Kalau kita buat kat orang... jangan terkejut hukum karma kena pada kita balik
Kalau kita buat kat orang… jangan terkejut hukum karma kena pada kita balik

Isu ni kalau nak ikut kira dah lama berlarutan. Tak kira dalam apa juga cabang dan bidang perniagaan sekalipun. Perkataan Melayu tanak tolong Melayu ni memang kerap dok kita dengar. Untuk pada aku, bila kita dah mula sedikit maju kehadapan, maka kata-kata sumbang sebegini jelas kedengaran.

Bukanlah beerti tanak tolong sesama Melayu, sebaliknya memang sikap dan mentaliti Melayu itu sendiri suka mengambil kesempatan atas orang lain untuk kepentingan diri mereka. Bila berniaga, mintak pembekal membekalkan barangan untuk mereka. Lepas tu… bayaran modal balik untuk pembekal dilengah-lengahkan. Mereka dah boleh meniaga, sebaliknya pembekal pula yang terpaksa menanggung kos sementara nak dapat balik pusingan modal.

Ada sampai tahap tu, sampai si pembekal atau penyedia perkhidmatan terpaksa ketuk si pengusaha ni beberapa kali, sebelum boleh menerima bayaran balik. Terlalu la kiasu bagi mereka yang seumpama ini melengah-lengahkan proses pembayaran. Dalam konteks ni aku tak kata la semua Melayu tu macam yang aku sebut kat atas. Masih ramai lagi golongan Melayu yang memang nak tengok bangsa dia berjaya.

Tapi, agak sedihnya, yang jenis suka mengambil kesempatan pon tak kurang ramainya jugak. Baru-baru ini perkara seperti itu juga terjadi pada aku dengan client aku. Kita dah syaratkan dengan jelas yang payment mesti dijelaskan sebelum “softcopy” dilepaskan. Tapi disebabkan kita ni jenis ada budi bicara, lembut hati.. kita bagi jugak la softcopy tu dulu. Kita ni takut jugak la, dek disebabkan ketangguhan kita, perniagaan orang lain tak dapat beroperasi.

Dari minggu ke minggu, dari berjanji 3 kali Jumaat sudah, sehingga sekarang… masih jugak delay payment. Cheque yang dibagi sekadar nak sedapkan hati. Walhal tak boleh di bankinkan pon sebab dalam akaun cheque tu masih tadek duit. Bila sekali lagi aku conform-kan semalam dengan client tu, dia kata “by right hari Isnin atau Selasa dah boleh bankin”. Di ulangi.. Isnin atau Selasa… Terdapat perkataan tidak pasti di situ iaitu ATAU.

Aku ada isteri, ada anak-anak, ada rakan kongsi yang perlu aku agihkan hasil yang diperolehi kepada mereka semua.
Aku ada isteri, ada anak-anak, ada rakan kongsi yang perlu aku agihkan hasil yang diperolehi kepada mereka semua.

Dimana keprihatinan kita dalam berurusan? Tak kira la dengan bangsa apa sekalipun. Kalau ikutkan hati, aku boleh je buat hati kering. Tunggu sampai full settlement, baru lepaskan softcopy. Bukan la bermakna aku ni dah mula pandai demand or something macam tu…. Tapi kau pikir la jugak, kat belakang aku ada mereka-mereka yang perlu aku sara dan perlu juga aku melunaskan sejumlah wang kepada mereka. Disebabkan delay macam ni, kepercayaan orang lain terhadap aku juga turut tercalar kau tahu!

Untuk client tersebut, dia boleh la cakap itu ini semua sebagai alasan. Alasan dia cuma terhenti kat aku. Tapi, macam mana pulak aku nak hadapi dengan mereka-mereka yang terlibat sama bekerja kat bawah aku? Apa pulak kata mereka? Berdosa kau tahu anaya orang macam ni.

Kalau kot kot la ade client tu terbaca blog aku ni… aku nak sarankan supaya tonton la video kat bawah. Moga kau akan mengerti Apa yang aku membebel kat atas tu.

Mentaliti perniagaan orang kita ni, nak cepat untung, nak tip-top, modal nak murah, barang nak segera. Bila bab nak bayar.. kalau boleh nak lengah-lengah. Ini bukan pertama kali. Sebelum ni juga aku pernah buat satu projek multi-media. Duit projek tu cadangnya untuk buat wang hantaran kawin. Tapi sampai sudah tak dibayar. Hasil dari projek telah dia jual. Bila call banyak kali tak dapat. Hancur musnah harapan nak top-up duit hantaran kawin masa tu.

NOTA: Bukan nak berdoa untuk dibalas dengan keburukan…. semoga anda yang berbuat demikian akan diberi kesedaran oleh Tuhan satu hari nanti. Amin!