleh-diguna pakai.
Duit habis pon nak dekat beribu, repair sana sini, termasuk Fully Overhaul pada tahun 2011 kat kereta tu. Kereta yang dok ade tu, tadek la masalah mana. Tapi apabila costing minyak meningkat, ditambah kondisi kereta yang sesuai untuk kereta trek rempit, jadi aku perlu carik solusi alternativenya. Alasan macam tak boleh terima. Kalau aku citer banyak pon, orang bukan nak paham apa masalah yang sebenar aku hadapi. Tak pe la…
Elok sebelum nak balik raya pada hari Jumaat tu, Produa telefon, cakap dah boleh pickup kereta. Fuhh… lega jugak la kat hati. Kalau tak, agak risau nak balik dengan kereta lama. Bukan takut kereta tu rosak, tapi masalahnye kondisi untuk keadaan isteri yang tengah sarat mengandung, ditambah dengan anak yang kadang-kala meragam. Nak ikut kira, kalau kereta baru tak keluar, jawabnye aku gagahkan jugak balik ke Kedah pakai kereta lama. Boleh tu memang boleh la… tapi keselesaan untuk menampung kami sekeluarga, dan jugak jarak perjalanan dah sah-sah buat aku jadi meroyan dalam JEM Lebuhraya Utara Selatan.
Planning untuk kereta lama yang diistilahkan sebagai kereta rempit… aku bercadang untuk LETGO. Meskipun macam tu, kereta tu adalah kereta kenangan perkahwinan aku dengan Mama Amirul. Biarpon buruk, sentimental value-nya tetap dalam ingatan. Hasil usaha kami berakit-rakit sebelum melangkah setapak. Kereta tu jugak la kereta persediaanΒ sementara nak menyambut kelahiran Amirul Amin.
Beli kereta lama tu pon bukan sebab apa, tapi sebab takut masa tu…. Mama Amirul dah sarat, risau jugak kalau nak bersalin tengah malam. Maklum saja lah kehidupan kat kota ni. Dengan jiran sekeliling pon jarang berjumpa… kita keluar rumah, jiran belum balik kerja, jiran dah balik rumah… kita pulak ke kampung balik bercuti. Untuk elak perkara tak diingini di malam hari, aku bersetuju la beli kereta abang ipar. Itu la citer dia.
Dari alkesah kereta tu, rosak sana sini… sampai la ke tahap fully overhaul semua dah buat. Tapi itu hari kereta tu bercalar plak, ade jiran keluar parking pergi langgar kat bumper. Nasib baik la kereta Proton Megavalve adalah dari kategori kereta kebal, kemik sikit je. Tapi ku tengok kereta jiran tu, rabik sampai ke pintu. Aku pon tak jadi nak marah. Macam biasa, malas nak panjang citer.. telan aje.
Kemudian citer masa nak balik Kedah. Perjalanan yang begitu panjang dan membosankan pon tak terasa. Maklum la… enjin tengah baru kata orang tu. Terasa penat-lelah-perit-pedih semua hilang bila tengok anak dan isteri selesa dalam kereta baru. Syukur kate orang tu…. rezeki anak-anak (lagi sekali…). Kalau nak diikutkan.. memang bosan memandu sorang-sorang. Aku taknak paksa isteri teman berbual, pasal dia tengah hamil. Baik dia tidur…
Masa nak sampai ke Gurun pon satu hal gak. Macam-macam bermain dalam kepala… takut orang kata la yang kita ni nak menunjuk-nunjuk sebab balik kampung dengan kereta baru.. bagai-bagaila cerita tahyul bermain kat kepala sepanjang perjalanan tu. Tapi tu la.. bila ditanya.. jawapan paling mudah – “Syukur… rezeki anak-anak, kami tumpang je…”
Ade sesetengah orang tak nampak macam mana penat lelah kita pagi-petang-siang-malam carik rezeki untuk tampung keluarga. Orang cuma pandang harta kat sekeliling kita bila kita dah senang. Kalau setakat tu mungkin tak pa, lagi bengkak bila dikata lupa diri dan tak kenang budi. Erm… tak pe la… kate la ape saja asalkan bahagia. Apa yang penting, aku menjaga kepentingan keluarga aku untuk masa akan datang. Biar kita selisih faham sekarang, daripada besok lusa sampai tujuh keturunan pon tak abis ungkit kesah silam.
NOTA-1: Waktu kau susah… tadek sapa pedulikkan. Tapi bila kau senang, habuk yang pernah kau sentuh pon orang akan ungkit untuk dibalas nilainya.
Eh…. cerita bukan main panjang… takkan tadek gambar kenangan masa balik kampung kan? Owh ye… ini pon satu lagi rezeki. Aku dah upgrade camera. Passion dalam dunia fotografi ni memang menjadi-jadi. Bukan aku kejarkan jenama camera. Masalah aku cuma satu – Aku dah mencapai tahap limit camera sedangkan pelajaran aku masih jauh perlu aku dalami dalam seni fotografi ni. Terima kasih kepada isteri yang tercinta sebab sentiasa kasik sokongan moral dan memahami segala apa yang aku minat. I love you sayang!
NOTA-2 : Sykur juga dapat beraya kedua-dua belah kampung halaman. Tapi sendiri ingat la.. kopak… gaji bulan ni pada penghujung bulan 9. Harpa maklum π
puanbee
07/09/2012 @ 2:03 am
Saya kan macam berasa jugak lah apa yang encik ai rasa ,
kita susah payah orang tak nampak , tau – tau nak kena perli berdas2 , ungkit sana sini .. tapi apa boleh buat balik buntuk beraya kan , diam je lah ..walau hati makan dalam ..
p/s : laptop dah ok , tk boleh tidur … hahah seronok dapat pengang laptop sendiri
Aidilfitri 2012 β Segala cerita bermula di sini | AzmanIshak.Com.
06/09/2012 @ 2:06 am
[…] PINGBACK NEGARAKU.MY: Aidilfitri 2012 β Segala cerita bermula di sini | AzmanIshak.Com. […]
azman
30/08/2012 @ 6:30 pm
MPV Malaysia pun ok Man….aku pun ingat nak pakai Alza putih juga…kereta lama pun dah berusia 13 tahun…masih ok tapi anak2 dah makin besar…nak.bawak Mak aku pun tak muat…insyallah ada rezeki nanti..
Muhamad Azman Ishak
04/09/2012 @ 10:17 pm
insyaallah bro. moga tak lama lagi menjelma rezeki tu. aminnnn…
Anarm
30/08/2012 @ 12:44 am
aku nak beli ALZA jugak lepas kawin.. insyaAllah..
Muhamad Azman Ishak
30/08/2012 @ 12:48 am
hehehe… selamat menempuh alam yang baru dan tahnian. segalanya baru. alam tu tak sama dengan bujang. jadi lebihkan bertolak ansur dan sabarrrrr…. semoga berkekalan kebahagiaan hingga akhirat. amin.
Welcome to Confusing World!
azman
04/09/2012 @ 5:18 pm
Banyak cabaranya nanti hehehe.. (org dah kawin tahu ler hehehe)
Muhamad Azman Ishak
04/09/2012 @ 10:18 pm
hehehehe.. ucapkan selamat join the penin club!
Latifah
29/08/2012 @ 9:42 pm
Selamat hari raya~ π
Cantik sungguh gambar-gambar yang ada, especially gambar bunga tu ^^
Muhamad Azman Ishak
30/08/2012 @ 12:50 am
Selamat hari raya untuk anda jugak. terima kasih sebab sudi berkomen kat sini. salam kenal π
zaryl
29/08/2012 @ 8:24 am
Saya telah membaca post ini.
zaryl
29/08/2012 @ 8:24 am
salam bro, selamat hari raya… minta maaf zahir dan batin dari hang dan family. salah dan silap walau tak penah jumpa harap dimaafkan π
lupa plak nak tanya hang balik raya mana, kalau tak insyaAllah aku jln2 pi beraya dgn anak bini…
*ckp upgrade kamera tp x bgtau puuuunn π
Muhamad Azman Ishak
29/08/2012 @ 8:59 pm
wsalam bro. selamat hari raya gak dari aku dan family. itu lah dia kan… dalam blog kita kenal dah dekat 3 tahun. tapi sekali habuk haram berjumpa. hahaha.. bile ade masa bleh kita ngeteh sesama bro.
untuk plan minggu ni, mungkin tak kemana kot. cuma lepak rumah atau pergi rumah kak jie pada hari sabtu nanti. itu je. kalau nak datang, jangan lupe inform awal-awal ye. hahaa
p/s: camera upgrade ke intermediate level je bro. itu pon kene belajar balik dari basic. semua lain..
ChuyRys
29/08/2012 @ 1:37 am
Wah kereta alza pon ok ape sedap naik minyak tahan. System admin? Aku dulu CS tapi dah tukar course. Rindu nak buat problem solving. Hmm. Selamat hari raya π
Muhamad Azman Ishak
29/08/2012 @ 9:00 pm
Hehehehe.. selamat hari raya. soal kereta tu semua harta dunia. tak boleh bakar pon untuk jadi tunggangan dalam kubur nanti. selamat hari raye der… mohon ampun silap dan salah!