Panass… keluar terus dari kamera.. tadek nak high impact editing.. macam mane tangkap.. macam tu la publish. Kalau boleh.. etika macam ni aku nak apply setiap kali aku petik camera trigger aku. Avoid buang masa editing. Kecuali letak watermark. Kalau semua gambar kualiti.. terus mudah letak watermark dengan resizing gambar.

Semalam balik kerja, mama Amirul ngadu.. tak larat nak balik sendiri.. jadi dia mintak aku tolong ambik kat PPUM. Herm.. lenguh-lenguh kaki kata dia. Tak sampai hati plak nak suruh balik sendiri naik bas…. terpaksa jugak la redah dari Sungai Buloh menghala ke Petaling Jaya. JEM itu satu cabaran. lebih-lebih lagi untuk orang yang kurang sabar macam aku.. rasa nak ludah kiri kanan je kat kereta yang tak reti nak kasik signal.

Sampai PPUM, lepas mama Amirul dah masuk kereta.. kebetulan dah azan. Jadi aku malas nak jalan lagi. Bagi laluan untuk azan berkumandang. Sambil tunggu azan maghrib abis.. tengok awan kat PPUM sangat layan.. terus keluarkan camera.. tangkap tiga empat keping.. dalam angle yang sama.. iaitu angle dalam kereka dari tingkap menghala ke langit. Mengekalkan ISO200 dalam Shutter mode yang laju.

NOTA: ERRrkk… Amirul nak dapat adik ker? Hahahha… tahh.. tak tau lagi. Belom ade bukti klinikal la weii~