Aktiviti panaskan lense dengan macro... keekkeek.. sukenye main mende macro.. (Leher focus)

Perkara paling penting kalau nak bercuti dalam negara secara beramai-ramai bersama keluarga adalah tempat percutian yang free… hahaha… bukan sebab nak save bajed, kita kan nak seronok ramai-ramai.. tapi tak semua berkemampuan. Jadi kene carik la tempat piknik yang membawa keuntungan bersama. Kakak dengan Abang Ipaq aku yang kat Gombat tu pantang ajak nak pergi kamping.. terus je JOM!

Semalam belek-belek blog Kak Kujie pasal air terjun serendah… ingatkan ade GPS koordinate.. rupanya tadek.. ahaha.. Berdasarkan peta print screen, aku cuba carik kat Google Map. Tapi macam biasa.. aku pakai GPS ponn.. still kelaut.. bukan sebab aku tak ikut GPS, tapi GPS bagi aku jalan yang dah tak wujud kat Serendah tu. Sudahnya… aku carik jalan pergi rumah Kak Kujie.. baru jumpa Air Terjun Serendah.

Kat bawah adalah keseronokan aku bersama keluarga dan adik beradik. Seramai 3 keluarga berkumpul sekali. Sila abaikan soal kualiti gambar sebab ramai tangan fotografer masa ni. :p

Ye betul.. air terjun tu sangat deras. Dilarang terjun botol atau melepaskan "hantu dalam botol kicap"
Amirul walaupon menggigil.. tapi still nak jugak main air. Siap mengamuk kalau angkat naik
Kat belakang tu sepupu Amirul. Umur sebaya.. cuma awal 2 bulan. Sama-sama aktif
Daripada air terjun.. sampai la ke birai tebing.. memang penuh orang berkemping
Datang dari pagi.. dah memang ramai orang... masa nak balik... pon ramai orang.. Musim cuti la katakan
Dua abang ipar dan kakak-kakak aku.. yang sorang tu.. anak sedara. Nombor phone? Berani ke?
Tempat mandi yang luas dan puas... air sejuk sampai ke tulang... jernih kan?

 Nota: Besok aku akan sekali lagi ke Taman Burung, KL. Tujuan? Outing bersama Brader @ZamFoto.