Gambar pada kali ni... semua hancus... NO FLASH ALLOWED

Hari ni berjalan sakan. Macam biasa lah. Aku ni jenis tak pandai nak merancang. Jenis main up-jadi-last-minit je. Bukan ape.. kalau jenis buat perancangan ni.. kalau tak jadi… agak frust jugak la kat situ. Semalam saje la aku tuit si Roslan Nazri ajak dia berjalan. Dia dah la duduk sorang. Bosan le tu… terus jom. Dari nak save bajed nak pergi salah satu, antara Aquaria atau Taman Burung… terus je lajak dua-dua sekali.

Seronok tu memang la seronok. Tapi masalahnye kalau berjalan dengan anak kecik. Pepaham jer la kan… kejap dia nak ke sana, kejap dia nak ke sini. Bukan dia nak duduk setempat. Paling tak bleh blah… bila dia dah start mengamuk.Bila dah penat… ape lagi… bebai la buat perangai. So, gambar kat bawah ni memang semua la kelaut artworknye. Tadek langsung focus. Dah la masuk Aquaria tu, kamera tak boleh pasang flash. Fast shutter pon tadek… sudahnye? Gambar semua jadi berbirat. Hambikkkk~

Konon-konon tempat bagi makan ikan jerung la ni. Ni just eksyen jer ni
Pemandangan dari atas tangga... sebelum melangkah masuk ke akuarium laut dalam
Nahhh.... bapak jerung... mari makan budak nakai *ngggaaaaa*
Walaupon hari ni jalan agak lengang, tapi tak la kalau dalam aqiarua ni. Ramai giler orang
Cermin akuarium ni yang melengkung, membuatkan ikan nampak lebih besar bila duduk dekat dengan cermin
Owh ini dia... abang jejaka kita. Roslan Nazri. Sapa nak no tepon.. sila tinggalkan komen di bawah ye. haha~
Terumbu karang... rumpai laut... memang semua real.
Banyak ikan... tapi tak tau ape ke nama dia.
Owhh... ok... ini masa kat Taman Burung Kuala Lumpur. Pergi sana pakai GPS ok!
Point menarik... subjek memang banyak.. tapi aku tak larat nak kepong Amirul dengan mama dia...
Nak tangkap gambar sambil anak mengamuk? Memang hilang feel. REDO~
Burung ni pon, out-of-focus. Nak buat macam mane.. Amirul berlari turun bukit masa ni
Ni pon gambar rejek. Haih... kecewanye. Amirul dah mengamuk dah time ni.

Nak kata ape… semua gambar memang aku tak puas hati. Amirul mengamuk sebab kepenatan. Masa dari KLCC ke Taman Burung dia tanak tidoq. Lepas dah sampai kat sana… mula la buat perangai nak tidoq la.. muke lali la.. hahaha macam-macam betul akal dia.

Nota: Besok tinggal sehari lagi cuti. Tapi aku masih bercuti sampai hari Rabu, Hurm…. besok nak rehat je la kat rumah. Minggu ni aku rasa… direct berjalan-jalan sakan. Hoooooaaiiiiii… kopakk :p Sekali sekala untuk keluarga. Tak salah. Duit habis, boleh dicari, tapi keluarga tercinta? Tak dapat dibeli 😀