Tiba-tiba dalam perjalanan, Cik Adik cakap…

Isteri: “Abang.. ingat sesuatu tak?”

Saya: “Ingat?? Ingat apa plak? Ada barang tertinggal ke?”

Isteri: “Bukan la…, Ingat tak satu ketika dulu.. abang mai kedah sorang-sorang.”

ERm… tersenyum seketika… Rupanya aku dulu pergi merisik isteri aku sendiri. Tak bawak mak abah pon. Tapi tak berniat pulak nak membelakangkan adat. Perkara yang rasanya anak jantan tu sendiri pergi mintak izin dari keluarga orang perempuan. Nak buktikan yang kita bersungguh-sungguh dengan keluarga depa.. nak buat anak depa ni isteri kita… nak buat teman hidup…

Dah nak masuk 3, 4 tahun dah rupanya citer ni. Tapi akuĀ  masih tak boleh lupe kene internbius face by face dengan bakal abang ipar pada masa tu. Dia adalah abang ipaq yang sulung… duduk bersila rapat.. berdepan muka… Dalam hati cuak gile toksah cakap la. Last-last.. laa… abang ipaq aku pon same jer macam aku.. Dia pon dulu pergi merisik isteri dia sorang diri. Jadi pengalaman aku dengan dia lebih kurang sama.

Melayang jauh kenangan pasal pergi merisik. Sepanjang perjalanan isteri melayan aku berborak-borak untuk nak kasik ilang ngantok. Tapi last-last aku sorang jugak yang terkebil kebil drive.. Mate dah macam kene tabur pasir.. Tak boleh nak bukak punya ngantok. Kami dah planning nak balik Kedah dag nak dekat sebulan dah. Dah siap bagi taw sedara-mara kat kampung. Siap hebahkan kat FaceBook yang tak bleh blah tu.. Bukan pasal apa.. seronok la kumpul sekali sekala. Tapi itu laa masalahnya bila balik kampung ni. Bukan boleh nak duduk lama. Cuti pon cuma Sabtu dengan Ahad…

Sempat la jugak singgah kubur Aruah Pak Mertua dan Mak Mertua. Pak mertua memang aku tak sempat nak jumpa masa hayat dia. Sebab belum jodoh lagi. Mak mertua tu sempat la. Berkumpui adik beradik ramai-ramai sebelah isteri, abang ipaq, kak ipaq semua ade. Meriah… macam nak sambut raya. Tu mujur la tadek sapa yang gatai sebut nak bakar lemang.. kalau tak, mau hangit la kemarin makan lemang.

Cadangnye hari Ahad, nak pergi kebun buat kat SIK la.. lepas tu nak pergi Ladang Anggur la.. nak mandi-manda la.. penyudahnya… semua plan tak jadi. Aku tengok lewat sangat dah program nak mula. Aku bajed seawal pagi. Tapi dah dekat petang baru nak pergi SIK, dibaca… aku nanti sampai KL pukui 5 pagi. Owh tak bleh jadi. Terpaksa la kami sekeluarga batalkan niat nak join depa pergi berpeknik! REDO.

Sampai rumah.. rasa cam aman sikit la.. Penat, tension memangdu. Kene pulak Amirul mengamuk dalam kereta.. adoi ai! Tapi dah sampai kat rumah… Amirul bukan main cegas lagi. Bagi makan ubat.. erk, asal balik kampung jer demam.. Nak dijadikan cerita, masa kat kampung tu Amirul demam kuat… Aku dengan wife dah panik gile.. jelum air asam jawa + daun bunga raya pon.. panas tak turun gak… Waktu tu dekat pukul 4.15pagi. Amirul dah tahap macam nak kene tarik dah.

Pas tu.. start kereta terus berdesup ke Pekan Gurun… Carik poliklinikSatu klinik pon tadek yang 24 jam! Pusing-pusing pekan Gurun tu.. nampak plak ade 7Eleven. Ada panadol untuk kanak-kanak. Tapi untuk berumur 1-6 tahun. Erk aku pon buat congak matematik…“Tolak dalam perut.. tolak process… itu ini… walla… Amirul dah cukup setahun”. Tawakal jer bagi makan ubat panadol untuk kanak-kanak.

So, alhamdulillah… lega sampai ke pagi ni. Masa aku nak pergi kerja.. aku tengok Amirul tengah dok mengerekok tidok. Mama dia balut dengan selimut. Sejuk kot. Comei… rasa macam aku pon malas nak pergi kijer pas tu nak selubung dengan Amirul gak. Tapi kalau aku malas… anak isteri aku nak makan ape?

Nota: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh untuk rakan-rakan di dalam talian. Aku tak tau ape kes aku merepek hari ni.