Tajuk “Semalam pergi jalan-jalan” ni rasanya dah banyak kali aku ulang kat blog. Tak pe la.. dah memang aku tak tau dah nak tarok tajuk ape.. OK.. untuk sesi jalan-jalan kali ni… bukan sebab sesi ubah cara hidup. Gile ape.. diaorang jer ke yang boleh nak jalan-jalan… rakyat biasa macam kita… dia suruh ubah gaya hidup.. duduk kat rumah.. jadi katak bawah desktop. Demm.. (still tak puas hati entri yang ni)

Jadinya pada hari Sabtu kemarin.. dapat pelawaan dari akak ipaq.. dia bagi tau Cik Adik yang dia jemput aku dengan Cik Adik aku dan sekeluarga  join dia dengan anak sedara lain pergi Lost World Tambun. Ibarat pendrive dicita… EXTERNAL HDD 10TB yang dapat. Akak ipaq kata.. toksah risau.. cuma mai jer.. Tiket masuk dia dah beli online.. PErghh.. Laju jer start keter.. terus terbang ke IPOH.

Nak cerita banyak memang tak dapat la.. apa yang penting.. pengalaman enjoi dengan keluarga kat Lost World Tambun ni boleh aku katakan.. kenangan terbest. Mau tak best.. naik Flying Ship (swing ship) cam harun…. rasa kene geletek satu badan. Orang lain rasa gayat.. aku pelik gak.. aku naik tu sampai krem mulut gelak sebab kene buai-buai cam nak terkinceng kene geletek… bhahaa.. Masa naik buai tu.. kita dengan Cik Adik jer.. masa ni baru best dating.. hehehe.. Cik Adik? Offkos gayat…

Perjalanan dalam taman tema ni ade keretapi. Jadi sapa yang sampai sini.. aku rasa baik nkorang layan dulu tengok panorama hutan dengan taman tema ni. Tunggu keretapi datang.. jadi boleh pusing satu taman. Dimulakan dengan pemandangan kandang Rimau… lepas lalu kat kawasan Rimau.. nanti keretapi ni berhenti plak kat kawasan itik angsa dengan Mini Zoo.

Dah puas cuci mata naik keretapi.. aku plak kene tinggal keretapi sebab ralit layan tangkap gambar dalam Mini Zoo kat situ. Last-last keluar tengok keretapi dah tinggal.. CRAP… habiskan perjalanan sampai ke taman air semula jalan kaki. Mujur la tak jauh.

Bercerita pasal kesah dalam mini ZOO ni.. rasa macam tak mau lepas. Memang syok abes la.. lagi lagi kat tangan segengam dSLR. Meskipon dSLR cap apek losi… pon tak kesah. Cam best jer layan tangkap gambar. Tu pasal kene tinggal keretapi.

Mula masuk ke zoo akan jumpa dulu dengan kandang Beaver… ade gak ah cam muke Justin tu.. tapi yang ni lagi kuit.. lepas tu.. masuk teruskan perjalanan akan jumpa kandang Reptilia plak. Nampak ular sawa berbagai duduk dalam kaca.

Bila dah setel tengok beberapa jenis ular.. lepas tu masuk dalam hutan hujan. Sangat layan sebab tempat tu pulak adalah kandang burung. Just watch out jer la.. kot kot kene berak. Tetiba rasa macam duduk dalam kandang Dinasour Jurasikporak.

Kat dalam kandang tu.. ada beberapa jenis burung kakak tua.. merpati.. merak.. alah.. kalau dengar mungkin rasa cam biasa jer.. tapi kalau hangpa pergi.. dengan bawak sebijik kamera.. konfem layan… (bagi yang minat amik gambar jer la)

Lepas dah abis layan tangkap gambar… sampai tercirir keterapi.. terus jer carik Amirul dengan anak saudara yang lain.. Rupanya.. Amirul lepas turun dari keretapi.. dah terjun dah kolam kanak-kanak. Pantang betoi dapat air. Daripada demam.. terus kebah baik demam sampai ke hari ni. Alhamdulillah.. tak sesia bawak main air.

Gambar: Kolam Pantai.. kat kolam ni ade ombak tiruan…

Gambar: Kolam Air Panas – aku tak sure buatan atau semula jadi.. cam buatan jer.

Gambar: Kolam Air Panas… Volcano kata dia.. aku pon tak paham apa yang Volcano..

Gambar: Foot Spa – Pijak batu dalam air panas.. alah.. batu refleksi tu. (lense berwap)

Kat dalam Taman Tema – The Lost World Tambun ni dibahagikan kepada beberapa kolam…

  • Kolam Kanak-kanak  air sedalam buku lali..
  • Kolam Pantai – Ada ombak buatan
  • Kolam Air Panas 40°C – Boleh gak mandi atau nak berendam…
  • Kolam Air Panas Volcano
  • Foot SPA – Spa urut sendiri yang ade susun batu dalam air panas… (FREE jer)
  • Kolam Gelungsur Pelampung – Sumpah best giler yang ni.
  • Owh last sekali.. Parit atau longkang atau sungai buatan pusing satu taman tema. Syok layan.. Dinasihatkan.. sewa pelampung kalau nak masuk sini.

Selain dari tamain air.. kat Lost World Tambun ni ade jugak tempat kering. Permainan tak berapa nak banyak la. Ade tiga jer yang default pon.

  • Buai hayun – Naik sorang sorang satu buai
  • Sampan Hayun – Boleh naik dua orang.
  • Kapal Berhayun – Kapal ni best giler naik..  memang tak tipu.

Malangnya kat Lost World Tambun ni tak dibenarkan nak berpiknik dengan membawa makanan sendiri. Ape hell?? Tak tau.. mungin takut sampah sepah-sepah ke ape ke.. Tapi makanan kat situ cam HARUN la mahal.. Mahal-tak-mahal pon rasanya masih pada harga logik la jugak. Tadek la sampai tak munasabah sangat harga tu. Kira fair la… Kalau rasa banyak duit.. boleh jer kafeteria yang disediakan.

Nota: Kan best… kalau selalu dapat tajaan percutian macam ni.. hahaha. Kepada RESORT-RESORT di Malaysia.. kalau nak saya promosikan tempat anda.. boleh hubungi adminATazmanishak.com. Sila sponser.. ye :p